Mengubah Mungkar Hendaklah Tidak Membawa Kepada Mungkar Yang Lebih Besar.

direction of life

Petikan daripada blog Ust Abdullah Zaik ( http://ustabdullahzaik.wordpress.com)

Antara komen-komen yang dihantar ke blog ini ada yang bertanya tentang fiqh amar makruf nahi mungkar. Rasanya sudah lama dikemukakan, tetapi saya tidak temui masa yang sesuai untuk duduk menulis. Jadi saya mohon maaf kerana itu, dan kerana mungkin ada lagi persoalan-persoalan yang boleh jadi saya dah lupa.

Saya tidak pasti apa maksud sebenar saudara yang bertanya. Mungkin beliau melihat ISMA tidak lantang seperti pertubuhan lain atau seperti tidak terlibat dalam banyak hal. Wallahu aklam.

Tak apalah saya jawab secara umum. Semua anda tahu di sini kita tidak akan menulis tesis, tetapi sekadar menonjolkan isu-isu hangat berkaitan satu-satu topik. Teruskan membaca

Kesan Sembelihan Ibu keatas Janin

img_3402-copy1

Semasa program korban tahun lepas, ada diantara binatang yang dikorbankan mempunyai janin di dalamnya, sorang student medic tanya pada saya : “Janin ni boleh makan tak? “. Disini saya nak kongsikan sedikit pembentangan pendapat-pendapat dan dalil-dalil tentang pertanyaan tersebut.

Ada empat keadaan sembelihan bagi janin :

Pertama : Keluar dari ibunya dalam keadaan telah mati sebelum penyembelihan ibunya. Maka janinnya tidak boleh dimakan secara ijmak.

Kedua : Keluar dari ibunya dalam keadaan masih hidup sebelum penyembelihan ibunya. Ia tidak boleh dimakan kecuali sekiranya disembelih ketika ia masih hidup.

Ketiga : Keluar dari ibunya  dalam keadaan hidup selepas penyembelihan ibunya. Sekiranya dia disembelih semasa hidup maka boleh dimakan tetapi sekiranya ia tidak sempat disembelih ketika masih hidup ia dikira bangkai. Dikatakan pendapat disisi Malikiah : Sembelihannya adalah sembelihan ibunya.

Keempat : Keluar dari ibunya dalam keadaan mati selepas penyembelihan ibunya. Terdapat khilaf diantara fuqaha’ pada hukumnya. Teruskan membaca

Kanak-kanak Ghaza ….kerana dosa apakah mereka dibunuh?

أطفال غزة.. بأي ذنب قتلوا؟

picture22

Teruskan membaca

Cinta Luarbiasa

 

masalah.jpg

Soalan :

Saya seorang pemuda dan saya ingin minta pertolongan bagi menyelesaikan masalah saya :

1. Saya mempunyai seorang sahabat sepengajian (lelaki/sejenis) dan kami selalu bersama, hati saya terpaut padanya dan saya sangat menyayanginya, sehingga sekiranya saya tidak melihatnya sehari saya akan berasa sedih dan susah hati sehingga timbul perasaan cinta yang luarbiasa, bagaimana untuk saya mengatasinya?

2. Masalah kedua saya sangat bimbang dengan masa depan saya, sehingga kini saya masih membujang sedangkan umur saya sudah 26 tahun dan saya mempunyai kemampuan untuk berkahwin.
Teruskan membaca