Tarbiyah Al-Quran

alquran

Firman Allah s.w.t :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كلُّ أُولئِكَ كانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Dan janganlah kamu ikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya telinga, mata dan hati itu semuanya akan ditanya.” (Surah Al-Isra’ : 36)

Juga FirmanNYa :

ياايها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإٍ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat : 6 ) Teruskan membaca

Hikmah, Uslub Dakwah yang Agung

proudtobemuslim1

Firman Allah s.w.t : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” ( Surah An-Nahl : 125 ).

Hikmah merupakan suatu anugerah rabbani, Allah s.w.t menganugerahkannya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki dari kalangan hambanya. FirmanNya : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.” ( Surah Al-Baqarah : 269 ). Hikmah pada asalnya suatu sifat yang ada pada setiap manusia, tetapi ia perlu disempurnakan dengan akhlak yang menyeluruh. Kemungkinan ia terdapat disisi sebahagian manusia, tetapi sekiranya ia tidak dihias dengan akhlak yang mulia ia dikhuatiri akan hilang. Teruskan membaca

Kesan Sembelihan Ibu keatas Janin

img_3402-copy1

Semasa program korban tahun lepas, ada diantara binatang yang dikorbankan mempunyai janin di dalamnya, sorang student medic tanya pada saya : “Janin ni boleh makan tak? “. Disini saya nak kongsikan sedikit pembentangan pendapat-pendapat dan dalil-dalil tentang pertanyaan tersebut.

Ada empat keadaan sembelihan bagi janin :

Pertama : Keluar dari ibunya dalam keadaan telah mati sebelum penyembelihan ibunya. Maka janinnya tidak boleh dimakan secara ijmak.

Kedua : Keluar dari ibunya dalam keadaan masih hidup sebelum penyembelihan ibunya. Ia tidak boleh dimakan kecuali sekiranya disembelih ketika ia masih hidup.

Ketiga : Keluar dari ibunya  dalam keadaan hidup selepas penyembelihan ibunya. Sekiranya dia disembelih semasa hidup maka boleh dimakan tetapi sekiranya ia tidak sempat disembelih ketika masih hidup ia dikira bangkai. Dikatakan pendapat disisi Malikiah : Sembelihannya adalah sembelihan ibunya.

Keempat : Keluar dari ibunya dalam keadaan mati selepas penyembelihan ibunya. Terdapat khilaf diantara fuqaha’ pada hukumnya. Teruskan membaca

PMPI’09

pmpi09iklan3

Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir adalah salah satu daripada program tahunan yang dianjurkan oleh ISMA-Mesir. Diantara objektif program tersebut ialah menjalin dan mengukuhkan ukhuwwah diantara para peserta. Ia juga memberi peluang kepada para peserta untuk berjalan dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.

Jangan lepaskan peluang ,cepat-cepat daftar, tempat terhad!!

Tarbiyah itu pertumbuhan

Muasofat Tarbiyah

Semenjak dua menjak ini dakwah dan tarbiyyah tidak lagi menjadi suatu yang asing kepada masyarakat lebih-lebih lagi bagi masyarakat mahasiswa. Banyak organisasi-organisasi dakwah mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan bertambahnya organisasi-organisasi akan bertambahlah program-program. Kefahaman yang betul tentang tarbiyyah amat diperlukan agar kita tidak lari atau terseleweng dari matlamat sebenar tarbiyyah.

Tarbiyyah ialah pendidikan. Ini bermakna apabila kita mentarbiyah bermakna kita mendidik. Apabila kita mendidik bermakna kita melakukan pengislahan (membaik pulih) dan ziadah (pertambahan). Dengan adanya pengislahan dan pertambahan tadi, tarbiyyah yang dilakukan akan menghasilkan pertumbuhan. Pertumbuhan dari tiga aspek yang ada pada diri manusia iaitu aspek akal, hati, dan tingkahlaku.

Teruskan membaca

Barakallahulakuma..

qamarul1

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

kepada

Akhi Qamarul Naim bin Mohd Faizal dan Ukhti Khairah bt Abdul Halim

yang telah diijabqabulkan pada 3 April 2009