Tarbiyah Al-Quran

alquran

Firman Allah s.w.t :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كلُّ أُولئِكَ كانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Dan janganlah kamu ikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya telinga, mata dan hati itu semuanya akan ditanya.” (Surah Al-Isra’ : 36)

Juga FirmanNYa :

ياايها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإٍ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat : 6 )Amalan memastikan kebenaran sesuatu berita, sesuatu gejala dansesuatu pergerakan sebelum menghukumkannya merupakan anjuran al-Qur’nul-Karim dan methodologi Islam yang halus dan hemat.

Itulah amanah anggota dan pancaindera, amanah akal dan hati. Inilahamanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap orang, amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anggota-anggota, pancaindera, akal dan hati semuanya. Itulah amanah yang membuat hati gementar kerana kehalusan dan keberatannya setiap kali lidah melafazkan satu perkataan, setiap kali seseorang itu mengesahkan satu cerita dan setiap kali dia mengeluarkan satu pendapat atau hukuman terhadap seorang lain atau terhadap suatu perkara atau peristiwa.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

Dan janganlah kamu ikut sesuatu yang kamu tidak tahu.”

Janganlah kamu ikut sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya denganyakin dan belum kamu pastikan kesahihannya sama ada berupa perkataan yang digembar-gemburkan orang atau berupa cerita yang diperikan atau berupa suatu gejala yang ditafsirkan atau berupa sesuatu kejadian yang diberikan sebabnya atau berupa hukum syara’ ataupun berupa persoalan ‘aqidah.

Tersebut di dalam al-Hadith (sabda Rasulullah s.a.w.):

إياكموالظّنّ قإن الظّنّ أكذب الحديث

Awasilah prasangka kerana prasangka itu sebohong-bohong percakapan.”

Tersebut dalam Sunan Abu Daud (sabda Rasulullah s.a.w.):

بش مطيّه الرّجل:زعموا

Seburuk-buruk alasan seseorang ialah perkataannya: Kata orang begini-begini.( Iaitu bercakap mengenai sesuatu tanpa alasan dan bukti selain dari bersandarkan kepada cerita-cerita dan desas-desus yang diperkatakan orang.)

Dalam sebuah hadith yang lain (sabda Rasulullah s.a.w.):

إن افري الفري أن يريّ الرّجل عينيه مالم تريا

Sesungguhnya dusta yang paling dusta ialah seseorang itu mengaku melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya.”

Demikianlah terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang menegakkan methodologi yang sempurna dan sepadu ini yang bukan sahaja mewajibkan akal supaya berhemat mengeluarkan pendapat-pendapatnya dan mempastikan kesahihan dalam penyiasatanpenyiasatannya, malah hati juga pasti hemat melayani lintasan-lintasan fikiran, kefahaman-kefahaman, perasaan-perasaan dan pendapat-pendapatnya.

Oleh sebab itu lidah tidak harus mengeluarkan sesuatu perkataan, tidak harus menceritakan sesuatu peristiwa, tidak harus mengutip sesuatu riwayat, dan akal tidak harus mengeluarkan sesuatu hukuman dan seseorang itu tidak harus membuat sesuatu keputusan melainkan setelah ia pastikan kebenarannya dari segenap perinciannya, segenap hubungannya dan segenap hasil natijahnya sehingga di sana tidak ada lagi sebarang keraguan dan kesamaran terhadap kebenarannya.

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ

Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi hidayat ke jalan yang amat lurus

Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ

فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن آُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Wahai orang-orang yang beriman! Ta’atilah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan pemerintah-pemerintah dari golongan kamu. Kemudian jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul (as-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat. Tindakan ituadalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya.” (Surah An-Nisa’ : 59)

Amatlah benar keterangan ini.

Satu Respons

  1. Assalamu’alaikum …

    Salam ukhuwwah dalam Islam. Banyak info menarik dalam laman ini. Saya banyak mendapat manfaatnya. semoga usaha saudara diberkati Allah swt kerana perkongsian ilmu yang menjurus kepada mengajak manusia menyelusuri jalan kebenaran dan hidayah.

    Alhamdulillah. Kitab al-Quran menjadi panduan dan petunjuk jalan kepada manusia yang berkehendakkan kebenaran. Oleh itu, jadikan al-Quran sebagai makanan dan hidangan rohani setiap hari agar rohnya terpancar meresap ke dalam jiwa kita sehingga kita menjadi manusia yang kuat mental dan fizikalnya.

    Yang penting generasi al-Quran perlu dibangunkan semula sejajar dengan kebangkitan awal insan rabbani pada permulaan dakwah di Mekah dan Madinah sehingga ke zaman keemasannya di bawah pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid dan al-Makmun.

    Jika ada kelapangan sudilah berziarah ke laman ilmu saya. Insya Allah. Wassalaam. Salam persaudaraan dari UKM, Bangi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: