Hadiah bagi mereka yang berpuasa

Di antara fadhilat-fadhilat dan keberkatan bulan Ramadhan adalah Allah telah menyediakan pelbagai hadiah bagi mereka yang berpuasa, hadiah khusus bagi mereka yang berpuasa sebenar-benar puasa, yang tidak akan dimiliki oleh orang lain, semoga mereka yang berbuka di bulan Ramadhan mengetahuinya dan semoga mereka yang berpuasa menahan diri daripada makan dan minum sahaja mengetahuinya, agar mereka bersungguh-sungguh mujahadah diri mereka bagi mendapatkannya.


Hadiah pertama : Untuk Allah S.W.T

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Setiap amalan seorang anak Adam itu adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukku dan aku akan mengganjarinya ” Muttafaq Alaih

Hadiah kedua : Pintu Rayyan

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil Rayyan, akan masuk melaluinya mereka yang berpuasa pada hari kiamat tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain daripada mereka, dipanggil : dimana mereka yang berpuasa ? maka mereka pun bangun dan tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain daripada mereka, maka setelah mereka masuk pintu tersebut dikunci, maka tidak akan masuk melaluinya seorangpun ” Muttafaq Alaih

Hadiah ketiga : Lebih harum daripada bau kasturi

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi ” Muttafaq Alaih

Hadiah keempat : Dua kegembiraan

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
“ .. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, pertama : kegembiraan ketika berbuka, kedua : ketika berjumpa Tuhannya ( Allah S.W.T ) ” Muttafaq Alaih

Hadiah kelima : Keampunan dosa-dosa

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebenar-benar puasa diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu ” Riwayat Bukhari

Hadiah keenam : Puasa Setahun

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan maka sebulan menyerupai sepuluh bulan, dan puasa enam hari selepas Aidulfitri dengan demikian lengkaplah puasa setahun ” Riwayat Ahmad

Hadiah ketujuh : Sebab masuk syurga

Daripada Abi Umamah R.A, sesungguhnya dia telah bertanya kepada Rasullullah S.A.W : Wahai Rasullullah beritahulah aku amalan yang dengannya aku masuk syurga, maka Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Puasalah sesungguhnya tiada yang setanding dengannya ” Riwayat Ibnu Khuzaimah dan An-Nasa’i

Hadiah kelapan : Kifarah kesilapan

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Fitnah seorang lelaki yang terdapat pada keluarganya dan hartanya dan jiwanya, dan anaknya dan jirannya dihapuskan oleh puasa dan solat dan sedekah dan menyuruh kepada perkara ma’ruf dan menghalang daripada perkara mungkar ” Riwayat Ibnu Majah

Hadiah kesembilan : Dipelihara daripada azab Allah

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Puasa itu perisai daripada azab Allah ” Riwayat Al-Baihaqi.

Dan sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Tidak seorangpun yang berpuasa sehari dijalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya daripada api neraka pada hari tersebut selama tujuh puluh tahun ” Riwayat An-Nasa’i

Hadiah kesepuluh : Syafaat pada hari kiamat

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Puasa dan Al-Quran merupakan dua syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat, puasa akan berkata : Tuhan sesungguhnya aku telah menghalangnya daripada makan dan syahwat maka jadikanlah aku syafaat baginya, dan Al-Quran akan berkata: Tuhan sesungguhnya aku telah menghalangnya daripada tidur diwaktu malam maka jadikanlah aku syafaat baginya, maka keduanya menjadi syafaat ” Riwayat Thobrani

Marilah kita sama-sama berlumba untuk mendapatkan ganjaran yang telah Allah sediakan bagi mereka yang berpuasa dengan sebenar-benarnya !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: