Mengubah Mungkar Hendaklah Tidak Membawa Kepada Mungkar Yang Lebih Besar.

direction of life

Petikan daripada blog Ust Abdullah Zaik ( http://ustabdullahzaik.wordpress.com)

Antara komen-komen yang dihantar ke blog ini ada yang bertanya tentang fiqh amar makruf nahi mungkar. Rasanya sudah lama dikemukakan, tetapi saya tidak temui masa yang sesuai untuk duduk menulis. Jadi saya mohon maaf kerana itu, dan kerana mungkin ada lagi persoalan-persoalan yang boleh jadi saya dah lupa.

Saya tidak pasti apa maksud sebenar saudara yang bertanya. Mungkin beliau melihat ISMA tidak lantang seperti pertubuhan lain atau seperti tidak terlibat dalam banyak hal. Wallahu aklam.

Tak apalah saya jawab secara umum. Semua anda tahu di sini kita tidak akan menulis tesis, tetapi sekadar menonjolkan isu-isu hangat berkaitan satu-satu topik.

Jadi mengenai amar makruf nahi mungkar ini, saya ingin mengenengahkan satu kaedah masyhur yang merupakan syarat dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Syarat tersebut ialah mengubah mungkar hendaklah tidak membawa kepada berlaku mungkar yang lebih besar.

Kita tidak khilaf mengenai kewajiban mengubah kemungkaran, tetapi di sana ada syarat dalam kita melakukan tugas ubah mungkar yang kita harus renung secara mendalam.

Pertama, syarat kemampuan.

Kita semua faham bahawa mengubah mungkar bergantung kepada kemampuan berdasarkan maksud hadis yang bermaksud; “Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau dia tidak mampu maka dengan lidahnya….(hingga akhir hadis). Setiap orang bertanggungawab berdasarkan kapasiti masing-masing. Jadi kalau saiz kita kecil jangan nak berlagak seperti orang besar.

Kedua, syarat yang menjadi tajuk bicara kita kali ini iaitu mengubah mungkar hendaklah tidak membawa kepada berlaku mungkar yang lebih besar.

Maksudnya selain kemampuan kita kena juga mengkaji kesan atau akibat dari tindakan kita. Semangat kita mungkin mendorong kita secara serta merta ingin mengubah realiti yang ada tanpa memikirkan akibat samada akan lebih baik atau lebih buruk. Yang penting bagi kita kita dah cukup meluat dan benci dengan yang ada dan apa sahaja angin perubahan yang datang saya akan sokong dan buat perubahan serta merta.

Sebenarnya Islam tidak mengajar kita begitu. Islam minta kita tidak tergesa-gesa, nilai dulu akibat. Jika yang akan datang lebih buruk dari yang sedia ada, baik jangan, relaks dulu. Ini bukan kerana redho dengan kemungkaran yang ada tetapi tidak mahu perubahan mungkar pada waktu ini akan membawa mungkar yang lebih besar. Oleh itu kita kena sabar dulu, buat persiapan yang cukup dan pastikan perubahan yang dibuat adalah yang membawa natijah yang lebih baik.

Orang yang memiliki kefahaman yang mendalam tidak akan tergesa-gesa dalam melakukan perubahan. Lihat apa yang berlaku kepada Iraq, mereka tertekan di bawah Sadam dan kezaliman Sadam lalu mengundang Amerika untuk bantu dan mereka sokong Amerika, tetapi siapa boleh nafikan bahawa apa yang mereka hadapi hari ini lebih teruk dari yang mereka hadapi di zaman Sadam.

Oleh itu saya menyarankan harakah Islamiah agar tidak gelojoh mendambakan perubahan sebelum tiba waktunya. Dalam keadaan persiapan kita lemah, kapasiti kita lemah, komposisi kita lemah dan segalanya lemah, perubahan boleh mengakibat wujud suasana yang lebih mungkar lagi daripada yang ada sekarang.

Seperkara lagi yang perlu kita renung dalam melaksanakan nahi mungkar ialah dari aspek keutamaan. Saya nak tanya, kalau anda bertemu wanita yang tidak menutup aurat, bagaimana anda menilai kemungkaran padanya. Adakah anda akan melihat satu mungkar itu sahaja iaitu tidak pakai tudung atau banyak lagi?

Bagaimana anda lihat dari segi;

  1. akidahnya
  2. kefahamannya
  3. ilmu agamanya
  4. ibadatnya
  5. suasana sekitarnya
  6. dlln

Mungkar mana yang anda akan mula dahulu.? Kalau anda sergah dia adakah dia akan jadi baik atau dia akan benci benci anda, benci pakai tudung dan benci Islam itu sendiri? Begitu juga kalau kita nilai masyarakat kita hari ini secara keseluruhan, kita boleh susun tertib mungkar yang mereka ada dan tentukan mungkar mana yang kita nak ubah dulu?

Isu yang banyak diperbincangan kini Isu mat rempit contohnya, kalau kita pacak seorang mat rempit di hadapan kita dan kita bedah siasat, akidah, ibadah, pemikiran, ilmu agamanya dan lain-lain, mungkar merempit itu datang ke nombor yang keberapa?

Sebab bagi saya dalam keadaan kualiti agama masyarakat sudah rosak, pendidikan, pembinaan sakhsiah tidak berlaku dengan betul, apa-apa hukuman hanya boleh jadi rawatan luaran dan sementara seperti rawatan first aid sahaja.

Dia bukan rawatan sebenar.

Oleh itu ubah kemungkaran di zaman masyarakat yang rosak dan telah kembali kepada kehidupan jahiliah ini hendaklah dilakukan dengan penuh kefahaman bukan main pasang secara sembrono sahaja. Mungkar yang dilakukan dalam masyarat yang faham Islam cara ubahnya tidak sama dengan masyarakat yang tidak faham Islam seperti yang kita hadapi hari ini. Kena ikut A, B,C nya.

Wallahu aklam.

Satu Respons

  1. Salam ukhwah akhi,

    Tersadung dari laman blog Tiqi, terjumpa blog enta😉 Allahuakbar! Moga sihat-sihat hendaknya dalam kemanisan Islam dan Iman.

    Subhanallah, menarik perbincangan terutama yang berkenaan aurat. Sampai membuatkan ana teringat, sebuah artikel yang bagi ana secara peribadi, sangat bermanfaat. Moga-moga membantu kita di jalan dakwahNya.

    Jiwa Dai’e Otak Faqih : http://saifulislam.com/?p=1820

    Salah Kerana Terbabit Atau Enggan Terbabit :
    http://saifulislam.com/?p=5757#more-5757

    Moga bermanfaat!

    Salam ukhwah dari kota paling terkenal dalam surat khabar hari nie,
    Ibnu Yusoff

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: