Sanah Helwa Hamzah!!

Picture1

Sanah helwa Hamzah. Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan seorang mujahid insyaAllah.

Sedar tak sedar dah dua tahun dah umur si asad kecil ni. Masih teringat lagi masa dia baru sahaja dilahirkan. Si asad kecil lahir pada 4 hb Jun 2007 Iskandariah. Ketika kelahiran baba berada di  Kaherah menduduki peperiksaan final kuliyyah Syariah Islamiyah. 3 jam dari Iskandariah.Madah (subjek) ketika itu adalah fiqh muqarran.Antara subjek core bagi kuliah syariah.

Ketika lebih kurang sepuluh minit peperiksaan dijalankan telefon yang berada di dalam poket seluar bergetar selang beberapa minit sekali (dalam mode vibrate). Dalam hati berdebar-debar dan hanya boleh berdoa supaya segalanya selamat. Nak menjawab telefon tidak boleh kerana akan dituduh menipu. Jadi apa yang mampu dilakukan hanyalah menjawab peperiksaan dengan secepat yang boleh dan keluar awal.

Alhamdulillah ketika keluar dari dewan peperiksaan,dapat mesej isteri telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Perjumpaan pertama dengan si asad kecil adalah selepas 5 hari dilahirkan kerana jarak peperiksaan yang dekat. Semoga perkara ini menjadi tanda permulaan bagi kelahiran seorang mujahid.

Sekarang umurnya telahpun meningkat dua tahun. Semakin dia membesar, semakin risau akan keadaan anak ini. Semakin besar semakin kuat tarikan luar yang ada. Jika sebelum ini banyak perkara tidak dihiraukan, sekarang semakin banyak perkara yang menjadi tanda tanya yang menarik perhatiannya.Cabaran untuk mentarbiyahnya semakin besar.

Anak-anak memerlukan lingkungan yang baik.Keadaan masyarakat yang rosak menyebabkan hati ini terdetik, sekiranya dia berada di sisi, kemungkinan kita mampu untuk cuba mendidik dan mentarbiyah anak ini, tetapi bagaimana sekiranya dia berada di tempat yang jauh dari sisi?. Terdetik di dalam fikiran siapakah yang anak ini di tempat sana atau di sana? Adakah di sana terdapat mereka yang akan mentarbiyahnya dan mendidiknya dengan kefahaman tarbiyah dan perjuangan yang sebenar?

Setiap persoalan tersebut menjadi tolakan atau dorongan yang semakin bertambah untuk terus melaksanakan tugas mentarbiyah dan mendidik individu dan masyarakat. Kita tidak mampu untuk memastikan ada individu atau cukupnya individu yang melaksanakkan tarbiyah dan menyampaikan fikrah ini dengan sebenarnya melainkan dengan setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing berdasarkan kemampuan yang kita ada. Dalam masa yang sama kita cuba untuk menambahkan aset kebaikan yang seimbang pada diri masing-masing.

Tiada gunanya atau faedah kita mengungkapkan perasaan kasih sayang sedangkan perbuatan kita menafikannya. Akhir sekali kasih sayang memerlukan pembuktian. Buktikan bahawa kita benar-benar menyayangi, sertai atau bantulah kami…

6 Respons

  1. sanah helwah hamzah! … ameen, semoga menjadi seorang yang soleh, dan menjadi antara yang dirindui Rasulallah…

  2. Semoga Hamzah menjadi seorang Mujahid SolehMusleh I-Allah…Sama2 kita menjalankan kerja2 tarbiyah demi menjamin keselamatan tarbiyah generasi akan datang i-Allah

  3. sanah helwah ya hamzah ibn mus’ab ibn norkefli…..salam dari paklang ko….moga menjadi kader yang istimewa disisi Allah SWT.

  4. PENCALONAN ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20

    ASSALAMUALAIKUM WBT…

    Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) iaitu ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20 bagi kategori LAMAN WEB BERUNSURKAN KEISLAMAN,
    1. LAMAN WEB/BLOG BERUNSUR ISLAM INDIVIDU TERBAIK
    2. LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM ORGANISASI TERBAIK
    Anda boleh mendapatkan borang tersebut di: http://www.islam.gov.my/portal/ . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustazah Nik Suhaila Nik Mohammad (Bahagian Penerbitan) di talian 03-88864452 atau melalui e-mail: niksuhaila@islam.gov.my .Penyertaan daripada anda diharapkan dapat memeriahkan lagi media Islam negara. Sekian, terima kasih.

  5. Sannah Helwah ya Hamzah..
    maalish lewat..
    Bila nak datang ALex lagi?
    meh mandi laut ngan ammu…

  6. Anak saya pun nama Hamzah, esok hari jadinya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: