Tarbiyah itu pertumbuhan

Muasofat Tarbiyah

Semenjak dua menjak ini dakwah dan tarbiyyah tidak lagi menjadi suatu yang asing kepada masyarakat lebih-lebih lagi bagi masyarakat mahasiswa. Banyak organisasi-organisasi dakwah mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan bertambahnya organisasi-organisasi akan bertambahlah program-program. Kefahaman yang betul tentang tarbiyyah amat diperlukan agar kita tidak lari atau terseleweng dari matlamat sebenar tarbiyyah.

Tarbiyyah ialah pendidikan. Ini bermakna apabila kita mentarbiyah bermakna kita mendidik. Apabila kita mendidik bermakna kita melakukan pengislahan (membaik pulih) dan ziadah (pertambahan). Dengan adanya pengislahan dan pertambahan tadi, tarbiyyah yang dilakukan akan menghasilkan pertumbuhan. Pertumbuhan dari tiga aspek yang ada pada diri manusia iaitu aspek akal, hati, dan tingkahlaku.

Suatu realiti yang kita dapat lihat pada masa kini adalah ramai orang melakukan aktiviti-aktiviti adalah semata-mata kerana rutin,hobi ataupun semata-mata untuk melayan tuntutan daripada masyarakat sekeliling tanpa mempunyai matlamat dan objektif yang jelas. Mereka yang menganjurkan program itu sendiri tidak memahami dan menguasai dengan jelas apa yang mereka kehendaki daripada program tersebut.

Apabila kita melakukan tarbiyyah, kita perlu mempunyai objektif yang jelas, barulah kita boleh memikirkan bahan, wasilah dan uslub untuk mencapai objektif yang digariskan. Kemudian barulah kita boleh menetapkan indicator bagi menentukan kejayaan program tarbiyah tersebut. Hasil tarbiyyah akan diterjemahkan dengan tingkahlaku. Sifat yang sering dikatakan kepada generasi assabiqun al-awwalun ( generasi terdahulu ) dari kalangan sahabat adalah hum kanu Al-quran yamsyuna baina an-nas ( mereka adalah Al-quran yang berjalan dikalangan manusia).

Kita lihat contoh pertumbuhan sebatang pokok buah-buahan, bermula dari pemilihan benih yang baik, dibaja dan dihalang daripada serangan serangga dan sebagainya, dipotong pohon-pohon atau daun-daun yang tidak diperlukan, sehinggalah pokok tersebut menghasilkan buah yang baik, masak dan ranum ( hasil @objektif daripada pertumbuhan pokok tersebut ).

hassan_al_banna1

Cuba kita perhatikan kata-kata Imam Hasan Al-Banna :

” Saudara, ketahuilah dan kajilah bahawa kekuatan atau kelemahan, tua atau muda, sihat atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti seorang manusia. Adakalanya anda lihat seorang manusia gagah, sihat wal afiat. Tiba-tiba anda lihat dia ditimpa pelbagai penyakit dan tubuhnya yang gagah kini diulit pelbagai penyakit. Dia terus mengadu kesakitan hingga Allah turunkan rahmat-Nya dengan menghantar seorang doktor yang mahir dan mengetahui punca penyakitnya. Doktor ini bijak mengenalpasti jenis penyakit dan bijak mengetahui tempat sakit serta tahu mengubatinya. Tidak berapa lama kemudian anda lihat pesakit tadi mula kembali kuat dan sihat. Mungkin lebih sihat daripada sebelumnya. Begitulah juga dengan sebuah bangsa. Sesebuah bangsa akan berhadapan dengan pelbagai masalah hingga mampu menggugat dan menggegar kewujudan serta keutuhannya kerana penyakit yang menular. Bangsa ini akan terus dilanda masalah dan terpaksa bergelumang dengan segala masalah ini hingga akhirnya ia tergugat dan mula kelihatan tidak bermaya dan lemah, kemudian ia akan menjadi sasaran semua pihak. Bangsa ini tidak akan mampu menahan segala asakan musuh. Jalan penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar yang menjalankan rawatan ini hingga Allah mengizinkan dia menyembuhkan dan mencapai kejayaan.” ( Keratan Risalah Dakwatuna – Majmuk Rasail Imam Hasan Al-Banna )

Kefahaman yang perlu kita betulkan ialah tarbiyyah bukanlah memberi layanan atau mengikut kehendak pesakit. Tetapi tarbiyyah yang sebenar adalah merawat pesakit. Layanan hanya diberikan apabila ia diperlukan dalam rawatan (sekadar keperluan ). Tarbiyah adalah taghyir alhusnu ila ahsan ( perubahan dari baik kepada lebih baik ) serta pertambahan aset yang baik dari sudut akal, ruh, dan tingkahlaku.

Doktor yang baik tidak akan memberikan gula kepada pesakit diabetis walaupun diminta demikian (melayan) tetapi memberikan ubat dan rawatan walaupun kemungkinan ubat dan rawatan yang diberikan itu pahit atau sakit. Begitu juga di dalam tarbiyyah. Da’i yang baik akan tahu memberikan apa yang diperlukan oleh mad’u bukan apa yang diminta.

Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan tarbiyyah dengan erti kata yang sebenar….

4 Respons

  1. jadi tak boleh lah terlalu melayan sampai pesakit berasa semakin sakit walaupun nampak macam gembira.

    ana rasa perkara ni akan berlaku konflik bila kita menyayangi orang tu tanpa memahami apakah maksud sebenar menyayangi.

    kadang2 ayah sangat sayang pada anak, lalu diberi semua yang diminta. tapi tulah. kadang2 ayah tak sampai hati bila anak dah minta. walaupun sebenarnya kena bertegas sket.

  2. Tarbiyah lebih kepada menyedarkan pesakit …itu asas kepada tarbiyah. So tarbiyah kena bermula dari menyedarkan dan merawatnya secara berterusan kerana penyakit didalam jamaah tidak akan sembuh selama lamanya sehingga kita menemui syahid atau mati dalam jalan dakwah …

  3. salam..

    Petikan yang menarik dan jelas isi penyampaiannya.

    Moga tsabat.

  4. Satu artikel yang ringkas, padat dan mencapai objektif.Tanpa tarbiyah yang berkesan, hanya kuantiti yang akan bertambah sedang kualiti berada di takuk lama

    p/s: bila nak datang sini lagi?🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: