Qudwah Rasulullah S.A.W dan Kesannya Kepada Dakwah

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan, yang paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri pada  diri Baginda s.a.w. Beliau merupakan qudwah yang paling agung di dalam sejarah insan seluruhnya. Jiwa-jiwa manusia bergerak mengikut kadar usaha melaksanakannya dan beramal dengannya.
Diantara contoh qudwah pada peribadi Rasulullah s.a.w yang paling jelas adalah akhlak Baginda sebelum diutuskan sebagai Rasul. Beliau dikenali sebelum risalah dengan gelaran al-amin (yang sentiasa berkata benar). Kaum Baginda tidak pernah mengenali Baginda berbohong. Ketika Saidatina Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w beliau menjawab : “ Kana khuluquhul quran (Akhlaknya adalah Al-Quran)” dan “ Kana sollahahualaiwasallam quranan yamsyi alal ard ( Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran yang berjalan diatas muka bumi ini) ”
Sebelum Baginda mengeluarkan suatu arahan atau seruan kepada manusia Baginda akan terlebih dahulu melaksanakan perkara tersebut. Didalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat banyak peristiwa yang mempersaksikan perkara tersebut. Diantaranya adalah kisah ketikamana telah tamat perjanjian Hudaibiyah diantara Muslimin dan Quraisy, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa golongan muslimin akan kembali ke Madinah pada tahun ini tanpa menunaikan umrah dan akan kembali pada tahun hadapan.  Maka Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat untuk menyembelih korban dan bertahallul daripada ihram. Maka Baginda s.a.w bersabda : “Bangunlah, sembelihlah korban dan bercukurlah”. Tetapi para sahabat bermalas-malasan untuk melaksanakan perintah tersebut kerana syarat perjanjian tersebut tidak memihak kepada mereka.Maka Rasulullah s.a.w masuk bertemu isteri Baginda Ummu Salamah r.a dalam keadaan marah dan menceritakan apa yang berlaku. Maka Ummu Salamah r.a mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w supaya segera melaksanakan arahan tersebut di hadapan mereka. Maka Rasulullah s.a.w melaksanakannya dengan mencukur kepala Baginda dan menyembelih korban. Dengan perbuatan Rasulullah s.a.w tersebut para sahabat berlumba-lumba untuk melaksanakan arahan tersebut.
Antara contoh yang jelas juga daripada sirah Rasulullah s.a.w adalah peristiwa membina masjid. Baginda s.a.w turut sama bekerja bersama para sahabat menggali dan memindahkan tanah serta mengangkat binaan. Dalam peristiwa perang Khandak, Baginda s.a.w turut sama menggali parit disekeliling Madinah bagi menghalang tentera Ahzab memasuki Madinah.  Rasulullah s.a.w bersama-sama menggali lubang dengan tangan Baginda, memikul tanah di atas peha. Apabila mereka ditimpa masalah, Rasulullah s.a.w akan membantu mereka mencari penyelesaian.
Semua perkara ini menolak para sahabat untuk terus beramal, menguatkan himmah dan azam mereka. Perasaan malas dan tidak bermaya akan hilang dari diri mereka kerana mereka melihat pimpinan mereka Rasulullah s.a.w bersama mereka di dalam parit yang sama, bekerja sepertimana mereka, makan dan minum dan tidur seperti mereka. Perkara tersebut menambahkan lagi keimanan dan keislaman mereka.
Firman Allah s.w.t : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab : 21)
Ayat ini merupakan dalil untuk umat Islam mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w dalam setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Dengan ini Allah s.w.t menyuruh golongan muslimin untuk mencontohi Rasulullah s.a.w pada peperangan Ahzab. Bagaimana kesabaran Baginda , ikatan, mujahadah dan cara Baginda s.a.w menunggu pertolongan daripada Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah mempersaksikan akhlak Rasulullah s.a.w dalam setiap urusan kehidupan Baginda s.a.w. Firman Allah s.w.t : “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah Al-Qalam : 4). Dengan itu Allah s.w.t telah menjadikan Rasulullah s.aw sebagai teladan yang baik untuk manusia keseluruhannya. Baginda s.a.w membawa contoh yang baik dalam setiap perkara samada percakapan atau perbuatan.
Faktor yang memberi kesan yang paling besar kepada perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh adalah qudwah yang baik dan akhlak yang mulia yang menyentuh hati  para mad’u. Akhlak ini terpancar pada setiap sudut kehidupan mereka samada di medan jual beli, medan peperangan dan lain-lain. Ketika jual beli perniagaan akan dijalankan dengan benar dan amanah. Contoh ketika peperangan adalah muamalat yang baik dengan para tawanan perang, tidak membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan paderi. Akhlak-akhlak tersebut menolak manusia untu berfikir tentang agama yang baru yang dianuti oleh umat Islam. Dan biasanya tindakan tersebut akan diakhiri dengan memeluk agama Islam dan perasaan cinta untuk mempelajarinya, serta menyemai persaudaraan diantara muslimin.
Maka qudwah merupakan uslub dakwah yang paling praktikal. Ia merupakan dakwah yang bisu yang mampu untuk membuka pintu-pintu hatu dan akal manusia. Kesannya kepada jiwa juga lebih hebat berbanding kesan khutbah atau pengajian.
Diantara faedah qudwah yang baik di dalam medan dakwah adalah ia lebih mudah untuk diterima oleh jiwa dan contoh atau qudwah yang ditunjukkan lebih memudahkan mad’u untuk memahami perkara tersebut. Qudwah tersebut secara tidak langsung akan mengajak manusia untuk mengikut apa yang didengari dan dipelajari dengan kata-kata. Pembelajaran secara perbuatan dan amal merupakan suatu uslub pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
Sesungguhnya dakwah Islam pada masa kini memerlukan para duat yang cemerlang di dalam ilmu, akhlak dan amal.kerana ia merupakan misi yang sukar, beban yang  berat, jalan yang panjang, musuh lebih ramai daripada ansar (mereka yang membantu dakwah) . Kita akan merasai kesukaran untuk melaksanakan misi ini. Manusia akan menerima berdasar kepada apa yang kita lakukan. Mintalah bantuan daripada Allah s.w.t untuk membantu kita menang keatas diri kita sendiri. Jadilah sseorang da’i pada penampilan (perbuatan) dan percakapan (perkataan) setiap perbuatan, perkataan, pergerakan dan senyapnya kita adalah mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Walahua’lam

Pic528

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan dan paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri terpancar pada kehidupan baginda s.a.w. Baginda s.a.w merupakan qudwah yang paling agung di dalam sejarah insan seluruhnya. Tindakbalas jiwa-jiwa manusia terhadap sesuatu perkara mengikut kadar usaha melaksanakannya dan beramal dengannya. Teruskan membaca

Sofiyyah bt Mus’ab

Picture1

Alhamdulillah pada 21 hb 6 2009 yang lepas Ummu Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 10 pagi di Mansurah, Mesir. Semoga dia menjadi seorang mujahidah. Diberi nama Sofiyyah sempena nama saudara perempuan kepada Hamzah b. Abdul Mutalib, Sofiyyah bt Abdul Mutalib. Alhamdulillah kelahiran kali ini dengan kehadiran baba. Teruskan membaca

Pengajaran dari Kisah Hijrah Rasulullah s.a.w

picture11Ikhwah dan Akhwat yang dikasihi sekelian, sempena Awal Muharram yang baru sahaja melintasi kita marilah kita melihat sebuah kisah yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umat Islam seluruhnya. Kisah Ini biasa kita dengar, tetapi pernahkah kita mengambil pengajaran darinya?

Teruskan membaca

Apa yang kita raikan?

( Permandangan dari atas di masjid Ibrahim, Iskandariah, Mesir. Hampir 5000 bertahajjud disana pada malam 27 Ramadhan yang lalu )

“Raya tahun ni aku nak beli baju apa?”. “ Baju melayu baru tak beli lagi. Tahun lepas dah baju biru, tahun ni nak pakai warna hijau pulak lah”. “ Kasut baru pun takde lagi”. “Baju kurung untuk raya nak kena tempah sekarang, kena tempah cepat kalau tidak nanti tengok orang lain jela pakai baju raya baru”. “Langsir kita tak tukar ke tahun ni?, orang sebelah dah pasang langsir baru dah”. “ Baju raya kau berapa pasang?”. “Rumah kita kena cat baru baru nampak berseri raya nanti”. “ yey! Esok raya”.
Teruskan membaca

SYED QUTB

SYED QUTB

Daie dan Ahli Maktab Irsyad IM

Latarbelakang beliau

Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir.  Beliau mendapat didikan awal  di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama.  Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Qur’an. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.
Teruskan membaca

Tasbih dan Ukhuwwah

Suatu masa terdapat seorang pendakwah yang akan memberikan sebuah muhadarah ( ceramah ) tentang ukhuwwah dan hub (kasih sayang ) di jalan Allah s.w.t serta kepentingannya kepada para daie. Sebelum tiba waktu yang dijanjikan, pendakwah tersebut pun mula memikirkan apa isi kandungan yang akan di dalam muhadarah tersebut. Adakah dia akan menyampaikan sebagaimana yang pernah dia lakukan?. Mengumpulkan ayat-ayat dan hadith-hadith yang menunjukkan kelebihan ukhuwwah di jalan Allah, hak-hak serta kelebihannya serta ditambah dengan contoh-contoh daripada kisah para salaf soleh serta para rija-rijal dakwah yang terdahulu?
Teruskan membaca

Keseimbangan Dan Tarbiyah

a1.gif

Daripada Wahab bin Abdullah r.a telah berkata : ” Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, maka pada suatu hari Salman Al-Farisi telah pergi untuk menziarahi Abu Darda’ dan ketika sampai di rumah Abu Darda’ dia ternampak Ummu Darda’ dalam keadaan muram. Maka dia pun bertanya kepada Ummu Darda’ : “Kenapa dengan kamu?”, dia menjawab : ” Saudara kamu Abu Darda’ dia tidak memerlukan dunia. ” . Kemudian Abu Darda’ pun datang dan menyediakan makanan untuknya seraya berkata : ” Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa “. Salman menjawab : ” Aku tidak akan makan sehingga kamu makan “, maka dia pun makan. Apabila tiba waktu malam Abu Darda’ berjaga malam. Salman menyuruhnya tidur, maka dia pun tidur. Kemudian dia jaga lagi untuk berjaga malam dan seperti sebelumnya dia disuruh tidur. Apabila tiba 2/3 malam Salman berkata kepadanya : ” Bangunlah sekarang “, maka mereka berdua pun solat. Kemudian Salman berkata kepadanya : “Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak keatas kamu, dan diri kamu mempunyai hak keatas kamu, dan keluarga kamu juga mempunyai hak keatas kamu, maka berilah setiap sesuatu itu haknya.” Kemudian Salman pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku, Baginda s.a.w menjawab : ” Benarlah apa yang dikatakan Salman.
Teruskan membaca