Seminar Muslim Medic

seminarmed

Sofiyyah bt Mus’ab

Picture1

Alhamdulillah pada 21 hb 6 2009 yang lepas Ummu Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 10 pagi di Mansurah, Mesir. Semoga dia menjadi seorang mujahidah. Diberi nama Sofiyyah sempena nama saudara perempuan kepada Hamzah b. Abdul Mutalib, Sofiyyah bt Abdul Mutalib. Alhamdulillah kelahiran kali ini dengan kehadiran baba. Teruskan membaca

Malam Motivasi dan Solat Hajat ISMA-Mesir

iklan moTvaC

Rahmah, Sifat Para Da’i

1203803757

Firman Allah s.w.t : ” Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. “.(Surah Al-Anbiya’ : 107)

Sifat rahmah merupakan suatu sifat yang tidak boleh lari daripada seorang da’i. Suatu kefahaman yang biasa berlaku adalah manusia memahami bahawa sifat rahmah itu adalah membalas sesuatu kebaikan dengan kebaikan atau menunjukkan belas kepada mereka yang baik. Uniknya Islam, ia mengajar umatnya bersifat rahmah hatta kepada mereka yang membuat keburukan.

Sifat Rahmah ini terpancar dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Satu gambaran praktikal yang hidup pada Rasulullah s.a.w adalah ketikamana baginda berdakwah ke Taif. Dakwah baginda bukan sahaja ditolak, malah baginda turut diusir, dicemuh dan disakiti (dibaling dengan batu oleh kanak-kanak). Peristiwa tersebut menyebabkan malaikat menawarkan untuk membinasakan tersebut, tetapi baginda hanya menjawab : ” Innahum kaumun la ya’lamun (Sesungguhnya mereka merupakan kaum yang tidak mengetahui).” Teruskan membaca

Mengubah Mungkar Hendaklah Tidak Membawa Kepada Mungkar Yang Lebih Besar.

direction of life

Petikan daripada blog Ust Abdullah Zaik ( http://ustabdullahzaik.wordpress.com)

Antara komen-komen yang dihantar ke blog ini ada yang bertanya tentang fiqh amar makruf nahi mungkar. Rasanya sudah lama dikemukakan, tetapi saya tidak temui masa yang sesuai untuk duduk menulis. Jadi saya mohon maaf kerana itu, dan kerana mungkin ada lagi persoalan-persoalan yang boleh jadi saya dah lupa.

Saya tidak pasti apa maksud sebenar saudara yang bertanya. Mungkin beliau melihat ISMA tidak lantang seperti pertubuhan lain atau seperti tidak terlibat dalam banyak hal. Wallahu aklam.

Tak apalah saya jawab secara umum. Semua anda tahu di sini kita tidak akan menulis tesis, tetapi sekadar menonjolkan isu-isu hangat berkaitan satu-satu topik. Teruskan membaca

Sanah Helwa Hamzah!!

Picture1

Sanah helwa Hamzah. Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan seorang mujahid insyaAllah.

Sedar tak sedar dah dua tahun dah umur si asad kecil ni. Masih teringat lagi masa dia baru sahaja dilahirkan. Si asad kecil lahir pada 4 hb Jun 2007 Iskandariah. Ketika kelahiran baba berada di  Kaherah menduduki peperiksaan final kuliyyah Syariah Islamiyah. 3 jam dari Iskandariah.Madah (subjek) ketika itu adalah fiqh muqarran.Antara subjek core bagi kuliah syariah.

Ketika lebih kurang sepuluh minit peperiksaan dijalankan telefon yang berada di dalam poket seluar bergetar selang beberapa minit sekali (dalam mode vibrate). Dalam hati berdebar-debar dan hanya boleh berdoa supaya segalanya selamat. Nak menjawab telefon tidak boleh kerana akan dituduh menipu. Jadi apa yang mampu dilakukan hanyalah menjawab peperiksaan dengan secepat yang boleh dan keluar awal.

Alhamdulillah ketika keluar dari dewan peperiksaan,dapat mesej isteri telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Perjumpaan pertama dengan si asad kecil adalah selepas 5 hari dilahirkan kerana jarak peperiksaan yang dekat. Semoga perkara ini menjadi tanda permulaan bagi kelahiran seorang mujahid. Teruskan membaca