Memahami hakikat pertembungan

images6

Pertembungan di antara umat Islam dengan musuh Islam bukanlah suatu perkara yang baharu, tetapi ia merupakan suatu peperangan yang azali di antara haq dan batil apabila Iblis meminta penangguhan daripada Allah s.w.t untuk menyesatkan bani Adam. Maka dengan pengistiharan Iblis berikut bermulalah konspirasi yang dilakukan oleh Hizbussyaitan keatas Hizbullah.

Serangan dan pertembungan pemikiran dan ideologi

Musuh Islam telah berusaha selama beratus-ratus tahun untuk memerangi dan mengalahkan umat Islam. Serangan demi serangan dilakukan tetapi akhirnya tetap gagal, malah golongan Tartar yang berjaya memecahkan dokongan muslimin di Ain Jalut juga berakhir dengan memeluk Islam. Setelah gagal untuk menjatuhkan dan menguasai khilafah dengan kekuatan ketenteraan, kini musuh tidak lagi menggunakan kekuatan fizikal kerana mereka mengetahui bahawa mereka tidak akan mampu mngalahkan umat Islam kerana mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mencintai syahid. Maka mereka mencipta ejen-ejen mereka daripada kalangan umat Islam sendiri bagi merosakkan jatidiri umat Islam serata menjauhkan mereka dariapada ajaran Islam.

Apabila mereka mahu menghancurkan Khilafah ‘Uthmaniyah dan menghapuskan saki baki fenomena pemerintahan pemerintahan Islam yang terakhir di sana, mereka ciptakan seorang pahlawan di Turki (Kamal Ataturk-penterjemah), lalu mereka membesar-besarkan imejnya dan membuat angkatan-angkatan tentera pihak bersekutu yang menduduki Istana di waktu itu berundur di hadapan angkatan tenteranya, supaya beliau benar-benar dipandang sebagai pahlawan di mata rakyat Turki, iaitu seorang pahlawan yang telah berjaya menghapuskan sistem pemerintahan khilafah, menghapuskan penggunaan bahasa Arab, memencilkan Turki dari umat Muslimin, dan mengisytiharkan Negara Turki sebagai Negara secular yang tidak ada hubungan dengan agama. Mereka terus terang mengulangi tindakan mereka mewujudkan pahlawan-pahlawan palsu apabila mereka mahu menghancurkan Islam dan harakah-harakah Islam di dalam mana-mana negeri Islam.”

Syed Qutb, Fi Zilalil al-Quran Teruskan membaca

Syeikh Faisal Mawlawi pulang ke Rahmatillah

9 Mei 2011 – Salah seorang ulama yang terkenal di Lubnan meninggal dunia semalam, Ahad, 8/5/2011. Namanya begitu sinonim dengan perjuangan rakyat Palestin bergandingan dengan nama Dr. Yusuf Qardawi dan ulama yang lainnya.

Bioadata:
Qadi Faqih Faisal Mawlawi lahir pada tahun 1941 Tripoli, Lubnan, seorang pemikir Islam dan aktivis, dikenali di Lubnan, dunia Arab, Islam dan Eropah.

Seorang yang sentiasa bekerja untuk Islam di Lubnan, Ketua Pendidikan Islam Masyarakat di Lubnan, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Kumpulan Islam di Lubnan, Ketua Baeit Dakwah sejak ditubuhkan pada tahun 1990 dan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Persidangan Nasional Islam. Teruskan membaca

Promosi KEMM1511

Teruskan membaca

Beberapa langkah praktikal memperbaiki diri (Islahun Nafs)

pic53761. Mukasyafah :

Makna mukasyafah : Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus-terang dengan dirinya.  Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapi oleh imannya, muamalatnya, dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya. Firman Allah s.w.t :“Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).” (Surah Al-Qiamah : 14,15) Teruskan membaca

Ramah Mesra Bersama Naib Presiden 2 ISMA

ramahmesra

Qudwah Rasulullah S.A.W dan Kesannya Kepada Dakwah

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan, yang paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri pada  diri Baginda s.a.w. Beliau merupakan qudwah yang paling agung di dalam sejarah insan seluruhnya. Jiwa-jiwa manusia bergerak mengikut kadar usaha melaksanakannya dan beramal dengannya.
Diantara contoh qudwah pada peribadi Rasulullah s.a.w yang paling jelas adalah akhlak Baginda sebelum diutuskan sebagai Rasul. Beliau dikenali sebelum risalah dengan gelaran al-amin (yang sentiasa berkata benar). Kaum Baginda tidak pernah mengenali Baginda berbohong. Ketika Saidatina Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w beliau menjawab : “ Kana khuluquhul quran (Akhlaknya adalah Al-Quran)” dan “ Kana sollahahualaiwasallam quranan yamsyi alal ard ( Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran yang berjalan diatas muka bumi ini) ”
Sebelum Baginda mengeluarkan suatu arahan atau seruan kepada manusia Baginda akan terlebih dahulu melaksanakan perkara tersebut. Didalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat banyak peristiwa yang mempersaksikan perkara tersebut. Diantaranya adalah kisah ketikamana telah tamat perjanjian Hudaibiyah diantara Muslimin dan Quraisy, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa golongan muslimin akan kembali ke Madinah pada tahun ini tanpa menunaikan umrah dan akan kembali pada tahun hadapan.  Maka Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat untuk menyembelih korban dan bertahallul daripada ihram. Maka Baginda s.a.w bersabda : “Bangunlah, sembelihlah korban dan bercukurlah”. Tetapi para sahabat bermalas-malasan untuk melaksanakan perintah tersebut kerana syarat perjanjian tersebut tidak memihak kepada mereka.Maka Rasulullah s.a.w masuk bertemu isteri Baginda Ummu Salamah r.a dalam keadaan marah dan menceritakan apa yang berlaku. Maka Ummu Salamah r.a mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w supaya segera melaksanakan arahan tersebut di hadapan mereka. Maka Rasulullah s.a.w melaksanakannya dengan mencukur kepala Baginda dan menyembelih korban. Dengan perbuatan Rasulullah s.a.w tersebut para sahabat berlumba-lumba untuk melaksanakan arahan tersebut.
Antara contoh yang jelas juga daripada sirah Rasulullah s.a.w adalah peristiwa membina masjid. Baginda s.a.w turut sama bekerja bersama para sahabat menggali dan memindahkan tanah serta mengangkat binaan. Dalam peristiwa perang Khandak, Baginda s.a.w turut sama menggali parit disekeliling Madinah bagi menghalang tentera Ahzab memasuki Madinah.  Rasulullah s.a.w bersama-sama menggali lubang dengan tangan Baginda, memikul tanah di atas peha. Apabila mereka ditimpa masalah, Rasulullah s.a.w akan membantu mereka mencari penyelesaian.
Semua perkara ini menolak para sahabat untuk terus beramal, menguatkan himmah dan azam mereka. Perasaan malas dan tidak bermaya akan hilang dari diri mereka kerana mereka melihat pimpinan mereka Rasulullah s.a.w bersama mereka di dalam parit yang sama, bekerja sepertimana mereka, makan dan minum dan tidur seperti mereka. Perkara tersebut menambahkan lagi keimanan dan keislaman mereka.
Firman Allah s.w.t : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab : 21)
Ayat ini merupakan dalil untuk umat Islam mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w dalam setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Dengan ini Allah s.w.t menyuruh golongan muslimin untuk mencontohi Rasulullah s.a.w pada peperangan Ahzab. Bagaimana kesabaran Baginda , ikatan, mujahadah dan cara Baginda s.a.w menunggu pertolongan daripada Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah mempersaksikan akhlak Rasulullah s.a.w dalam setiap urusan kehidupan Baginda s.a.w. Firman Allah s.w.t : “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah Al-Qalam : 4). Dengan itu Allah s.w.t telah menjadikan Rasulullah s.aw sebagai teladan yang baik untuk manusia keseluruhannya. Baginda s.a.w membawa contoh yang baik dalam setiap perkara samada percakapan atau perbuatan.
Faktor yang memberi kesan yang paling besar kepada perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh adalah qudwah yang baik dan akhlak yang mulia yang menyentuh hati  para mad’u. Akhlak ini terpancar pada setiap sudut kehidupan mereka samada di medan jual beli, medan peperangan dan lain-lain. Ketika jual beli perniagaan akan dijalankan dengan benar dan amanah. Contoh ketika peperangan adalah muamalat yang baik dengan para tawanan perang, tidak membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan paderi. Akhlak-akhlak tersebut menolak manusia untu berfikir tentang agama yang baru yang dianuti oleh umat Islam. Dan biasanya tindakan tersebut akan diakhiri dengan memeluk agama Islam dan perasaan cinta untuk mempelajarinya, serta menyemai persaudaraan diantara muslimin.
Maka qudwah merupakan uslub dakwah yang paling praktikal. Ia merupakan dakwah yang bisu yang mampu untuk membuka pintu-pintu hatu dan akal manusia. Kesannya kepada jiwa juga lebih hebat berbanding kesan khutbah atau pengajian.
Diantara faedah qudwah yang baik di dalam medan dakwah adalah ia lebih mudah untuk diterima oleh jiwa dan contoh atau qudwah yang ditunjukkan lebih memudahkan mad’u untuk memahami perkara tersebut. Qudwah tersebut secara tidak langsung akan mengajak manusia untuk mengikut apa yang didengari dan dipelajari dengan kata-kata. Pembelajaran secara perbuatan dan amal merupakan suatu uslub pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
Sesungguhnya dakwah Islam pada masa kini memerlukan para duat yang cemerlang di dalam ilmu, akhlak dan amal.kerana ia merupakan misi yang sukar, beban yang  berat, jalan yang panjang, musuh lebih ramai daripada ansar (mereka yang membantu dakwah) . Kita akan merasai kesukaran untuk melaksanakan misi ini. Manusia akan menerima berdasar kepada apa yang kita lakukan. Mintalah bantuan daripada Allah s.w.t untuk membantu kita menang keatas diri kita sendiri. Jadilah sseorang da’i pada penampilan (perbuatan) dan percakapan (perkataan) setiap perbuatan, perkataan, pergerakan dan senyapnya kita adalah mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Walahua’lam

Pic528

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan dan paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri terpancar pada kehidupan baginda s.a.w. Baginda s.a.w merupakan qudwah yang paling agung di dalam sejarah insan seluruhnya. Tindakbalas jiwa-jiwa manusia terhadap sesuatu perkara mengikut kadar usaha melaksanakannya dan beramal dengannya. Teruskan membaca

Jom Iktikaf!!

iktikaf-copy-1024x731

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda : “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”.

Dari Abdullah bin Omar ra berkata : “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata : “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas itu, isteri-isterinya pula beriktikaf”.

Mari kita bersama-sama memanfaatkan saat-saat akhir Ramadan kali ini dengan menyertai program iktikaf sempena 10 akhir Ramadan. Pelbagai pengisian dan aktiviti telah diatur agar anda dapat mengecapi nikmat akhir Ramadan dengan penuh bermakna.

Daftar segera kerana tempat terhad

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.