Pengajaran dari Kisah Hijrah Rasulullah s.a.w

picture11Ikhwah dan Akhwat yang dikasihi sekelian, sempena Awal Muharram yang baru sahaja melintasi kita marilah kita melihat sebuah kisah yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umat Islam seluruhnya. Kisah Ini biasa kita dengar, tetapi pernahkah kita mengambil pengajaran darinya?

Sekembalinya tentera muslimin dari kepungan terhadap yahudi bani Nadhir, pelbagai harta fai’ ( harta yang diperolehi dari musuh tanpa berlakunya peperangan ) telah dapat dikumpul oleh tentera muslimin. Apabila tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta-harta tersebut diantara golongan muhajirin. Dan golongan Ansar tidak mendapat bahagian dari harta-harta tersebut kecuali dua orang sahabat yang fakir sahaja iaitu Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah .

Tindakan Rasulullah s.a.w adalah disebabkan golongan muhajirin merupakan mereka yang lebih berhak mendapat harta tersebut apabila mereka terpaksa berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala harta milik mereka di Mekah semata-mata kerana akidah mereka.

Firman Allah s.w.t  memuji golongan Muhajirin : ” (Harta rampasan itu juga) untuk orang-orang fakir yang berhijrah yang terusir dari kampung halamannya dan meninggalkan harta bendanya demi mencari karunia dari Allah dan keredhaanNya dan (demi) menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

Pendirian yang diambil oleh golongan Ansar terhadap tindakan Rasulullah telah mendedahkan satu gambaran ukhuwwah yang sebenar, satu gambaran ukhuwwah yang amat ideal. Sekiranya peristiwa tersebut tidak dirakamkan di dalam Al-quran nescaya tidak ada seorangpun yang akan percaya dengannya berlakunya peristiwa tersebut.

Kita lihat kepada jawapan golongan Ansar apabila diberi pilihan oleh Rasulullah s.a.w, ” Sekiranya kamu mahu, kamu boleh membahagikan kepada muhajirin rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu berkongsi bersama mereka harta ghanimah ini. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh mengambil semula rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu tidak mendapat apa-apa dari harta ghanimah ini.” . Maka Ansar menjawab : ” Malah kami akan membahagikan harta-harta kami dan rumah-rumah kami dan kami akan memberikan harta ghanimah tersebut kepada mereka dan tidak berkongsi bersama mereka. “.

Tindakan golongan Ansar ini telah diberikan pujian oleh Allah s.w.t dalam FirmanNya yang bermaksud : “Dan orang-orang ( Ansar ) yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman sebelum ( kedatangan ) mereka ( Muhajirin ), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka ( Muhajirin ), dan mereka mengutamakan ( Muhajirin ) keatas diri sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan sesiapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang yang beruntung. .

Pengajaran dari kisah tersebut :

Mengapa Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin dan Ansar?

Allah telah memuji mereka disebabkan mereka telah membenarkan Iman mereka. Iman bukan semata-kata ucapan aku beriman, tetapi ia perlu disertai dengan dalil atau pembuktian. Golongan Muhajirin membenarkan iman mereka sehingga mereka diusir dan diambil harta hanya disebabkan kalimah “lailahaillah, muhamadur rasulullah”. Golongan Ansar punya membuktikan keimanan mereka dengan bukti ukhuwwah sehingga mencapai darjat yang tertinggi didalam ukhuwwah iaitu ithar (mementingkan orang lain daripada diri sendiri).

Begitulah nilai-nilai ataupun hasil yang lahir daripada keimanan para sahabat. Sekarang dimanakah nilai umat Islam yang terdapat pada para golongan salafussoleh? Dimanakah umat Islam yang dikatakan seramai 1.6 billion ketikamana saudara-saudara mereka di Palestin diserang, dihina, disembelih dan dibunuh. Dimana? Bukankah sudah seramai 1.6 billion manusia beriman. Dimanakah buah keimanan? Dimanakah bukti keimanan?. Mengapa tiada nilai sepertimana Muhajirin dan Ansar?Kita sering mendengar dan membaca Firman Allah : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.”, tetapi sejauhmana kita beriman dan melaksanakan tuntutan ayat tersebut?. Adakah kita telah menunaikan hak-hak saudara seagama kita?.

palestin1Iman umat Islam pada masa kini adalah keimanan yang sedang lena, lena dibuai keselesaaan dunia. Dengan itu bilangan 1.6 billion tidak akan mampu menghasilkan kekuatan sepertimana golongan Muhajirin dan Ansar apabila ia sedang lena. Allah telah menjanjikan pelbagai janji kepada umat yang beriman, tetapi ia tidak akan menjadi realiti sekiranya kita lena dan tidak berusaha untuk merealisasikannya. Kita mesti menghidupkan kembali iman umat Islam. Iman yang hidup dan membara akan dapat menghasilkan kekuatan yang kuat.

Yakinlah kemenangan akan kembali ke tangan umat Islam. Allahu Akbar Walilllahil Hamd

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: