Ramadhan Bulan Kemenangan

Kegembiraan dan kesejahteraan dalam ketaatan :

Sabda Rasullullah S.A.W yang bemaksud :
Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” riwayat Al-Bukhari.

Pada bulan Ramadhan kegembiraan di dalam hati-hati mereka yang beriman berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain, dimana pada bulan ini terdapat kesejahteraan didalam ibadat-ibadat, berlumba-lumba melakukan amal-amal kebaikan dan kebajikan, berlumba-lumba dalam menjauhi maksiat dan perkara-perkara yang haram, ini menunjukkan penambahan iman di dalam hati-hati mereka, mereka suka bersedekah agar ditulis sebagai ahli syurga, yang mana sebuah pintu ( Rayyan ) daripada pintu-pintu syurga disediakan khas bagi mereka yang berpuasa.

Hubungan sejarah :

Sepertimana pada bulan ini,bulan yang dimuliakan oleh Allah dengan menurunkan Al-Quran rindu orang-orang muslimin kelihatan lebih kuat , berganda kemampuan dan kebaikan, sejarah juga telah menunjukkan kesannya di dalam memelihara agama Islam dan muslimin dimana sejarah telah menegaskan bahawa kebanyakan kemenangan-kemenangan yang besar telah berlaku pada bulan Ramadhan, dan kita tidak rasa bahawa terdapat bulan lain yang mempunyai hubungan yang banyak dengan kemenangan seperti Ramadhan , jadi apakah rahsianya????

Rahsia kemuliaannya :

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Jika kamu menolong ( Agama ) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ” Surah Muhammad : 7

Sesungguhnya mereka yang berpuasa telah berjaya memenangi taat kepada Allah di dalam bulan Ramadhan dari dalam jiwa-jiwa mereka dan mengalahkan maksiat, ini mungkin merupakan rahsia kemenangan yang berulang-ulang bagi orang-orang yang beriman didalam bulan Ramadhan, keadaan iman yang menakjubkan yang dirasai oleh mereka didalam bulan Ramadhan itulah yang telah mendorong mereka untuk mengerahkan segala usaha dan kemampuan mereka bagi mempertahankan agama Islam, dan rindu kepada syurga, maka Allah telah menunaikan janjinya dengan memberikan kemenangan kepada mereka yang beriman.

Kemenangan dan pembukaan dalam bulan Ramadhan

Peperangan Badar : Berlaku pada 2 Hijrah dan merupaka peperangan pertama muslimin menentang kafir. Bilangan tentera musyrikin adalah tiga kali ganda berbanding tentera muslimin.Apabila seorang tentera muslimin mengangkat pedang maka dia akan menghadapi tiga orang tentera musyrikin.Namun begitu ,Allah telah menetapkan kemenangan yang jelas bagi muslimin.

Pembukaan Mekah : Berlaku pada 8 Hijrah dimana Nabi S.A.W berjaya memasuki Mekah secara terbuka, dan ahli Mekah tidak mampu menghalangnya. Pembukaan ini dinamakan “Fathu al-Futuh” kerana selepasnya manusia telah memasuki Islam secara beramai-ramai selepas runtuhnya kubu syirik dan musnahnya berhala-berhala.

Pembukaan BaitulMaqdis : Pada 15 Hijrah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab telah tiba di Palestin selepas suatu peperangan yang sengit bagi tentera muslimin menentang tentera Rom bagi pembukaan Negara Syam.Kunci-kunci Bandar Al-Quds diserahkan dan keamanan jiwa dan harta ditetapkan bagi penduduknya.

Peperangan Al-Qadisiyah : Pada 15 Hijrah tentera muslimin telah memenangi peperangan Al-Qadisiyah yang mana ia merupakan kemenangan yang besar keatas Parsi selepas mereka menetapkan untuk mengumpul tentera-tentera dan panglima-panglima terbaik bagi menghancurkan muslimin secara total.

Permulaan pembukaan Andalus : Pada 91 Hijrah Muslimin telah pergi ke Negara Andalus di bawah pimpinan Tharif bin Malik Al-Barbari, dimana Musa bin Nasir telah mengutus Tharif bagi mengintai peluang bagi memerangi Andalus.

Peperangan Syuzunah : Pada 92 Hijrah telah bermula peperangan Syuzunah di antara Muslimin dengan diketuai oleh Thariq bin Ziad dengan Goth ( Penduduk Andalus ) dibawah pimpinan Lazriq di barat daya Sepanyol ,dan berakhir dengan kemenangan yang besar bagi muslimin.

Pembukaan Sind : Pada 63 Hijrah , Muhammad bin Qasim telah menang keatas tentera Hindi di Sungai Sind dan berakhir dengan pembukaan Negara Sind, dan ia berlaku pada akhir zaman Al-Walid bin Abdul Malik.

Pembukaan Amuriah : Pada 223 Hijrah Al-Mu’tasim menyediakan tentera yang besar bagi menyahut seruan seorang wanita muslimah yang telah ditawan seorang tentera Rom di Amuriah ( sebuah Bandar Rom ) dengan berkata : Aduhai Mu’tasim.Dengannya Bandar Amuriah dapat dibuka dan muslimah tersebut dikembalikan kepada keluarganya.

Peperangan Hittin : Pada 584 Hijrah Solahuddin Al-Ayubi telah memenangi peperangan Hittin menentang tentera Salib dengan kemenangan yang besar dan telah menawan pemimpin mereka Arnot dan BaitulMaqdis berjaya dirampas kembali dari tangan mereka.

Peperangan Ain Jalut : Pada 658 Hijrah tentera muslimin dibawah pimpinan Al-Muzaffar Qatas dan panglima Al-Basil Ruknuddin Papris telah berjaya keatas Tartar yang menghancurkan, yang telah melakukan pelbagai penyembelihan dan kezaliman yang mengerikan.Tentera tartar telah ditimpa kekalahan yang teruk dalam peperangan ini.

Peperangan Oktober : Pada 10 Ramadhan 1393 Hijrah tentera muslimin telah menang ke atas musuh mereka Zionis dan menyucikan Sinai daripada mereka.Namun musuh masih berkuasa ke atas Palestin,dan kita menanti peperangan baru yang akan membebaskannya,dan menyucikan masjid  kita,Al-aqsa daripada kekotoran mereka.

Semoga Allah mengurniakan kita kemenangan pada Ramadhan kali ini. InsyaALLAH.

4 Respons

  1. alhamdulillah, mencerahkan lagi diri tentang sejarah agama Allah ini…. jzkk akhi~🙂

  2. Assalam mu alaikum wr wbt
    Tuan, Maaf saya copy artikel ini.

  3. bagus arikel ni..sgt bermanfaat insyaALLAH

  4. alhamdulillah artikel ni membantu mengenali islam dan sejarah islam . jzkk akhi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: