Kewarganegaraan Muslim adalah Akidahnya

Islam

Muslimun adalah umat yang satu ” , inilah kata-kata yang telah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam perlembagaan yang telah ditetapkan pada hari bertapaknya Islam di Madinah Al-Munawwarah. Perjanjian tersebut telah menyusun pelbagai jenis manusia – Muslimin, yahudi dan munafiq. : “ Sesungguhnya muslimin adalah dari kalangan Quraish, Yathrib dan sesiapa yang mengikut jejak mereka dan termasuk dikalangan mereka serta berjihad bersama mereka adalah umat yang satu”.

Sekiranya hari ini merupakan hari lahirnya daulah islamiyyah, maka ia juga merupakan hari dimana ditetapkan perlembagaan : “ Sesungguhnya Muslimin adalah umat satu

Teruskan membaca

Sempadan Ukhuwwah

sempadan-ukhuwwah.jpg

Sekembalinya tentera muslimin dari kepungan terhadap yahudi bani Nadhir, pelbagai harta fai’ ( harta yang diperolehi dari musuh tanpa berlakunya peperangan ) telah dapat dikumpul oleh tentera muslimin. Apabila tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta-harta tersebut diantara golongan muhajirin. Dan golongan Ansar tidak mendapat bahagian dari harta-harta tersebut kecuali dua orang sahabat yang fakir sahaja iaitu Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah .

Tindakan Rasulullah s.a.w adalah disebabkan golongan muhajirin merupakan mereka yang lebih berhak mendapat harta tersebut apabila mereka terpaksa berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala harta milik mereka di Mekah semata-mata kerana akidah mereka.

Pendirian yang diambil oleh golongan Ansar terhadap tindakan Rasulullah telah mendedahkan satu gambaran ukhuwwah yang sebenar, satu gambaran ukhuwwah yang amat ideal. Sekiranya peristiwa tersebut tidak dirakamkan di dalam Al-quran nescaya tidak ada seorangpun yang akan percaya dengannya berlakunya peristiwa tersebut.

Teruskan membaca

Salam Ukhuwwah

ukhuwwah.jpg

Sinar cahaya Islam, tarbiyah dan dakwah telah memberikan perubahan yang amat besar di dalam hidup saya. Pengalaman bersama tarbiyah islamiah telah mendidik saya untuk memahami Islam yang sebenar dan ia merupakan pengalaman yang amat berharga. Tiada kebahagiaan bagi manusia dan tiada jalan yang dapat menyelamatkan mereka dari tergelincir ke dalam arus jahiliyyah kecuali dengan kembali kepada Islam. Aqidah islam mempunyai jawapan kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia.

Dr Yusof Al-Qaradawi telah berkata :

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
Permasalahan alam yang lampau
Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya, dialah orang yang berbahagia.”

Tiada keindahan tanpa Islam. Disini saya ingin kongsi keindahan tersebut bersama jiwa-jiwa yang ingin menghayati keindahan islam dan tarbiyah islamiyah.

Salam ukhuwwah dari saya, dan semoga beroleh manfaat bersama.

Akhukum fillah