Hikmah, Uslub Dakwah yang Agung

proudtobemuslim1

Firman Allah s.w.t : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” ( Surah An-Nahl : 125 ).

Hikmah merupakan suatu anugerah rabbani, Allah s.w.t menganugerahkannya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki dari kalangan hambanya. FirmanNya : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.” ( Surah Al-Baqarah : 269 ). Hikmah pada asalnya suatu sifat yang ada pada setiap manusia, tetapi ia perlu disempurnakan dengan akhlak yang menyeluruh. Kemungkinan ia terdapat disisi sebahagian manusia, tetapi sekiranya ia tidak dihias dengan akhlak yang mulia ia dikhuatiri akan hilang.Pendakwah yang berjaya adalah seorang yang mampu mendapatkan banyak daripada hikmah daripada pembelajaran dan latihan , demikian itu, kami akan membentangkan beberapa fenomena atau tanda-tandanya, kesemuanya terkandung di dalam bab akhlak. Rasulullah s.a.w telah mengajar kita bahawa kita tidak mungkin dapat menguasai manusia kecuali dengan akhlak. Baginda bersabda : “ Kamu tidak sekali-kali menarik manusia dengan harta-harta kamu, tariklah mereka dengan akhlak-akhlak kamu”.

Menguasai manusia merupakan salah satu fenomena hikmah disisi para pendakwah, dan asas kepada hikmah adalah kalimah yang baik : firman Allah s.w.t : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” ( Surah Ibrahim : 24, 25 )

Kalimah yang baik itu bukan seperti suara yang keluar keudara kemudian hilang begitu sahaja tetapi ia adalah sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dan ia sentiasa menghasilkan buah-buah (hasil-hasil) yang baik. Dengan perumpamaan ini Allah s.w.t menyeru manusia untuk berpegang dengan kalimah yang baik sehingga ia menjadi akhlak semulajadi. Kalimah yang baik itu adalah dengan bersegera mendahului orang lain, firman Allah s.w.t : “dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” ( Surah Al-Baqarah : 83 ), “dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran).” ( Surah Al-Isra’ : 53 ). “oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” ( Surah Al-Baqarah : 148 ), ketika berdialog dengan orang lain “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik ” ( Surah Al-Ankabut ), dan sekiranya seseorang memulakan kalimah yang baik, seorang muslim itu tidak boleh membalasnya kecuali dengan ucapan yang serupa dengannya atau lebih baik darinya, firman Allah s.w.t : “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” ( Surah An-Nisa’ : 86 )

Adapun sekiranya apabila orang yang lain memulakan dengan kalimah yang tidak baik, seorang muslim itu mempunyai tiga pilihan :

Pertama : Membalas kejahatan dengan yang serupa dengannya berdasarkan firman Allah s.w.t : (Dan jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya.” (Surah Asy-Syura : 40 ), juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w untuk kaum muslimin sekiranya seorang yahudi berkata kepada kamu “ Celaka keatas kamu” balaslah mereka dengan berkata “dan keatas kamu”, dan seorang muslim tidak boleh membalas kejahatan tersebut dengan sesuatu yang lebih.

Ia merupakan salah satu pintu masuk syaitan bagi mencetuskan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia. Rasulullah s.a.w pernah menegur Aisyah r.a daripada pertambahan dalam keadaan membalas kejahatan seperti yang disebut di dalam hadith-hadith sahih ketikamana seorang Yahudi berkata kepadanya : “ Celaka keatas kamu”, Aisyah r.a menjawab “ Bagi kamu kecelakaan, kemurkaan dan laknat ”. Rasulullah s.a.w bersabda “Jangan wahai Aisyah, cukup bagi kamu dengan berkata : dan keatas kamu..sesungguhnya Allah s.w.t menyukai kelembutan dalam setiap sesuatu.” .

Kedua : Memaafkan. Ia tidak membalas kejahatan tersebut samada dengan yang serupa dengannya ataupun dengan yang lebih buruk darinya. Demikian firman Allah s.w.t : “Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).” ( Surah Asy-Syura :40 ), “Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” ( Surah Asy-Syura :43 ), “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. “Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah” ( Surah An-Nahl : 126,127 ). Ayat ini jelas tentang bersabar dengan orang-orang bukan Islam, memaafkan mereka hatta ketika waktu perang dan selepas selesai peperangan.

Ketiga : Membalas kejahatan dengan kebaikan, demikian akhlak seorang muslim yang terbaik. Ia merupakan darjat hikmah yang paling tinggi dalam berinteraksi dengan orang lain. Ia juga merupakan akhlak pendakwah atau mereka yang berdakwah kepada Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t tentang sifat-sifat orang yang bijaksana : “Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.” ( Surah Ar-Ra’d : 22 ), dan firmanNya tentang sifat-sifat muslimin : “Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.” ( Surah Al-Qasas : 54 ). FirmanNya tentang sifat-sifat mereka yang bertakwa pula : “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” ( Surah A’li-Imran : 134 ). Orang-orang yang bertakwa telah dibahagikan kepada tiga darjat :

Pertama : Orang-orang yang menahan kemarahannya, mereka tidak membalas kejahatan tetapi masih berasa marah.

Kedua : Orang-orang yang memaafkan kesalahan pelakunya, dia bukan sahaja tidak membalas malah turut menghilangkan perasaan marah dari hatinya.

Ketiga : Membalas kejahatan dengan dengan kebaikan. Demikian adalah darjat yang tertinggi bagi orang yang bertakwa. Sifat inilah yang layak atau sepatutnya dimiliki oleh para da’i (pendakwah) kepada Allah s.w.t.

5 Respons

  1. Aktif menulis aie. Sogan ana. Wei, masukler blog ana yg pening2 skit. Baru try. Jgn lupo buek pautan.
    http://tintataghyir.wordpress.com

  2. Salam wbt,

    ustaz ulasan yg sungguh mantap dan berguna.
    lebih terasa sekiranya telah lalui mehnah yang mencabar dan telah cuba aplikasikan apa yg tertulis diatas.
    jzkk atas perkongsian.

    May Allah bless your sincere effort.

    TIRESOME IS TEMPORARY
    PAHALA IS ETERNITY

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: