Wahai para da’i ….bangkitlah dan bantulah Ghaza

ghaza3

Ghaza bukanlah hanya simbol kepada isu Palestin, tetapi ia telah menjadi simbol keteguhan sebuah umat yang telah dijual oleh para pemerintah disebabkan ketundukan mereka kepada syahwat dan dunia. Ghaza terus menjadi kiblat mulia bagi sebuah umat  yang telah hancur kemuliaanya semenjak zaman berzaman.  Ia berterusan mencari kemuliaannya bagaikan orang dahaga mencari seteguk air di tengah padang pasir yang luas dan di bawah matahari yang terik.

Ghaza menghadapi penentangan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang kejam, ganas dan mempunyai penyakit suka melihat permandangan kematian, mengazab kanak-kanak dan menghirup darah-darah mangsa mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam masa yang sama, Ghaza juga menghadapi pengkhianatan daripada sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang seketika mengaku mereka arab, seketika  muslim dan pada tika yang lain bersifat perkauman. 

Walaupun dengan setiap apa yang telah berlaku dan akan berlaku, Ghaza akan tetap kekal sebagai simbol pencarian sebuah impian yang hilang. Ghaza akan sentiasa bergema dengan suara-suara setiap orang mukmin yang ghairah dengan agamanya, memahami makna ketinggian dan kemuliaan, dan juga memahami nilai sebuah negara dan kemuliaan insan.

Ghaza sedang terbakar, diserang, dan diperangi . Semuanya akibat dalang-dalang yang bersembunyi di sebalik serangan tersebut. Sekatan telah mengakibatkan banyak pertambahan bilangan mereka yang syahid dan tercedera, tetapi sehingga kini kita masih tidak jelas lagi siapakah musuh yang sebenarnya, musuh tentera yahudi ataupun musuh arab (muslimin)?.

Majulah para da’i

Pada ketika ini peranan para da’i tidak kurang pentingnya berbanding pejuang yang memikul senjata melawan musuh.  Pada ketika ini media merupakan sayap bagi sesebuah operasi ketenteraan. Bahaya , kekuatan dan kesannya tidak kurang berbanding sebuah kereta kebal, pesawat ataupun sebutir bom nuklear.

Seorang da’i akan sentiasa berada di tengah isu tersebut bagi menggerakkan masyarakat, memberikan panduan, petunjuk dan semangat kepada mereka, merawat kekeliruan dan perasaan putus asa, menyuburkan mereka dengan tegukan-tegukan impian serta memberikan khabar gembira kepada mereka dengan kemenangan yang pasti akan datang. 

Sudah tiba masanya para da’i memakai perisai-perisai keimanan dan impian, mendahului saf-saf tersebut bagi memandu sebuah bangsa yang sedang mencari dan berlumba-lumba untuk mendapatkan kemuliaan sejak zaman berzaman. 

Para da’i sekarang hendaklah bangun menunaikan misi mempertahankan Ghaza di posisi-posisi (laman-laman) mereka bagi melaksanakan misi-misi berikut :

Pertama : Penghapusan kekeliruan sekitar Gerakan Penentangan ( HAMAS)

Seperti biasa mereka yang terlantar dan menghadapi kekalahan akan sentisa cuba untuk menempelkan tohmahan dan tuduhan dengan korban yang berlaku. Tohmahan bahawa ia sedang memerangi penjenayah dan mengakibatkan segala yang berlaku. Tetapi mereka salah, mereka tidak pernah menghadapi keadaan dan kepahitan seperti yang dirasai oleh rakyat Palestin. Mereka menampakkannya dari sudut yang tidak memperlihatkan makna kemuliaan dan dan sudut yang tidak mengiktiraf kebenaran. 

Mereka juga  tidak memperlihatkan darurat (urgensi) mempertahankannya dengan cubaan media-media yang dikuasai oleh mereka membuat kenyataan mempertanggungjawabkan HAMAS dengan segala yang berlaku daripada serangan yang ganas ke atas Ghaza. Ini adalah merupakan suatu jenaka kerana mereka mempertahankan diri mereka, dan ia merupakan respon mereka  terhadap serangan berturut-turut terhadap negara dan rakyat mereka. 

Media arab turut menyalahkan mereka diatas keberanian mereka menentang menggunakan pen melawan peluru berpandu dan menggunakan tikaman pisau melawan serangan pesawat.

Para da’i mestilah mempertahankan HAMAS dengan sifatnya sebagai satu-satunya pelindung kemuliaan umat Islam dan Arab. Tanpanya darah di jasad umat ini akan terhenti. 

Para da’i juga mestilah mempertahankan HAMAS denga sifatnya sebagai penyala obor impian dan pemegang panji Al-Hak yang jelas walaupun cuba dihapuskan oleh media antarabangsa kuasa-kuasa  besar yang angkuh, bersifat perkauman, penghisap darah dan hamba kepada syaitan. 

Kedua : Mempertahankan nilai-nilai berikut

Thiqah (percaya dan yakin) dengan bantuan dan kemenangan Allah, impian dan tidak putus asa :

Ketikamana mereka yang zalim dan tempoh kezaliman berpanjangan jiwa-jiwa akan menjadi lemah dan perasaan putus asa akan mula menyelinap ke dalam hati-hati manusia. Mereka akan menyangka bahawa Al-Hak tidak mampu untuk menang. Ini merupakan perasaan yang bahaya yang akan menyebabkan mereka yang bersama Al-Hak menemui kekalahan sebelum berjumpa dengan musuh.

Saudaraku para da’i..

Ingatkanlah mereka dengan bangsa bani Hasyim dan sekatan  terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Sekatan yang berlanjutan selama tiga tahun ini tidak kurang dahsyatnya dengan sekatan yang dihadapi oleh Ghaza.

Ingatkanlah mereka dengan segala kesakitan jiwa dan tubuh badan yang telah diterima oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Sekatan tersebut menyebabkan kemerosotan kesihatan Khadijah binti Khuwailid, orang yang paling mulia di hati Rasulullah s.a.w dan juga Abu Talib, bapa saudaranya yang sentiasa mempertahankannya sehingga mengakibatkan kematian mereka berdua dalam bulan yang sama selepas sekatan berakhir.

Ingatkanlah mereka bahawa Al-Hak akan bersama rijal-rijal yang sabar, teguh dan beriman,  sepertimana sabarnya Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya sehinggalah berakhir sekatan, selesai hijrah, Mekah dibuka dan akhirnya kemenangan dan bantuan Allah s.w.t datang selepas penantian selama beberapa tahun.

Ingatkanlah mereka bahawa kemenangan dan bantuan Allah s.w.t pasti datang, tetapi hasilnya tidak akan dapat dilihat kecuali oleh mereka yang mempunyai keimanan yang benar kepada Allah s.w.t .kesabaran diatas ujian dan keteguhan sehingga datangnya janji Allah s.w.t.

 

Pengorbanan dan amal :

 Kemenangan tidak mungkin dicapai hanya dengan kata-kata tanpa tindakan. Dan kita tidak mungkin tenang dengan mengatakan kita berada di pihak yang benar tanpa sebarang usaha yang menunjukkan kita berada dipihaknya dan membantunya menyempurnakan jalannya.Kita juga tidak akan tenang dengan harta kekayaan yang ada pada kita kerana pada ketika ini ia merupakan sesuatu yang amat diperlukan dan dituntut. Pintu tabarru’ (infak) untuk keluarga kita di Ghaza terbuka luas daun-daun pintunya bagi sesiapa yang ingin memberi. Penyertaan di dalam khidmat perubatan dan komuniti-komuniti yang menyalurkan bantuan juga memanggil-manggil sesiapa sahaja yang ingin bersama.

Penentangan dan Jihad :

Sesungguhnya ruh umat ini adalah pada ruh jihad dan penentangannya melawan musuh. Ia merupakan ruh yang menjamin eksistensi umat tersebut. Musuh mengatur langkah untuk membunuh ruh ini daripada jiwa-jiwa anak-anak dan pemuda umat ini dengan menenggelamkan mereka dengan kelazatan dan syahwat. Musuh juga akan memalingkan mereka daripada nilai-nilai kesungguhan dan matlamat yang tinggi dan isu sebenar. 

Penyebaran Isu :

Isu Palestin merupakan isu eksistensi. Setiap generasi perlu sedar dan faham dengan masalah ini dengan baik. Mereka perlu sedar tanggungjawab mereka untuk mempertahankanya. Setiap generasi bertanggungjawab mewariskan perjuangan tersebut kepada generasi berikutnya. Perkara ini tidak akan terlaksana melainkan dengan tersebarnya isu ini. Tidak kira samada posisinya dan usahanya dengan menjelaskan perkara-perkara yang keliru kepada masyarakat dan menyedarkan mereka dengan peranan mereka dari sudut syarak, negara, dan kemanusiaan terhadap isu tersebut.Dan yang paling penting adalah mereka mewariskan isu ini kepada anak-anak mereka sehingga terbina sebuah generasi yang memiliki ciri-ciri yang mampu mempertahankan isu ini dan berusaha sehinggalah mendapat kunci kemenangan dengan izin Allah s.w.t.

picture13

Wahai para da’i…

Pertahankanlah Ghaza, kamu disini sedangkan saudara-saudaramu disana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: