Fitnah kekayaan

Mencintai dan mengumpul harta merupakan suatu naluri yang terdapat manusia. Secara tabii dan fitrahnya manusia dicipta begitu. Perkara tersebut dijelaskan di dalam Al-Quran. Malah hakikat tersebut juga telah didedahkan oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t : ” Sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampurbaurkan (yang halal dan haram). Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.” ( surah Al-Fajr :19-20) . Sabda Rasulullah s.a.w : ” Sekiranya seorang anak Adam itu mempunyai dua wadi yang dipenuhi dengan harta, nescaya dia akan mencari yang ketiga, dan dia tidak akan puas sehinggalah tanah memenuhi perutnya (mati), dan Allah mengampuni mereka yang bertaubat. ” daripada Anas r.a diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Teruskan membaca

Selamat Hari Raya Aidilfitri

( Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, TaqabbalAllahu minna wa minkum daripada Abu Hamzah sekeluarga )

Teruskan membaca

Apa yang kita raikan?

( Permandangan dari atas di masjid Ibrahim, Iskandariah, Mesir. Hampir 5000 bertahajjud disana pada malam 27 Ramadhan yang lalu )

“Raya tahun ni aku nak beli baju apa?”. “ Baju melayu baru tak beli lagi. Tahun lepas dah baju biru, tahun ni nak pakai warna hijau pulak lah”. “ Kasut baru pun takde lagi”. “Baju kurung untuk raya nak kena tempah sekarang, kena tempah cepat kalau tidak nanti tengok orang lain jela pakai baju raya baru”. “Langsir kita tak tukar ke tahun ni?, orang sebelah dah pasang langsir baru dah”. “ Baju raya kau berapa pasang?”. “Rumah kita kena cat baru baru nampak berseri raya nanti”. “ yey! Esok raya”.
Teruskan membaca