Sofiyyah bt Mus’ab

Picture1

Alhamdulillah pada 21 hb 6 2009 yang lepas Ummu Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 10 pagi di Mansurah, Mesir. Semoga dia menjadi seorang mujahidah. Diberi nama Sofiyyah sempena nama saudara perempuan kepada Hamzah b. Abdul Mutalib, Sofiyyah bt Abdul Mutalib. Alhamdulillah kelahiran kali ini dengan kehadiran baba.

Sedikit kisah tentang Sofiyyah bt Abdul Mutalib :

Dipetik daripada dan diedit  dari blog Ummu Hamzah ( ummuasad.wordpress.com)

Sofiyyah merupakan seorang wanita yang mempunyai banyak pertalian dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah ibu saudara sebelah ayah Rasulullah s.a.w, saudara perempuan kepada Hamzah b. Abdul Mutalib (bapa saudara Rasulullahs.a.w). Beliau juga merupakan sepupu Rasulullah s.a.w  sebelah ibu,anak kepada Halah bt. Wahab, dalam masa yang sama beliau adalah biras kepada Baginda s.a.w  kerana mengahwini Al-Awwam b. Khuwailid.

Perang Uhud

Sofiyyah merupakan seorang wanita yang  sangat berani dan keras pendiriannya. Sifat ini terbukti apabila ketika di Perang Uhud beliau merupakan diantara mereka yang tetap thabat di medan perang. Ketika perang semakin sengit, Rasulullah s.a.w mengarahkan anaknya Zubair Al-Awwam memintanya untuk kembali kerana risaukan akan keselamatan ibu saudara baginda s.a.w . Dengan tegas dan berani beliau menjawab : “Untuk apa? Sedangkan telah sampai berita kepadaku bahawa saudara lelakiku (Hamzah) telah diseksa mayatnya, dan ianya di jalan Allah?“. Zubair menyampaikan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w maka baginda membiarkannya.

Peperangan Al-Ahzab

Ketika Perang Khandak seorang yahudi telah dihantar untuk mengintip dan menceroboh tempat perlindungan wanita dan kanak-kanak. Ketika itu seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Hasan b. Thabit telah ditugaskan untuk melindungi mereka. Apabila mengetahui kehadiran si Yahudi, beliau berkata kepada Hasan : “keluarlah dan bunuhlah dia“. Namun Hasan berkata “Aku tidak mampu,sekiranya aku mampu,sudah tentu aku berada bersama baginda Rasulullah (berjuang di khandak)”.Akhirnya dengan berani,Sofiyyah keluar dari persembunyiannya lalu memenggal sendiri kepala Yahudi tersebut. Setelah itu,beliau meminta Hasan mencampakkan kepala Yahudi itu ke kawasan orang Yahudi dengan tujuan menakutkan mereka, namun sekali lagi Hasan menjawab : “aku tidak mampu“. Akhirnya wanita yang berani itu sendiri mencampakkan kepala Yahudi itu sehingga menyebabkan orang Yahudi menyangka ada pahlawan yang hebat yang melindungi  tempat perlindungan kaum wanita dan kanak-kanak itu dan mereka terus beredar. Dengan peristiwa ini, beliau merupakan muslimah pertama yang membunuh seoarang lelaki musyrik.

Ibu kepada Zubair bin Al-Awwam (Hawari Rasulullah s.a.w)

Keberaniannya itu turut diwarisi oleh anak lelakinya Az-Zubair b. Al-Awwam, orang pertama yang menghunuskan pedang di jalan Allah dan digelar dengan gelaran Hawari (penolong) Rasulullah s.aw.. Ini adalah merupakan hasil didikannya yang keras ke atas Az-Zubair. Selepas kematian suaminya Al-Awwam, beliau sangat mengambil berat atas pendidikan anak-anaknya terutamanya anak lelakinya,Az-Zubair. Sekiranya Az-Zubair yang ketika itu masih kecil bergaduh dengan rakannya dan pulang untuk mengadu kepada beliau,beliau akan mengikat anaknya itu dan memukulnya. Pernah beliau ditegur oleh kerabatnya atas kekerasan didikannya itu dan diminta supaya mengasihani anaknya yang yatim, dengan tegasnya dia menjawab : “Aku ingin menjadikannya seorang lelaki yang tidak boleh dikalahkan dan tidak boleh dikuasai, yang tidak akan tunduk kepada seorang pun dari makhluk Allah”.

Sofiyyah bt. Mus'ab, saudara perempuan kepada Hamzah b. Mus'ab. Selamat dilahirkan pada pukul 10 pagi, 21hb Jun 2009. Semoga dia menjadi mujahidah yang berani seperti Sofiyyah bt. Abdul Mutalib, bakal ibu yang melahirkan tentera-tentera Allah yang hebat, seperti Az-Zubair b. Al-Awwam.

Sofiyyah bt. Mus'ab, saudara perempuan kepada Hamzah b. Mus'ab. Selamat dilahirkan pada pukul 10 pagi, 21hb Jun 2009. Semoga dia menjadi mujahidah yang berani seperti Sofiyyah bt. Abdul Mutalib, bakal ibu yang melahirkan tentera-tentera Allah yang hebat, seperti Az-Zubair b. Al-Awwam.

23 Respons

  1. Salam, mabruk! Semoga membesar menjadi anak yg solehah dan seorang srikandi Islam! Muka mmg follow hamzah lah! hehe.

  2. BarakaAllah ya akh!
    hehe..mehla dtg sini lg,leh bw baby lg…

  3. Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu. amin ya Rabbal ‘alamin.

  4. salam ust .. tahniah atas kelahiran anak ke 2 ni … moga dpt membentuk baitul muslim yg berjaya … anak sedara ana nama sofiyyah jgk … nnt dh besar sket kene cerita seerah sofiyyah kt die ni …

  5. salam dari pakcu.. baba buatlah tab baru untuk gambar2 sofiyyah..geraam..:s tembam dari hamzah n sepet dari hamzah masa baby..:)

  6. salam ust..

    wah..tahniah..dgr cerita hamzah dah jealous..haha

  7. salam aleik ustz..

    alf mabruk..moga dia mmbesar sbagai seorg mujahidah sejati..

    ala din..klau nta jd hamzah pun,msti nta jeles..hehe..

    ana mntk izin amek artikel dr blog ustz..yg 38 wajibat al-akh tu..moga trsemat kat depan mata ana & ikhwah lain nant..

    doakan kami ikhwah alex yg nk imtihan 1hb7 ni..

  8. salam ustz..

    alf mabruk..moga sofiyyah bt mus’ab membesar sbgai anak yg solehah..

    ana mntk izin amek artikel ustz yg 38 wajibat al-akh tu..(ana dh amek dh pun..huhu)

    doakan kami ikhwah alex dlm imtihan 1hb7 ni..

  9. Sofiyyah yang comel =)

  10. Sofiyyah sangat comel =)

  11. salam ust musab.
    alhamdulillah. dpt seorg lg chy mata beit muslim ikhwah.

    “la’alla at-tasmiyyah tunasibul musamma”

    amin ya rabb.
    salam dari siberbay, tanta.

  12. Mubarak Ust Musab!

    Ahlan ke nurseri BTTC! 🙂

  13. […] Ade post khas untuk Soffiyah bt Mus’ab.sila la baca kat sini. […]

  14. Tahniah..semoga permata ini bakal menggegar jalan yang terbentang penuh liku..

    Anak kedua dah lahir..tggu pulak anak ketiga ni…

  15. Jzkk kepada ikhwah-ikhwah yang mendoakan…

  16. salam..insyallah kalu de kelapangan ana mai mansurah la eh..

    mabruk tu..comelnye..rse nk cubit je pipi dia tu….

  17. salam…haAh, dah sethn rupanya…dan enta dah ada sepasang chy mata dah….tahniah~! enta kat mesir lagi ke? ana iA balik ujung bulan nih…

  18. tahniahlah dah dapat baby lagi…moga dibentuk dengan cahaya keimanan yang utuh….kirimsalam pada mamanya….ye

    from,
    kak zunaidah…melaka

Tinggalkan komen