Adakah kita mencintai Rasulullah s.a.w?

masjid-nabawi.jpg

Sempena maulid (ulangtahun kelahiran) Rasul s.a.w marilah kita menilai kembali cinta kita kepada baginda Rasulullah s.a.w?

Jawab soalan-soalan ini kemudian kita nilai sendiri. Sekiranya kita merasakan dengan darjat kita sekarang kita layak untuk mendapat syafaat Rasulullah s.a.w, tahniah… tetapi sekiranya sebaliknya maka lihatlah kepada diri kita dan bersegeralah untuk menterjemahkan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk amalan-amalan bagi membolehkan kita mendapat syafaatnya pada hari kiamat kelak…

1. Adakah kita mengingati semua nama-namanya?

2. Adakah kita mengetahui rupa baginda?

3. Adakah kita ingat mukjizatnya?

4. Adakah kita hafal nama anak-anaknya?

5. Adakah kita sentiasa membaca sirahnya?

6. Adakah kita mencintainya lebih daripada kita mencintai diri dan ibubapa kita?

7. Adakah kita berselawat keatasnya apabila nama baginda disebut?

8. Adakah kita berselawat keatasnya setiap hari?

9. Adakah kita berasa rindu untuk berjumpa dengan baginda?

10. Adakah kita berusaha untuk menghafal hadith-hadithnya?

11. Adakah kamu mempertahankan Rasulullah s.a.w, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya daripada mereka yang menghinanya?

12. Adakah kita berusaha untuk mengikut sunnahnya dalam kehidupan seharian kita?

13. Adakah kita membaca zikir pada setiap pagi dan petang (mathurat) ?

14. Adakah kita mencintai ummahnya dan sentiasa mengerahkan tenaga untuk berdoa dan menasihati ummahnya?

15. Adakah kamu berdoa bersungguh-sungguh agar kamu dapat bertemu dengannya di syurga Firdaus?

16. Adakah kamu berusaha mengerjakan solat-solat sunat, sedekah dan amalan-amalan soleh yang lain?

17. Adakah kamu bercita-cita dan memohon daripada Allah s.w.t supaya kita menjadi salah seorang yang minum daripada dua tangannya yang mulia air dari telaga Kauthar?

18. Adakah kamu berusaha untuk menyampaikan sirah Baginda?

19. Adakah kamu mengusahakan agar manusia berhukum dengan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda?

20. Adakah berdakwah kepada orang lain kearah kebaikan?

Marilah kita sama-sama koreksi diri kita dan terjemahkan cinta kita kepada baginda Rasulullah s.a.w dalam bentuk amalan. Semoga kita mendapat syafaatnya dan menjadi temannya di syurga Firdaus kelak…insyaAllah

Amin….

Satu Respons

  1. Salam…

    Selamat Ramadhan.

    Hubb Nabi Fardhu ke Atas Mukminin

    http://ustazmoden.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: