Keseimbangan Dan Tarbiyah

a1.gif

Daripada Wahab bin Abdullah r.a telah berkata : ” Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, maka pada suatu hari Salman Al-Farisi telah pergi untuk menziarahi Abu Darda’ dan ketika sampai di rumah Abu Darda’ dia ternampak Ummu Darda’ dalam keadaan muram. Maka dia pun bertanya kepada Ummu Darda’ : “Kenapa dengan kamu?”, dia menjawab : ” Saudara kamu Abu Darda’ dia tidak memerlukan dunia. ” . Kemudian Abu Darda’ pun datang dan menyediakan makanan untuknya seraya berkata : ” Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa “. Salman menjawab : ” Aku tidak akan makan sehingga kamu makan “, maka dia pun makan. Apabila tiba waktu malam Abu Darda’ berjaga malam. Salman menyuruhnya tidur, maka dia pun tidur. Kemudian dia jaga lagi untuk berjaga malam dan seperti sebelumnya dia disuruh tidur. Apabila tiba 2/3 malam Salman berkata kepadanya : ” Bangunlah sekarang “, maka mereka berdua pun solat. Kemudian Salman berkata kepadanya : “Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak keatas kamu, dan diri kamu mempunyai hak keatas kamu, dan keluarga kamu juga mempunyai hak keatas kamu, maka berilah setiap sesuatu itu haknya.” Kemudian Salman pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku, Baginda s.a.w menjawab : ” Benarlah apa yang dikatakan Salman.

Pengajaran daripada kisah tersebut :

Pada kisah tersebut terdapat pengajaran yang diperlukan oleh para pendakwah muslimin iaitu diantara ciri-ciri manhaj islami di dalam tarbiyah adalah keseimbangan diantara kekuatan jasmani, kekuatan akal dan kekuatan ruh, dan juga keseimbangan aspek luaran dan dalaman manusia. Sepertimana di dalam firmannya : ” Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu umat pertengahan “. Pertengahan di dalam setiap perkara, seimbang dalam setiap perkara yang dilakukan.

Seseorang manusia mampu meledakkan keseluruhan kekuatan atau potensi yang ada pada diri mereka hanya dengan mengeluarkannya dalam bentuk yang seimbang. Keseimbangan pada pandangan Islam merangkumi setiap urusan manusia, seimbang diantara aspek luaran dan dalaman, seimbang diantara keimanan dengan realiti yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera dan keimanan dengan perkara-perkara ghain yang tidak dapat dirasai oleh pancaindera, seimbang diantara , seimbang diantara sistem ekonomi, sosial dan politik. Keseimbangan di dalam setiap aspek kehidupan.

Rasulullah s.a.w tidak menambah kepada tuntutan Salman Al-Farisi r.a terhadap saudaranya Abu Darda’ r.a supaya menyeimbangkan diantara hak Tuhannya, hak dirinya dan juga hak keluarganya kecuali dengan berkata : “Benarlah apa yang dikatakan Salman.

Begitulah kita lihat bagaimana generasi barisan pertama muslim menyelesaikan sesuatu perkara, kita dapat lihat hasil tarbiyah yang sempurna yang diperolehi daripada Rasulullah s.a.w .Kita dapat lihat tarbiyah yang menyeluruh dan seimbang.Semoga kita sama-sama dapat mencari tarbiyah yang seimbang dan menjadi seperti golongan salafussoleh.

3 Respons

  1. Assalamualaykum wbt,

    Salam ziarah ya akhi…:)

  2. salam ziarah dari ibadmenulis

  3. salam akhi. suatu mesej yg sgt penting utk setiap pemuda terutamanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: