MUHAMMAD KAMALUDDIN AS-SANANIRI

kamal.jpg
(1336-1402 H = 1918-1981M)
Daie dan mujahid
Ahli Maktab Irsyad IM
Latarbelakang beliau
Muhammad Kamaluddin bin Muhammad ‘Ali as-Sananiri telah dilahirkan di Kaherah pada 28 Jamadil Awwal 1336H bersamaan 11 Mac 1918. Beliau membesar dalam keluarga yang senang Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah awam sehingga memperolehi sijil rendah dan menengah.Beliau tidak menyambung pelajaran ke pengajian tinggi di universiti sebaliknya memilih bekerja di sektor kerajaan.

Beliau telah menyertai kementerian kesihatan (unit membasmi malaria) pada 1353H bersamaan 1934M. Selepas 4 tahun bekerja (1938M), berhenti dan bersiap untuk ke Amerika Syarikat untuk belajar di dalam jurusan farmasi. Beliau bercadang bekerja di farmasi milik bapanya sekembalinya dari sana tetapi beliau telah membatalkan hasratnya selepas dinasihatkan oleh seorang ulama agar tidak ke Amerika Syarikat..
Teruskan membaca

Advertisements

Kesatuan Matlamat Merupakan Satu Nikmat

0061.jpg

Sebuah rumahtangga muslim adalah suatu nikmat yang besar. Apabila kita teliti dan analisis kembali kita akan dapat singkap rahsia bahawa ianya adalah nikmat kesatuan matlamat. Matlamat inilah yang dapat menjadikan seseorang individu muslim menyerahkan segala urusan dan kehidupannya semata-mata kerananya. Itulah dia matlamat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Undang-undang Rabbani telah menetapkannya seperti di dalam firmanNya yang bermaksud : “Katakanlah (Muhammad) sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian Alam“. Undang-undang manusia juga ada menyebut, : “Sesungguhnya rahsia kejayaan di dalam hidup ini adalah kesatuan matlamat, itulah yang akan menjadikan seseorang manusia fokus untuk melaksanakan segala urusannya.
Teruskan membaca

Semuanya Bermula Dengan Langkah Kali Pertama

hamzah-2.jpg

“Ana tak pernah buat ustaz, bagi dialah buat,dia dah biasa” inilah ungkapan yang sering kita dengar hatta kita sendiri sering mengucapkan kata-kata seperti ini. Apabila kita diminta atau kita diperlukan untuk melakukan sesuatu perkara ungkapan ini sering terucap dari bibir kita.

Apabila diminta ,”Anta tolong jadi pengerusi…” , kita menjawab “ana tak biasa, minta dia jadi”. “Anta tolong bagi pengisian”, kita jawab “dialah, dia hebat bercakap”Kita akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melaksanakan satu tugasan atau keperluan dengan alasan-alasan tersebut. Tapi sampai bila kita akan terus mengelak?
Teruskan membaca

Muhajir masa kini

pic1900.jpg

Bagi muhajir ( mereka yang berhijrah ) tanda-tanda, sifat-sifat dan ciri-ciri asasi yang perlu ada pada mereka. Setiap daripada kita akan mencari sifat-sifat tersebut dan menuntutnya supaya dapat dilaksanakan dalam diri kita. Antara sifat-sifat tersebut :

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang sentiasa berniat jihad dan mencintai syahid.
Teruskan membaca