Keseimbangan Dan Tarbiyah

a1.gif

Daripada Wahab bin Abdullah r.a telah berkata : ” Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, maka pada suatu hari Salman Al-Farisi telah pergi untuk menziarahi Abu Darda’ dan ketika sampai di rumah Abu Darda’ dia ternampak Ummu Darda’ dalam keadaan muram. Maka dia pun bertanya kepada Ummu Darda’ : “Kenapa dengan kamu?”, dia menjawab : ” Saudara kamu Abu Darda’ dia tidak memerlukan dunia. ” . Kemudian Abu Darda’ pun datang dan menyediakan makanan untuknya seraya berkata : ” Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa “. Salman menjawab : ” Aku tidak akan makan sehingga kamu makan “, maka dia pun makan. Apabila tiba waktu malam Abu Darda’ berjaga malam. Salman menyuruhnya tidur, maka dia pun tidur. Kemudian dia jaga lagi untuk berjaga malam dan seperti sebelumnya dia disuruh tidur. Apabila tiba 2/3 malam Salman berkata kepadanya : ” Bangunlah sekarang “, maka mereka berdua pun solat. Kemudian Salman berkata kepadanya : “Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak keatas kamu, dan diri kamu mempunyai hak keatas kamu, dan keluarga kamu juga mempunyai hak keatas kamu, maka berilah setiap sesuatu itu haknya.” Kemudian Salman pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku, Baginda s.a.w menjawab : ” Benarlah apa yang dikatakan Salman.
Teruskan membaca

Adakah kita mencintai Rasulullah s.a.w?

masjid-nabawi.jpg

Sempena maulid (ulangtahun kelahiran) Rasul s.a.w marilah kita menilai kembali cinta kita kepada baginda Rasulullah s.a.w?

Jawab soalan-soalan ini kemudian kita nilai sendiri. Sekiranya kita merasakan dengan darjat kita sekarang kita layak untuk mendapat syafaat Rasulullah s.a.w, tahniah… tetapi sekiranya sebaliknya maka lihatlah kepada diri kita dan bersegeralah untuk menterjemahkan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk amalan-amalan bagi membolehkan kita mendapat syafaatnya pada hari kiamat kelak…
Teruskan membaca