Apa yang kita raikan?

( Permandangan dari atas di masjid Ibrahim, Iskandariah, Mesir. Hampir 5000 bertahajjud disana pada malam 27 Ramadhan yang lalu )

“Raya tahun ni aku nak beli baju apa?”. “ Baju melayu baru tak beli lagi. Tahun lepas dah baju biru, tahun ni nak pakai warna hijau pulak lah”. “ Kasut baru pun takde lagi”. “Baju kurung untuk raya nak kena tempah sekarang, kena tempah cepat kalau tidak nanti tengok orang lain jela pakai baju raya baru”. “Langsir kita tak tukar ke tahun ni?, orang sebelah dah pasang langsir baru dah”. “ Baju raya kau berapa pasang?”. “Rumah kita kena cat baru baru nampak berseri raya nanti”. “ yey! Esok raya”.

Inilah diantara soalan yang sering melanda kita pada seminggu sebelum raya atau dua minggu sebelum raya malah ada yang telah memikirkannya pada hari pertama puasa. Sedar atau tidak sebenarnya kita telah mengerahkan hampir keseluruhan tenaga kita untuk dapat meraikan hari raya Aidilfitri. Tetapi apakah hakikat disebalik perayaan tersebut? Apakah yang sebenarnya kita raikan?

Mengapakah kita merayakan hari raya Aidilfitri? Apakah kejayaan kita yang diraikan?. Cuba kita sorot kembali kepada zaman Rasulullah dan para sahabat dan kita lihat kembali mengapakah mereka meraikan Aidilfitri ? Rasulullah dan para sahabat meraikan aidilfitri bagi meraikan kejayaan mereka pada bulan Ramadhan, kejayaan mereka menghadapi madrasah Ramadhan dengan cemerlang.

Mereka berdoa pada enam bulan sebelum ramadhan “Allahumma balligna Ramadhan (Ya Allah sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan) ”. Ketika tiba bulan ramadhan mereka beribadah dengan bersungguh-sungguh melebihi ibadah mereka pada hari-hari yang lain.Ibadah yang berlipat-lipat ganda.

Mereka berpuasa dengan sebenar-benar puasa pada siang hari dan beribadah dengan sebenar-benar ibadah pada malamnya. Siang dan malamnya dihidupkan dengan Al-quran, zikir kepada Allah, sedekah, dan pada malamnya pula diisi dengan terawih ,qiamullail dan juga iktikaf di masjid-masjid. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mandapatkan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka daripada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w “ sesiapa yang berpuasa dengan sebenar-benar puasa akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu”.Inilah apa yang mereka raikan. Tetapi kita?

( Jalan-jalan ditutup bagi menyediakan tempat untuk jemaah bersolat terawih dan tahajjud )

Pada malam Ramadhan yang ke-27 baru-baru ini saya pergi untuk beriktikaf di Masjid Ibrahim (sebuah masjid di Iskandariah, Mesir). Saya pergi untuk solat terawih dan qiam disana dan saya amat terkejut dengan bilangan yang datang pada malam itu untuk terawih dan qiamullail. Dijangkakan hampir lima ribu orang. Pada malam itu saya tidak boleh beralih tempat kerana sekiranya saya bangun, tempat saya akan diambil oleh orang lain disebabkan tempat yang terhad.

Terkejut bagaimana mereka cuba untuk mendapatkan malam lailatul Qadar. Pada malam itu juga ramai yang membeli air-air mineral dan memberi para jemaah minum. Pada hari-hari dalam bulan ramadahan saya dapat lihat ramai orang yang memberi makan untuk orang lain berbuka.walaupun hanya dengan tamar. Di dalam van awam yang saya naik untuk perjalanan iskandariah ke kaherah semua menperdengarkan cd Al-quran. Saya sangat terkesan dengan semangat mereka untuk beribadah dan mengejar pahala.

Suasana yang berbeza ketika saya berada di Malaysia, solat terawih ramai lah sedikit tetapi kemudian semakin kurang dan kurang sehingga pada minggu terakhir puasa tinggal beberapa orang sahaja yang masih ke masjid. Pelbagai iklan dibuat bagi meramaikan jemaah untuk terawih dimasjid dengan banner , dijemput imam-imam hafiz dan pelbagai jenis promosi tetapi bilangan yang kesana masih sedikit. Ada yang mengeluh disebabkan makanan moreh yang tidak mencukupi.

Pasar Ramadhan yang amat banyak, menyebabkan ramai yang rambang mata dan membeli makanan dengan banyak sehingga membazir. Kalau dari segi sedekah kita sebenarnya lebih mampu untuk membuatnya tetapi mungkin itu yang menyebabkan kita susah untuk menginfakkan harta kita disebabkan zon selesa kita. Apa yang kita berlumba-lumba pada bulan Ramadhan? Mengejar rahmat, keampunan dan pembebasan dari api nereka? Atau berlumba-lumba untuk menyiapkan persiapan raya?. Dimanakah kedudukan kita? Apa yang kita raikan?

Meraikan sesuatu mestilah ada sebab daripadanya. Sepertimana kita meraikan kejayaan kita di universiti dengan baju konvokesyen, bergambar, mengucapkan tahniah, jamuan kesyukuran dan sebagainya. Tiada orang yang meraikan kegagalan mereka di universiti. Betul tak?Adakah kita berjaya di madrasah Ramadhan?. Sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri.

Bagi mereka yang berjaya tahniah dan bagi mereka yang tidak berjaya semoga kita dapat sampai dan berjaya pada Ramadhan yang akan datang. Allahumma barikna fi Ramadhan, taqabbalAllahu minna wa minkum ( Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Ramadhan, terimalah amalan kami semua ). Insya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: