Kisah Khabbab ibnu Al-Arat

02802.jpg

Daripada Abi Abdillah Khabbab ibnu Al-Arat r.a telah berkata kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di bawah bayangan kaabah : “ menangkanlah kami, doakanlah kami ? ” maka baginda menjawab : “ Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi – sehingga bercerai daging dan tulangnya-, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari son’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala terhadap ternakannya, tetapi kamu tergesa-gesa.

Teruskan membaca

Selamat Hari Raya Aidil Adha

icon_pray_r.jpg

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

InsyaAllah ana akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada 11 hb 12/07.

Mohon doa daripada semua.

Semoga Allah menerima qurban dan amalan kita.

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

 

doadikaabah.jpg

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Parasahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Teruskan membaca

Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat

swahlcom_bf35.gif

Firman Allah Taala : “ Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ”. Berangkatlah (untuk berjihad) dalam apapun keadaan kamu, dan berjihadlah dengan jiwa-jiwa dan harta-harta kamu, dan janganlah suka berhujah dan mencari keuzuran, jangan tunduk kepada halangan. Yang demikian itu adalah lebih baik bagikamu jika kamu mengetahui.

Teruskan membaca

Peranan Haji di dalam Pembinaan Ummah

haji.jpg

Satu ciri istimewa yang dimiliki oleh surah Al-Haj adalah ia merupakan satu-satunya surah yang dinamakan dengan salah satu daripada rukun Islam. Ibadah haji merupakan topik asasi bagi surah Al-Haj. Di sini kita dapat lihat betapa tingginya nilai ibadah haji dalam kehidupan seorang muslim.

Sekiranya kita membaca permulaan surah Al-Haj, kita akan mendapati bahawa di dalam surah tersebut ada menceritakan perihal hari kiamat. Kita akan dapat lihat bahawa ayat-ayat tersebut memfokuskan kepada hari kiamat, kebangkitan dan tempat kembali sehinggalah ayat-ayat tersebut berpindah kepada topik jihad fi sabilillah, kemudian kepada pengabdian dan ketundukan yang sebenar-benarnya kepada Allah s.w.t. Apakah kaitan diantara topik-topik tersebut?.Dan apakah kaitannya dengan ibadah haji?.

Teruskan membaca