Fitnah kekayaan

Mencintai dan mengumpul harta merupakan suatu naluri yang terdapat manusia. Secara tabii dan fitrahnya manusia dicipta begitu. Perkara tersebut dijelaskan di dalam Al-Quran. Malah hakikat tersebut juga telah didedahkan oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t : ” Sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampurbaurkan (yang halal dan haram). Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.” ( surah Al-Fajr :19-20) . Sabda Rasulullah s.a.w : ” Sekiranya seorang anak Adam itu mempunyai dua wadi yang dipenuhi dengan harta, nescaya dia akan mencari yang ketiga, dan dia tidak akan puas sehinggalah tanah memenuhi perutnya (mati), dan Allah mengampuni mereka yang bertaubat. ” daripada Anas r.a diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Naluri suka memiliki dan mengumpul harta yang difitrahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia merupakan satu daripada ujian bagi menzahirkan beberapa hakikat dengan jelas. Menzahirkan kepada mereka yang memiliki harta tersebut hakikat dirinya. Adakah dia mengumpulkan harta dari sumber yang halal ataupun haram?. Adakah dia menginfakkannya pada jalan kebaikan atau keburukan?. Adakah dia menunaikan hak Allah dan hamba-hambaNya ataupun harta tersebut menghalangnya daripada menunaikan hak-hak?. Adakah dia berpaling daripada tanggungjawab dakwah dan Islam ataupun dia menunaikannya sebaik-baiknya?.

Setiap hakikat tersebut hanya akan zahir apabila seseorang itu memiliki harta yang banyak, tidak syak lagi ia merupakan ujian yang pahit dan pedih baginya, fitnah yang amat keras.Demikian adalah kerana dia menjadikan dunia ini perkara yang paling penting baginya, dia mengerahkan seluruh tenaga (juhud) dan waktunya untuk dunia. Maka tidak pelik seseorang itu akan berubah kepada keadaan yang buruk apabila menjadi pemilik harta yang banyak (tuhan kepada harta).

Disebabkan ini Islam berwaspada terhadap harta, malah mengiranya sebagai fitnah dan sebab kecelakaan dan kehancuran. Ia juga dianggap sebagai titian kearah kefasadan dan kesesatan.

Nas-nas yang thabit tentangnya :

– Firman Allah s.w.t : “Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.” (surah Al-anfaal : 28)

– Firman Allah s.w.t : ” Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang. itulah kesenangan di dunia, dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik.”. (surah Ali-Imran : 14)

– Riwayat tarmidzi dengan sanad sahih daripada kaab bin i’adh r.a, dia berkata : ” aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : ” bagi setiap umat itu fitnah, dan fitnah umatku adalah harta

– Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abi said Al-Khudri r.a telah berkata : Rasulullah s.a.w sedang duduk diatas minbar dan kami duduk mengelilinginya .baginda bersabda : “Sesungguhnya apa yang aku takuti keatas kamu selepas ketiadaanku, dibuka kepada kamu kecantikan dunia dan perhiasannya.”

Benar bahawa harta itu adalah fitnah, dan ia membuka jalan kepada kefasadan dan merupakan faktor yang besar bagi kehancuran suatu umat tetapi pada masa yang sama ia merupakan kebahagiaan, jalan membina ekonomi, merealisasikan takaful (saling bantu-membantu), dan merupakan juga faktor yang besar di dalam pembangunan sebuah tamadun. kemuliaan dan kebangkitannya.

Harta tidak bernilai kecuali apabila digunakan pada jalan kebaikan, diinfakkan pada jalan kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w : “Nikmat harta yang baik itu pada lelaki yang baik ” riwayat Bukhari.

Al-quran menunjukkan kepada kita bahawa manusia secara tabiinya apabila diuji dengan harta akan melampaui batas, berpaling dari manhaj Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Alaq : ” Sekali-kali tidak, sesungguhnya manusia itu melampaui batas, apabila melihat dirinya serba cukup.” Bagi mereka yang dapat mengatasi ujian tersebut Allah berfiman : ” Dan akan dijauhkan darinya (neraka) orang yang paling bertakwa. yang menginfakkkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan (dirinya). dan tidak ada seorangpun memberikan suatu nikmat padanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia memberikab itu semata-mata) kerana mencari keredhaaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan nescaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna).”. (surah Al-lail :17-21).

Fitnah harta kepada da’ie (pendakwah)

Sekirannya seorang da’ie memahami apa yang telah dikatakan sebelum ini, dia akan faham bahawa tanggungjwab seorang muslim itu adalah membelanjakan setiap harta tersebut kepada sesiapa yang berhak menerimanya , dia akan berfikir bahawa setiap harta yang berada pada tangannya adalah milik Allah s.w.t, dan dia diamanahkan dengannya, dia tidak akan menggunakkannya kecuali pada had-had yang telah digariskan dan pada perkara-perkara yang syariat. Sekiranya dia memahami perkara ini dia insyaallah akan mampu istiqomah diatas manhaj yang benar, dan beriltizam dengan prinsip-prinsip Islam. Dia akan melihat harta sebagai wasilah dan bukannya ghoyah, menggunakannya di jalan dakwah kepada Allah s.w.t.

Dia tidak akan mampu melakukan perkara tersebut kecuali dia meletakkan :

– Dia beriktiqad dengan sebulat-bulatnya bahwa harta pada tangannya merupakan harta Allah s.w.t dan dia cuma diamanahkan dengannya. Firman Allah s.w.t : ”  Dan berilah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yangdikuniakanNya kepada kamu.” (surah An-Nur :33)

– Dia perlu tahu bahawa sebanyak manapun harta yang dikumpulkannya dia hanya mampu menggunakan sebahagian sahaja dari harta tersebut dan yang bakinya adalah untuk waris-warisnya.

– Dia hendaklah meletakkan bahawa dia tidak akan selama-lamanya kekal diatas dunia ini dia adalah seperti seorang perantau atau musafir lalu. Semakin tua umurnya dia semakin dekat berjumpa dengan Allah s.w.t bagi mendapat ganjaran atau balasan terhadap amalannya. Riwayat Bukhari daripada Ibnu Umar r.a , sabda Rasulullah s.a.w : ” Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu “.

– Dia hendaklah percaya bahawa hartanya tidak bermanfaat dan kekayaan tidak dapat memberi syafaat untuknya apabila datangnya hari kiamat sedangkan dia berada dalam fitnah harta. Sabda Rasulullah s.a.w : ” Jenazah itu akan diiringi oleh tiga perkara : keluarganya, hartanya dan amalannya, dua daripadanya akan kembali dan akan tinggal satu sahaja daripadanya, keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amalannya.” Hartanya yang akan bersamanya menentukan samada syurga atau neraka.

Jadi seorang da’ie perlu betul-betul faham dan percaya dengan perkara-perkara tersebut. Dia juga perlu memahami tanggungjawabnya memikul amanah dakwah dan memuliakan agama Allah s.w.t dia atas muka bumi ini. Sekiranya seorang da’ie yakin dengan perkara tersebut. InsyaALLAH dia akan mampu mengatasi fitnah harta yang merupakan halangan kepada para pendakwah.

Insyaallah…..

2 Respons

  1. Alhamdulillah…good reminder for all of us. Jazakallahu khair

  2. assalamualaikum. dgr cerita dah sampai mesir?🙂 nywy, tulisan ustaz mmg bagus!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: