Cairo International Book Fair 2009

 

375627370_60a1508d481

Cairo International Book Fair merupakan satu acara tahunan di Kaherah, Mesir. Sejak tahun pertama datang ke Mesir saya tidak pernah terlepas untuk berkunjung ke sana. Pelbagai buku boleh didapati disana selain poster-poster islami, keychain, kaset, cd, dan juga bagi mereka yang mempunyai anak-anak boleh mendapatkan berbagai bahan yang bermanfaat untuk kanak-kanak. 

Pada tahun ini saya tidak terlepas untuk mengambil peluang berkunjung ke sana ( tiket hanya 1 pound mesir). Rancangan asal hanya untuk membeli bahan-bahan untuk si asad kecil (Hamzah) .Walaupun tidak berniat untuk membeli banyak buku tetapi banyak juga yang dibeli. 
Teruskan membaca

Advertisements

Rapat Umum Ghaza

Laporan Al-Jazeera

Laporan TV9

Ucapan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad , Ust. Abdullah Zaik Abdul Rahman merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Wahai para da’i ….bangkitlah dan bantulah Ghaza

ghaza3

Ghaza bukanlah hanya simbol kepada isu Palestin, tetapi ia telah menjadi simbol keteguhan sebuah umat yang telah dijual oleh para pemerintah disebabkan ketundukan mereka kepada syahwat dan dunia. Ghaza terus menjadi kiblat mulia bagi sebuah umat  yang telah hancur kemuliaanya semenjak zaman berzaman.  Ia berterusan mencari kemuliaannya bagaikan orang dahaga mencari seteguk air di tengah padang pasir yang luas dan di bawah matahari yang terik.

Ghaza menghadapi penentangan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang kejam, ganas dan mempunyai penyakit suka melihat permandangan kematian, mengazab kanak-kanak dan menghirup darah-darah mangsa mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam masa yang sama, Ghaza juga menghadapi pengkhianatan daripada sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang seketika mengaku mereka arab, seketika  muslim dan pada tika yang lain bersifat perkauman. 
Teruskan membaca

Sepuluh kewajipan setiap individu dalam membantu Ghaza

ghaza42

Kewajipan seorang muslim untuk membantu muslim yang lain merupakan suatu kewajipan syar’ie. Firman Allah s.w.t : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Anfaal : 72)

Firman Allah s.w.t lagi : “ Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian meraka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah Al-Anfaal : 73)

Firman Allah s.w.t lagi : “ Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang member tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeka (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfaal : 74)
Teruskan membaca

Pengajaran dari Kisah Hijrah Rasulullah s.a.w

picture11Ikhwah dan Akhwat yang dikasihi sekelian, sempena Awal Muharram yang baru sahaja melintasi kita marilah kita melihat sebuah kisah yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umat Islam seluruhnya. Kisah Ini biasa kita dengar, tetapi pernahkah kita mengambil pengajaran darinya?

Teruskan membaca

Seruan Dari Aman Palestin

amanp-11AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89267019 Fax : 03-89259963
LamanWeb : http://amanpalestin.org
                     E-mel : amanpalestin@yahoo.com

Tarikh : 06 Januari 2009

Kepada :
Institusi / Jabatan /Pertubuhan Organisasi / Badan-badan / Syarikat-syarikat / Masjid / Surau /Individu yang perihatin dan dermawan

DATO’/ DATIN / NAZIR MASJID / PENGERUSI SURAU / TUAN / PUAN,

RAYUAN SELAMATKAN GAZA
Bahawa kami dari Aman Palestin mengutuskan surat ini dengan penuh harapan yang telus serta sedih kami mewakili sebahagian kecil rakyat Malaysia yang prihatin terhadap bencana yang menimpa saudara kita di Palestin khususnya Gaza.
Tujuan utama surat ini diutuskan adalah untuk menunjukkan rasa simpati serta sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini diserang oleh rejim Zionis dengan serangan yang begitu ganas dan dahsyat serta tidak berperikemanusiaan.
Teruskan membaca

Qardawi – Semua Umat Islam Bertanggungjawab Mempertahankan Gaza

_31832_qardawi_29-6-2005

DOHA- Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.

Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.
Teruskan membaca