Sofiyyah bt Mus’ab

Picture1

Alhamdulillah pada 21 hb 6 2009 yang lepas Ummu Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 10 pagi di Mansurah, Mesir. Semoga dia menjadi seorang mujahidah. Diberi nama Sofiyyah sempena nama saudara perempuan kepada Hamzah b. Abdul Mutalib, Sofiyyah bt Abdul Mutalib. Alhamdulillah kelahiran kali ini dengan kehadiran baba. Teruskan membaca

Sanah Helwa Hamzah!!

Picture1

Sanah helwa Hamzah. Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan seorang mujahid insyaAllah.

Sedar tak sedar dah dua tahun dah umur si asad kecil ni. Masih teringat lagi masa dia baru sahaja dilahirkan. Si asad kecil lahir pada 4 hb Jun 2007 Iskandariah. Ketika kelahiran baba berada di  Kaherah menduduki peperiksaan final kuliyyah Syariah Islamiyah. 3 jam dari Iskandariah.Madah (subjek) ketika itu adalah fiqh muqarran.Antara subjek core bagi kuliah syariah.

Ketika lebih kurang sepuluh minit peperiksaan dijalankan telefon yang berada di dalam poket seluar bergetar selang beberapa minit sekali (dalam mode vibrate). Dalam hati berdebar-debar dan hanya boleh berdoa supaya segalanya selamat. Nak menjawab telefon tidak boleh kerana akan dituduh menipu. Jadi apa yang mampu dilakukan hanyalah menjawab peperiksaan dengan secepat yang boleh dan keluar awal.

Alhamdulillah ketika keluar dari dewan peperiksaan,dapat mesej isteri telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Perjumpaan pertama dengan si asad kecil adalah selepas 5 hari dilahirkan kerana jarak peperiksaan yang dekat. Semoga perkara ini menjadi tanda permulaan bagi kelahiran seorang mujahid. Teruskan membaca

Barakallahulakuma..

qamarul1

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

kepada

Akhi Qamarul Naim bin Mohd Faizal dan Ukhti Khairah bt Abdul Halim

yang telah diijabqabulkan pada 3 April 2009

Individu, Keluarga Dan Ummah Islam

picture1

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

kepada ikhwah dan akhawat yang baru sahaja  mendirikan rumahtanggga terutama kepada

Akh Sirojul Afkar dan Ukhti Nik Nabihah

Akh Hakim dan Ukhti Dr Syarifah

Akh Shahril Atiqi dan Ukhti Hasliza

Akh Hikbal dan Ukhti Azza

Teruskan membaca

Selamat Hari Raya Aidilfitri

( Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, TaqabbalAllahu minna wa minkum daripada Abu Hamzah sekeluarga )

Teruskan membaca