Qardawi – Semua Umat Islam Bertanggungjawab Mempertahankan Gaza

_31832_qardawi_29-6-2005

DOHA- Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.

Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.

Beliau juga menyanjung rakyat Muslim “yang menyertai demonstrasi di jalanan dan menyatakan simpati serta melaungkan sokongan kepada Gaza”, sambil menyatakan bahawa semangat Umat Islam sentiasa hidup dan sentiasa bersedia untuk berkorban bagi membantu saudara-saudara mereka.

Pada masa yang sama, beliau menyelar rejim pentadbiran Arab dengan menyatakan bahawa mereka telah hilang keberanian untuk mengambil keputusan segera untuk menamatkan penindasan di Gaza.

Beliau juga memuji semangat juang rakyat Palestin dan orang-orang Islam di Semenanjung Gaza yang patut dicontohi, bersama kepimpinan Hamas mereka sama ada yang di Palestin atau yang dibuang negara, sambil menyeru mereka supaya tidak berputus asa walau apa jua keadaan sekalipun.

Kami bersama kamu sehingga ke nafas terakhir, dan ketahuilah bahawa kamu tidak akan kami tinggalkan dan tidak akan berpaling tadah selagi mana kamu berpegang kepada hak kamu”, tegas Qaradawi semasa menujukan ucapan beliau kepada kepimpinan Hamas dengan menyatakan bahawa pengganas Zionis sama sekali tidak akan dapat mencapai kemenangan ke atas umat Islam.

Qaradawi juga menyeru kepada setiap individu muslim supaya berdoa untuk saudara-saudara di Gaza, dan menyumbangkan apa sahaja yang mereka mampu untuk memastikan bahawa “mereka-mereka yang berada di Gaza tidak merasakan bahawa mereka bersendirian dalam perjuangan ini, menentang semua penjenayah tentera penceroboh Israel”.

Sumber: palestine-info.co.uk
Penterjemah: Ummu Sa’ad

Satu Respons

  1. Salam…

    bersamalah kita semua meningkatkan amal…..

    terima kasih atas tanda ingatan dari anta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: