Apabila Misi Menjadi Visi

Pada suatu ketika dahulu dakwah masyarakat merupakan suatu yang sukar untuk diterima. Masyarakat memandang mereka yang membawa dakwah ini dengan pandangan yang sinis. Alhamdulillah semakin hari keadaan semakin baik.Kini masyarakat semakin mengenali dakwah Islam. Mereka mula terbuka untuk menerima dakwah daripada gerakan-gerakan Islam. Keadaan tersebut membuka banyak peluang kepada para duat (pendakwah) untuk menganjurkan program-program bagi memberikan kesedaran dan pentarbiyahan kepada masyarakat.
Ketika dakwah semakin berkembang, cabaran yang dihadapi oleh para duat juga akan semakin mencabar. Semakin hari tugas dan kerja yang dilakukan akan semakin bertambah. Semakin ramai yang mengharapkan  sesuatu daripada para duat ini. Semakin banyak dan semakin besar program-program yang akan dijalankan bagi menampung bilangan mad’u yang semakin ramai.
Kerja secara berorganisasi, membuat banyak program-program umum yang besar akan menyebabkan para duat ini keletihan dan kekeringan dari aspek tarbiyah diri. Mereka banyak melakukan amal dakwah dan program-program tetapi mula kurang daripada aspek mutabaah (follow up) amal fardi (individu). Hubungan mereka dengan Allah s.w.t semakin longgar tanpa disedari. Jika kita tidak berjaga-jaga ia akan menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat yang kita ingin capai dengan mengambil ringan atau tanpa mengambil kira batas-batas syariah.
Mengapa ini boleh berlaku?.
Firman Allah s.w.t : ” Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.” ( Al-Israa’ : 11)
Firman Allah s.w.t lagi : ” Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. ( Taha : 114 )
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Qiamah : ” Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).” ( Al-Qiaamah : 16 )
FirmanNya lagi : ” Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).” ( Al-Anbiyaa’ : 37 )
Ini kerana terdapat dalam diri manusia sifat tergesa-gesa dan ingin cepat. Kita inginkan kejayaan ketika mencapai matlamat itu berada di dalam genggaman kita. Sifat ini menyebabkan kita cuba untuk menyelesaikan misi-misi dakwah ini. Sebagai contoh kita inginkan negara Islam tercapai semasa  kita sedang menerajui dakwah ini. Sifat ini menyebabkan kadang-kadang akan menyebabkan kita tidak sedar bahawa kita telah meletakkan atau menjadikan misi-misi dakwah tersebut sebagai visi (matlamat terakhir). Kita cuba untuk mencapainya sehingga kita mengatakan matlamat menghalalkan cara.
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”.
Taha : 114Ini kerana terdapat dalam diri manusia sifat tergesa-gesa dan ingin cepat.Kita inginkan kejayaan untuk mencapai matlamat berada didalam genggaman kita
Ikhwah yang dikasihi,
Visi ( Matlamat terakhir ) kepada dakwah kita adalah mendapat keredhaan Allah s.w.t . Ia merupakan visi Rasulullah s.a.w, para sahabat, dan visi generasi-generasi duat seterusnya.
Firman Allah s.w.t  : “
“Dunia sebenarnya menaruh harapan pada dakwah ini malah segala usaha ke arah ini. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah lakukannya kerana tujuan peribadi, jauh sekali daripada kepentingan sendiri. Apa yang kita lakukan hanya mengharapkan keredaan Allah dan untuk kebaikan manusia. Kita bekerja kerana mencari keredaan Allah. Kita menanti-nanti bantuan Allah kerana mereka yang dibantu oleh Allah tiada siapa yang dapat mengalahkannya.
Oleh itu, kekuatan dakwah kita, keperluan manusia kepada dakwah ini, ketulusan matlamat kita dan bantuan Allah merupakan faktor kejayaan yang mampu merempuh segala rintangan dan halangan.”  Petikan daripada risalah Antara Semalam dan Hari Ini (Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)
” Saya masih ingat, dalam satu kesempatan saya pernah menulis sepucuk surat kepada seorang Basha, di mana di akhir surat tersebut saya catatkan:
“Yang dimuliakan Basha, Ikhwan al-Muslimin tidak akan tunduk kepada sebarang sogokan ataupun ancaman. Mereka tidak akan takut kepada sesiapa kecuali hanya kepada Allah. Mereka tidak akan terpedaya dengan kedudukan dan pangkat. Mereka tidak mengharapkan kekayaan dan harta. Hati mereka tidak akan terpikat dengan kesenangan dunia yang akan lenyap ini. Mereka hanya mencari keredaan Allah dan mengharapkan ganjaran akhirat. Mereka akur kepada firman Allah Taala:
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Al-Zariyat: 50)
Ikhwan mengenepikan segala matlamat dan cita-cita yang lain demi matlamat yang satu dan hasrat yang satu iaitu Allah. Atas dasar ini mereka tidak akan menggunakan agenda lain selain agenda mereka. Mereka tidak akan menerima dakwah lain selain dakwah mereka. Mereka tidak akan membawa penampilan lain selain penampilan Islam.” Petikan daripada risalah Muktamar Keenam ( Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)
Misi-misi dakwah sekiranya kita dapat menyelesaikannya dalam zaman kita tidak guna malah tiada faedah sekiranya tidak mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Tanpanya setiap usaha kita akan menjadi sia-sia. Walau sebesar manapun usaha atau program-program yang kita lakukan pada pandangan manusia akan menjadi sia-sia tanpanya.
Baginda Rasulullah s.a.w dan kebanyakan para sahabat  r.a tidak sempat melihat zaman kegemilangan Islam ketika Islam berada di kemuncak Dunia. Tetapi mereka telah berjaya menyempurnakan visi mereka iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Perkara ini dicapai kerana usaha mereka yang berterusan untuk menyelesaikan misi-misi dakwah dalam manhaj Allah s.w.t dan tidak terpesong daripada syariat Allah s.w.t. Walaupun misi-misi tersebut tidak dapat diselesaikan pada zaman mereka terdapat generasi-generasi seterusnya yang menyambung perjuangan mereka.

world

Pada suatu ketika dahulu dakwah masyarakat merupakan suatu yang sukar untuk diterima. Masyarakat memandang mereka yang membawa dakwah ini dengan pandangan yang sinis. Alhamdulillah semakin hari keadaan semakin baik.Kini masyarakat semakin mengenali dakwah Islam. Mereka mula terbuka untuk menerima dakwah daripada gerakan-gerakan Islam. Keadaan tersebut membuka banyak peluang kepada para duat (pendakwah) untuk menganjurkan program-program bagi memberikan kesedaran dan pentarbiyahan kepada masyarakat.

Ketika dakwah semakin berkembang, cabaran yang dihadapi oleh para duat juga akan semakin mencabar. Semakin hari tugas dan kerja yang dilakukan akan semakin bertambah. Semakin ramai yang mengharapkan  sesuatu daripada para duat ini. Semakin banyak dan semakin besar program-program yang akan dijalankan bagi menampung bilangan mad’u yang semakin ramai.

Kerja secara berorganisasi, membuat banyak program-program umum yang besar akan menyebabkan para duat ini keletihan dan kekeringan dari aspek tarbiyah diri. Mereka banyak melakukan amal dakwah dan program-program tetapi mula kurang daripada aspek mutabaah (follow up) amal fardi (individu). Hubungan mereka dengan Allah s.w.t semakin longgar tanpa disedari. Jika kita tidak berjaga-jaga ia akan menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat yang kita ingin capai dengan mengambil ringan atau tanpa mengambil kira batas-batas syariah.Mengapa ini boleh berlaku?.

Firman Allah s.w.t : ” Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.”  (Al-Israa’ : 11)

Firman Allah s.w.t lagi : ” Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku“. (Taha : 114)

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Qiamah : ” Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).” (Al-Qiaamah : 16)

FirmanNya lagi : ” Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).” (Al-Anbiyaa’ : 37)

Ini kerana terdapat dalam diri manusia sifat tergesa-gesa dan ingin cepat. Kita inginkan kejayaan ketika mencapai matlamat itu berada di dalam genggaman kita. Sifat ini menyebabkan kita cuba untuk menyelesaikan misi-misi dakwah ini dengan segera. Sebagai contoh kita inginkan negara Islam tercapai semasa  kita sedang menerajui dakwah ini. Sifat ini menyebabkan kadang-kadang akan menyebabkan kita tidak sedar bahawa kita telah meletakkan atau menjadikan misi-misi dakwah tersebut sebagai visi (matlamat terakhir). Kita cuba untuk mencapainya sehingga kita mengatakan matlamat menghalalkan cara.

Ikhwah yang dikasihi,

Visi ( Matlamat terakhir ) kepada dakwah kita adalah mendapat keredhaan Allah s.w.t . Ia merupakan visi Rasulullah s.a.w, para sahabat, dan visi generasi-generasi duat seterusnya.

Visi (Matlamat terakhir) kita keredhaan Allah s.w.t

Visi (Matlamat terakhir) kita keredhaan Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t  : ” Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah : 100)

FirmanNya : ” Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya” (Surah Al-Fath : 18)

FirmanNya lagi : ” Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Al-Mujadilah : 22)

bannaDunia sebenarnya menaruh harapan pada dakwah ini malah segala usaha ke arah ini. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah lakukannya kerana tujuan peribadi, jauh sekali daripada kepentingan sendiri. Apa yang kita lakukan hanya mengharapkan keredaan Allah dan untuk kebaikan manusia. Kita bekerja kerana mencari keredaan Allah. Kita menanti-nanti bantuan Allah kerana mereka yang dibantu oleh Allah tiada siapa yang dapat mengalahkannya.

Oleh itu, kekuatan dakwah kita, keperluan manusia kepada dakwah ini, ketulusan matlamat kita dan bantuan Allah merupakan faktor kejayaan yang mampu merempuh segala rintangan dan halangan.”  Petikan daripada risalah Antara Semalam dan Hari Ini (Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)

Saya masih ingat, dalam satu kesempatan saya pernah menulis sepucuk surat kepada seorang Basha, di mana di akhir surat tersebut saya catatkan:

“Yang dimuliakan Basha, Ikhwan al-Muslimin tidak akan tunduk kepada sebarang sogokan ataupun ancaman. Mereka tidak akan takut kepada sesiapa kecuali hanya kepada Allah. Mereka tidak akan terpedaya dengan kedudukan dan pangkat. Mereka tidak mengharapkan kekayaan dan harta. Hati mereka tidak akan terpikat dengan kesenangan dunia yang akan lenyap ini. Mereka hanya mencari keredaan Allah dan mengharapkan ganjaran akhirat. Mereka akur kepada firman Allah Taala:

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Al-Zariyat: 50)

Ikhwan mengenepikan segala matlamat dan cita-cita yang lain demi matlamat yang satu dan hasrat yang satu iaitu Allah. Atas dasar ini mereka tidak akan menggunakan agenda lain selain agenda mereka. Mereka tidak akan menerima dakwah lain selain dakwah mereka. Mereka tidak akan membawa penampilan lain selain penampilan Islam.” Petikan daripada risalah Muktamar Keenam (Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)

Misi-misi dakwah sekiranya kita dapat menyelesaikannya dalam zaman kita tidak guna malah tiada faedah sekiranya tidak mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Tanpanya setiap usaha kita akan menjadi sia-sia. Walau sebesar manapun usaha atau program-program yang kita lakukan pada pandangan manusia akan menjadi sia-sia tanpanya.

Baginda Rasulullah s.a.w dan kebanyakan para sahabat  r.a tidak sempat melihat zaman kegemilangan Islam ketika Islam berada di kemuncak Dunia. Tetapi mereka telah berjaya menyempurnakan visi mereka iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Perkara ini dicapai kerana usaha mereka yang berterusan untuk menyelesaikan misi-misi dakwah dalam manhaj Allah s.w.t dan tidak terpesong daripada syariat Allah s.w.t. Walaupun misi-misi tersebut tidak dapat diselesaikan pada zaman mereka terdapat generasi-generasi seterusnya yang menyambung perjuangan mereka.

Setiap usaha dan perjuangan kita merupakan wasilah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t dan ia hanya dapat dicapai dengan usaha berterusan yang berlandaskan manhaj dan syariat Allah s.w.t. Jalan ini memang panjang tetapi ialah satu-satunya jalan. Bersabarlah untuk mencapai sepertimana sabarnya generasi-generasi sebelum kita.

Wallahua’lam

Satu Respons

  1. Hati-hatilah wahai pendakwah! Sesungguhnya syaitan itu sangat bencikan usaha kalian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: