Kesan Sembelihan Ibu keatas Janin

img_3402-copy1

Semasa program korban tahun lepas, ada diantara binatang yang dikorbankan mempunyai janin di dalamnya, sorang student medic tanya pada saya : “Janin ni boleh makan tak? “. Disini saya nak kongsikan sedikit pembentangan pendapat-pendapat dan dalil-dalil tentang pertanyaan tersebut.

Ada empat keadaan sembelihan bagi janin :

Pertama : Keluar dari ibunya dalam keadaan telah mati sebelum penyembelihan ibunya. Maka janinnya tidak boleh dimakan secara ijmak.

Kedua : Keluar dari ibunya dalam keadaan masih hidup sebelum penyembelihan ibunya. Ia tidak boleh dimakan kecuali sekiranya disembelih ketika ia masih hidup.

Ketiga : Keluar dari ibunya  dalam keadaan hidup selepas penyembelihan ibunya. Sekiranya dia disembelih semasa hidup maka boleh dimakan tetapi sekiranya ia tidak sempat disembelih ketika masih hidup ia dikira bangkai. Dikatakan pendapat disisi Malikiah : Sembelihannya adalah sembelihan ibunya.

Keempat : Keluar dari ibunya dalam keadaan mati selepas penyembelihan ibunya. Terdapat khilaf diantara fuqaha’ pada hukumnya.

1- Pandangan Abu Hanifah, Zufr, dan Hasan bin Ziad : Tidak boleh dimakan dengan sebelihan ibunya kerana Allah s.w.t mengharamkan bangkai dan binatang yang mati tercekik. Dan janin itu bangkai kerana tiada kehidupan padanya. Bangkai adalah setiap haiwan yang mati tanpa sembelihan. Sekiranya janin itu mati disebabkan tercekik (tidak boleh bernafas) maka ia diharamkan dengan nas Al-Quran.

Sembelihan janin itu tidak dikira mengikut sembelihan ibunya kerana ia jelas masih hidup selepas penyembelihan ibunya. Maka wajib sembelihannya diasingkan untuk dikeluarkan darahnya untuk menjadikannya halal. Ia tidak menjadi halal dengan sembelihan ibunya . Tujuan penyembelihan mengeluarkan darahnya bagi mengasingkannya dari daging bagi mendapatkan daging yang baik. 

Apa yang dimaksudkan dengan hadith “sembelihannya adalah sembelihan ibunya”  adalah ia merupakan tasybih (penyerupaan) yang bermaksud seperti sembelihan ibunya dan ia tidak bermaksud cukup dengan sembelihan ibunya. Kesimpulannya : Janin yang mati itu tidak boleh dimakan disisi Hanafiah samada telah tumbuh bulu atau tidak, telah sempurna kejadiannya atau tidak kerana ia tidak akan berbulu kecuali selepas sempurna kejadiannya.

2- Pandangan Jumhur Fuqaha’  dan dua sahabat Abu Hanifah : Halal makan janin itu sekiranya keluar dalam keadaan mati selepas penyembelihan ibunya atau didapati mati didalam perutnya ataupu dia keluar dalam keadaan mengelupur seperti haiwan yang telah disembelih.

Disyaratkan disisi Malikiah : telah sempurna kejadiannya dan telah tumbuh bulunya berdasarkan riwayat daripada ibnu Umar dan Sebahagian dari sahabat. Kaab bin Malik berkata : “Para sahabat Rasulullah s.a.w berkata : “apabila janin itu telah tumbuh bulunya maka sembelihannya adalah sembelihan ibunya”.”

Syafi’iyah dan Hanbilah membenarkan makan janin yang telah mati itu samada telah tumbuh bulu atau belum berdasarkan Ibnu Mubarak daripada Ibnu Abi Laila telah berkata : ” Rasulullah s.a.w bersabda : “sembelihan janin itu adalah sembelihan ibunya, sudah tumbuh bulu atau belum“.”

Berdasarkan pembentangan pelbagai pendapat dan dalil-dalil tadi,kita dapati bahawa dalil-dalil daripada jumhur fuqaha’ lebih kuat berdasarkan dalilnya yang thabit daripada hadith Rasulullah s.a.w . Wallua’lam

Satu Respons

  1. Syukran keatas penjelasan anta….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: