Memahami hakikat pertembungan

images6

Pertembungan di antara umat Islam dengan musuh Islam bukanlah suatu perkara yang baharu, tetapi ia merupakan suatu peperangan yang azali di antara haq dan batil apabila Iblis meminta penangguhan daripada Allah s.w.t untuk menyesatkan bani Adam. Maka dengan pengistiharan Iblis berikut bermulalah konspirasi yang dilakukan oleh Hizbussyaitan keatas Hizbullah.

Serangan dan pertembungan pemikiran dan ideologi

Musuh Islam telah berusaha selama beratus-ratus tahun untuk memerangi dan mengalahkan umat Islam. Serangan demi serangan dilakukan tetapi akhirnya tetap gagal, malah golongan Tartar yang berjaya memecahkan dokongan muslimin di Ain Jalut juga berakhir dengan memeluk Islam. Setelah gagal untuk menjatuhkan dan menguasai khilafah dengan kekuatan ketenteraan, kini musuh tidak lagi menggunakan kekuatan fizikal kerana mereka mengetahui bahawa mereka tidak akan mampu mngalahkan umat Islam kerana mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mencintai syahid. Maka mereka mencipta ejen-ejen mereka daripada kalangan umat Islam sendiri bagi merosakkan jatidiri umat Islam serata menjauhkan mereka dariapada ajaran Islam.

Apabila mereka mahu menghancurkan Khilafah ‘Uthmaniyah dan menghapuskan saki baki fenomena pemerintahan pemerintahan Islam yang terakhir di sana, mereka ciptakan seorang pahlawan di Turki (Kamal Ataturk-penterjemah), lalu mereka membesar-besarkan imejnya dan membuat angkatan-angkatan tentera pihak bersekutu yang menduduki Istana di waktu itu berundur di hadapan angkatan tenteranya, supaya beliau benar-benar dipandang sebagai pahlawan di mata rakyat Turki, iaitu seorang pahlawan yang telah berjaya menghapuskan sistem pemerintahan khilafah, menghapuskan penggunaan bahasa Arab, memencilkan Turki dari umat Muslimin, dan mengisytiharkan Negara Turki sebagai Negara secular yang tidak ada hubungan dengan agama. Mereka terus terang mengulangi tindakan mereka mewujudkan pahlawan-pahlawan palsu apabila mereka mahu menghancurkan Islam dan harakah-harakah Islam di dalam mana-mana negeri Islam.”

Syed Qutb, Fi Zilalil al-Quran Teruskan membaca

Syeikh Faisal Mawlawi pulang ke Rahmatillah

9 Mei 2011 – Salah seorang ulama yang terkenal di Lubnan meninggal dunia semalam, Ahad, 8/5/2011. Namanya begitu sinonim dengan perjuangan rakyat Palestin bergandingan dengan nama Dr. Yusuf Qardawi dan ulama yang lainnya.

Bioadata:
Qadi Faqih Faisal Mawlawi lahir pada tahun 1941 Tripoli, Lubnan, seorang pemikir Islam dan aktivis, dikenali di Lubnan, dunia Arab, Islam dan Eropah.

Seorang yang sentiasa bekerja untuk Islam di Lubnan, Ketua Pendidikan Islam Masyarakat di Lubnan, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Kumpulan Islam di Lubnan, Ketua Baeit Dakwah sejak ditubuhkan pada tahun 1990 dan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Persidangan Nasional Islam. Teruskan membaca

Promosi KEMM1511

Teruskan membaca

Qudwah Rasulullah S.A.W dan Kesannya Kepada Dakwah

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan, yang paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri pada  diri Baginda s.a.w. Beliau merupakan qudwah yang paling agung di dalam sejarah insan seluruhnya. Jiwa-jiwa manusia bergerak mengikut kadar usaha melaksanakannya dan beramal dengannya.
Diantara contoh qudwah pada peribadi Rasulullah s.a.w yang paling jelas adalah akhlak Baginda sebelum diutuskan sebagai Rasul. Beliau dikenali sebelum risalah dengan gelaran al-amin (yang sentiasa berkata benar). Kaum Baginda tidak pernah mengenali Baginda berbohong. Ketika Saidatina Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w beliau menjawab : “ Kana khuluquhul quran (Akhlaknya adalah Al-Quran)” dan “ Kana sollahahualaiwasallam quranan yamsyi alal ard ( Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran yang berjalan diatas muka bumi ini) ”
Sebelum Baginda mengeluarkan suatu arahan atau seruan kepada manusia Baginda akan terlebih dahulu melaksanakan perkara tersebut. Didalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat banyak peristiwa yang mempersaksikan perkara tersebut. Diantaranya adalah kisah ketikamana telah tamat perjanjian Hudaibiyah diantara Muslimin dan Quraisy, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa golongan muslimin akan kembali ke Madinah pada tahun ini tanpa menunaikan umrah dan akan kembali pada tahun hadapan.  Maka Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat untuk menyembelih korban dan bertahallul daripada ihram. Maka Baginda s.a.w bersabda : “Bangunlah, sembelihlah korban dan bercukurlah”. Tetapi para sahabat bermalas-malasan untuk melaksanakan perintah tersebut kerana syarat perjanjian tersebut tidak memihak kepada mereka.Maka Rasulullah s.a.w masuk bertemu isteri Baginda Ummu Salamah r.a dalam keadaan marah dan menceritakan apa yang berlaku. Maka Ummu Salamah r.a mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w supaya segera melaksanakan arahan tersebut di hadapan mereka. Maka Rasulullah s.a.w melaksanakannya dengan mencukur kepala Baginda dan menyembelih korban. Dengan perbuatan Rasulullah s.a.w tersebut para sahabat berlumba-lumba untuk melaksanakan arahan tersebut.
Antara contoh yang jelas juga daripada sirah Rasulullah s.a.w adalah peristiwa membina masjid. Baginda s.a.w turut sama bekerja bersama para sahabat menggali dan memindahkan tanah serta mengangkat binaan. Dalam peristiwa perang Khandak, Baginda s.a.w turut sama menggali parit disekeliling Madinah bagi menghalang tentera Ahzab memasuki Madinah.  Rasulullah s.a.w bersama-sama menggali lubang dengan tangan Baginda, memikul tanah di atas peha. Apabila mereka ditimpa masalah, Rasulullah s.a.w akan membantu mereka mencari penyelesaian.
Semua perkara ini menolak para sahabat untuk terus beramal, menguatkan himmah dan azam mereka. Perasaan malas dan tidak bermaya akan hilang dari diri mereka kerana mereka melihat pimpinan mereka Rasulullah s.a.w bersama mereka di dalam parit yang sama, bekerja sepertimana mereka, makan dan minum dan tidur seperti mereka. Perkara tersebut menambahkan lagi keimanan dan keislaman mereka.
Firman Allah s.w.t : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab : 21)
Ayat ini merupakan dalil untuk umat Islam mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w dalam setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Dengan ini Allah s.w.t menyuruh golongan muslimin untuk mencontohi Rasulullah s.a.w pada peperangan Ahzab. Bagaimana kesabaran Baginda , ikatan, mujahadah dan cara Baginda s.a.w menunggu pertolongan daripada Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah mempersaksikan akhlak Rasulullah s.a.w dalam setiap urusan kehidupan Baginda s.a.w. Firman Allah s.w.t : “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah Al-Qalam : 4). Dengan itu Allah s.w.t telah menjadikan Rasulullah s.aw sebagai teladan yang baik untuk manusia keseluruhannya. Baginda s.a.w membawa contoh yang baik dalam setiap perkara samada percakapan atau perbuatan.
Faktor yang memberi kesan yang paling besar kepada perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh adalah qudwah yang baik dan akhlak yang mulia yang menyentuh hati  para mad’u. Akhlak ini terpancar pada setiap sudut kehidupan mereka samada di medan jual beli, medan peperangan dan lain-lain. Ketika jual beli perniagaan akan dijalankan dengan benar dan amanah. Contoh ketika peperangan adalah muamalat yang baik dengan para tawanan perang, tidak membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan paderi. Akhlak-akhlak tersebut menolak manusia untu berfikir tentang agama yang baru yang dianuti oleh umat Islam. Dan biasanya tindakan tersebut akan diakhiri dengan memeluk agama Islam dan perasaan cinta untuk mempelajarinya, serta menyemai persaudaraan diantara muslimin.
Maka qudwah merupakan uslub dakwah yang paling praktikal. Ia merupakan dakwah yang bisu yang mampu untuk membuka pintu-pintu hatu dan akal manusia. Kesannya kepada jiwa juga lebih hebat berbanding kesan khutbah atau pengajian.
Diantara faedah qudwah yang baik di dalam medan dakwah adalah ia lebih mudah untuk diterima oleh jiwa dan contoh atau qudwah yang ditunjukkan lebih memudahkan mad’u untuk memahami perkara tersebut. Qudwah tersebut secara tidak langsung akan mengajak manusia untuk mengikut apa yang didengari dan dipelajari dengan kata-kata. Pembelajaran secara perbuatan dan amal merupakan suatu uslub pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
Sesungguhnya dakwah Islam pada masa kini memerlukan para duat yang cemerlang di dalam ilmu, akhlak dan amal.kerana ia merupakan misi yang sukar, beban yang  berat, jalan yang panjang, musuh lebih ramai daripada ansar (mereka yang membantu dakwah) . Kita akan merasai kesukaran untuk melaksanakan misi ini. Manusia akan menerima berdasar kepada apa yang kita lakukan. Mintalah bantuan daripada Allah s.w.t untuk membantu kita menang keatas diri kita sendiri. Jadilah sseorang da’i pada penampilan (perbuatan) dan percakapan (perkataan) setiap perbuatan, perkataan, pergerakan dan senyapnya kita adalah mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Walahua’lam

Pic528

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan dan paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri terpancar pada kehidupan baginda s.a.w. Baginda s.a.w merupakan qudwah yang paling agung di dalam sejarah insan seluruhnya. Tindakbalas jiwa-jiwa manusia terhadap sesuatu perkara mengikut kadar usaha melaksanakannya dan beramal dengannya. Teruskan membaca

Isra’ wal Mikraj : Antara Hikmah Dan Pengajaran

israk2

Jemputan ke Madrasah Turathil Anbiya’

Masih memikirkan apa yang ingin dilakukan pada cuti soifi (cuti musim panas ) di Mesir? Jom kita ke ….

turathilanbiya

Apabila Misi Menjadi Visi

Pada suatu ketika dahulu dakwah masyarakat merupakan suatu yang sukar untuk diterima. Masyarakat memandang mereka yang membawa dakwah ini dengan pandangan yang sinis. Alhamdulillah semakin hari keadaan semakin baik.Kini masyarakat semakin mengenali dakwah Islam. Mereka mula terbuka untuk menerima dakwah daripada gerakan-gerakan Islam. Keadaan tersebut membuka banyak peluang kepada para duat (pendakwah) untuk menganjurkan program-program bagi memberikan kesedaran dan pentarbiyahan kepada masyarakat.
Ketika dakwah semakin berkembang, cabaran yang dihadapi oleh para duat juga akan semakin mencabar. Semakin hari tugas dan kerja yang dilakukan akan semakin bertambah. Semakin ramai yang mengharapkan  sesuatu daripada para duat ini. Semakin banyak dan semakin besar program-program yang akan dijalankan bagi menampung bilangan mad’u yang semakin ramai.
Kerja secara berorganisasi, membuat banyak program-program umum yang besar akan menyebabkan para duat ini keletihan dan kekeringan dari aspek tarbiyah diri. Mereka banyak melakukan amal dakwah dan program-program tetapi mula kurang daripada aspek mutabaah (follow up) amal fardi (individu). Hubungan mereka dengan Allah s.w.t semakin longgar tanpa disedari. Jika kita tidak berjaga-jaga ia akan menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat yang kita ingin capai dengan mengambil ringan atau tanpa mengambil kira batas-batas syariah.
Mengapa ini boleh berlaku?.
Firman Allah s.w.t : ” Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.” ( Al-Israa’ : 11)
Firman Allah s.w.t lagi : ” Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. ( Taha : 114 )
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Qiamah : ” Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).” ( Al-Qiaamah : 16 )
FirmanNya lagi : ” Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).” ( Al-Anbiyaa’ : 37 )
Ini kerana terdapat dalam diri manusia sifat tergesa-gesa dan ingin cepat. Kita inginkan kejayaan ketika mencapai matlamat itu berada di dalam genggaman kita. Sifat ini menyebabkan kita cuba untuk menyelesaikan misi-misi dakwah ini. Sebagai contoh kita inginkan negara Islam tercapai semasa  kita sedang menerajui dakwah ini. Sifat ini menyebabkan kadang-kadang akan menyebabkan kita tidak sedar bahawa kita telah meletakkan atau menjadikan misi-misi dakwah tersebut sebagai visi (matlamat terakhir). Kita cuba untuk mencapainya sehingga kita mengatakan matlamat menghalalkan cara.
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”.
Taha : 114Ini kerana terdapat dalam diri manusia sifat tergesa-gesa dan ingin cepat.Kita inginkan kejayaan untuk mencapai matlamat berada didalam genggaman kita
Ikhwah yang dikasihi,
Visi ( Matlamat terakhir ) kepada dakwah kita adalah mendapat keredhaan Allah s.w.t . Ia merupakan visi Rasulullah s.a.w, para sahabat, dan visi generasi-generasi duat seterusnya.
Firman Allah s.w.t  : “
“Dunia sebenarnya menaruh harapan pada dakwah ini malah segala usaha ke arah ini. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah lakukannya kerana tujuan peribadi, jauh sekali daripada kepentingan sendiri. Apa yang kita lakukan hanya mengharapkan keredaan Allah dan untuk kebaikan manusia. Kita bekerja kerana mencari keredaan Allah. Kita menanti-nanti bantuan Allah kerana mereka yang dibantu oleh Allah tiada siapa yang dapat mengalahkannya.
Oleh itu, kekuatan dakwah kita, keperluan manusia kepada dakwah ini, ketulusan matlamat kita dan bantuan Allah merupakan faktor kejayaan yang mampu merempuh segala rintangan dan halangan.”  Petikan daripada risalah Antara Semalam dan Hari Ini (Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)
” Saya masih ingat, dalam satu kesempatan saya pernah menulis sepucuk surat kepada seorang Basha, di mana di akhir surat tersebut saya catatkan:
“Yang dimuliakan Basha, Ikhwan al-Muslimin tidak akan tunduk kepada sebarang sogokan ataupun ancaman. Mereka tidak akan takut kepada sesiapa kecuali hanya kepada Allah. Mereka tidak akan terpedaya dengan kedudukan dan pangkat. Mereka tidak mengharapkan kekayaan dan harta. Hati mereka tidak akan terpikat dengan kesenangan dunia yang akan lenyap ini. Mereka hanya mencari keredaan Allah dan mengharapkan ganjaran akhirat. Mereka akur kepada firman Allah Taala:
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Al-Zariyat: 50)
Ikhwan mengenepikan segala matlamat dan cita-cita yang lain demi matlamat yang satu dan hasrat yang satu iaitu Allah. Atas dasar ini mereka tidak akan menggunakan agenda lain selain agenda mereka. Mereka tidak akan menerima dakwah lain selain dakwah mereka. Mereka tidak akan membawa penampilan lain selain penampilan Islam.” Petikan daripada risalah Muktamar Keenam ( Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)
Misi-misi dakwah sekiranya kita dapat menyelesaikannya dalam zaman kita tidak guna malah tiada faedah sekiranya tidak mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Tanpanya setiap usaha kita akan menjadi sia-sia. Walau sebesar manapun usaha atau program-program yang kita lakukan pada pandangan manusia akan menjadi sia-sia tanpanya.
Baginda Rasulullah s.a.w dan kebanyakan para sahabat  r.a tidak sempat melihat zaman kegemilangan Islam ketika Islam berada di kemuncak Dunia. Tetapi mereka telah berjaya menyempurnakan visi mereka iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Perkara ini dicapai kerana usaha mereka yang berterusan untuk menyelesaikan misi-misi dakwah dalam manhaj Allah s.w.t dan tidak terpesong daripada syariat Allah s.w.t. Walaupun misi-misi tersebut tidak dapat diselesaikan pada zaman mereka terdapat generasi-generasi seterusnya yang menyambung perjuangan mereka.

world

Pada suatu ketika dahulu dakwah masyarakat merupakan suatu yang sukar untuk diterima. Masyarakat memandang mereka yang membawa dakwah ini dengan pandangan yang sinis. Alhamdulillah semakin hari keadaan semakin baik.Kini masyarakat semakin mengenali dakwah Islam. Mereka mula terbuka untuk menerima dakwah daripada gerakan-gerakan Islam. Keadaan tersebut membuka banyak peluang kepada para duat (pendakwah) untuk menganjurkan program-program bagi memberikan kesedaran dan pentarbiyahan kepada masyarakat.

Ketika dakwah semakin berkembang, cabaran yang dihadapi oleh para duat juga akan semakin mencabar. Semakin hari tugas dan kerja yang dilakukan akan semakin bertambah. Semakin ramai yang mengharapkan  sesuatu daripada para duat ini. Semakin banyak dan semakin besar program-program yang akan dijalankan bagi menampung bilangan mad’u yang semakin ramai.

Kerja secara berorganisasi, membuat banyak program-program umum yang besar akan menyebabkan para duat ini keletihan dan kekeringan dari aspek tarbiyah diri. Mereka banyak melakukan amal dakwah dan program-program tetapi mula kurang daripada aspek mutabaah (follow up) amal fardi (individu). Hubungan mereka dengan Allah s.w.t semakin longgar tanpa disedari. Jika kita tidak berjaga-jaga ia akan menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat yang kita ingin capai dengan mengambil ringan atau tanpa mengambil kira batas-batas syariah. Teruskan membaca