Cinta Luarbiasa

 

masalah.jpg

Soalan :

Saya seorang pemuda dan saya ingin minta pertolongan bagi menyelesaikan masalah saya :

1. Saya mempunyai seorang sahabat sepengajian (lelaki/sejenis) dan kami selalu bersama, hati saya terpaut padanya dan saya sangat menyayanginya, sehingga sekiranya saya tidak melihatnya sehari saya akan berasa sedih dan susah hati sehingga timbul perasaan cinta yang luarbiasa, bagaimana untuk saya mengatasinya?

2. Masalah kedua saya sangat bimbang dengan masa depan saya, sehingga kini saya masih membujang sedangkan umur saya sudah 26 tahun dan saya mempunyai kemampuan untuk berkahwin.


Jawapan : ( Dijawab oleh Dr. Abd Rahman Uwais . Pensyarah di Universiti Al-Azhar)

Saya nasihatkan supaya kamu kurangkan bersamanya, dan elakkan daripada berdua-duaan dengannya, dan cuba elakkan daripada berfikir tentang perkara tersebut dengan cara kembali kepada Allah dan sentiasa meminta perlindungan daripadaNya, dengan syarat kamu mempunya keazaman, kemahuan dan niat yang benar. Sekiranya niat kamu benar dengan Allah maka ketahuilah bahawa Allah telah menjanjikan bantuan kepada sesiapa yang bermujahadah melawan nafsunya.

Firman Allah s.w.t : ” Dan orang-orang yang berjihad(mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Ankabut : 69

Banyakkan dan sentiasa melazimi istighfar (memohon keampunan kepada Allah) kerana ia memberi banyak faedah .

Firman Allah s.w.t : ” maka Aku berkata (kepada mereka), ” Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun.”. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” Surah Nuh : 10,11,12

Carilah sahabat yang baik yang dapat membantu kamu untuk mentaati Allah dan sentiasa memberikan peringatan.

Bersungguh-sungguh mencari isteri yang solehah dan dapat membantu kamu mentaati Allah s.w.t serta menutup pintu-pintu syaitan. Mintalah pertolongan daripada Allah, dan yakinilah bahawa Allah bersama hamba-hambanya yang beriman, bertakwa dan hamba-hambanya yang soleh.

5 Respons

  1. Ada suatu kisah berkaitan yang saya ingin kongsikan di sini:-

    Berpacaran sebelum mengenal dakwah, dan akhirnya hati tidak mampu utk meninggalkan pasangannya itu walaupun setelah mengenal islam dan praktiknya yang hakiki.

    Biasa sahaja berlaku kes ini. Mujahadah lah kuncinya yang utama.Seorang akh pernah mengalami kisah ini, berbolak balik hatinya “Fulanah tu baik orangnya, dia mmg akan ikut ana, dia akan beri ana pergi usrah”
    “Fulanah tu, walaupun tak kenal dakwah, tetapi solehah orangnya, masakan dia menggangu dakwah jika kami berkahwin?”

    Akhirnya, pendidiknya mengatakan kepadanya, “Niat itu paling utama, anta mengenali Fulanah itu sebelum ini atas dasar apa? Cinta? Nafsu?, pastinya bukan kerana islam dan dakwah kan?”

    Akh tersebut tidak mampu menafikan.Benarlah cinta di alam remaja/persekolahan, cukup didasari nafsu dan mengikut ‘trend’ bercouple.

    Kemudian pendidiknya menyambung “Seperti kisah Nabi s.a.w dan para sahabat dalam pertukaran kiblat, Allah s.w.t menyuruh mereka berpisah dari Kaabah, kerana Kaabah itu terdapat elemen2 kenangan-kenangan semasa ianya dipenuhi berhala, yang boleh menganggu niat suci untuk menyembah dan mengesakan Allah yang satu.Maka dipisahkan selama lebih kurang 18bulan, semata-mata untuk membersihkan jiwa, agar dibulatkan menghadap Kaabah hanya untuk Allah s.w.t, bukan kerana perasaan sayang kepada Kaabah semasa Jahiliah”

    “Maka anta pun sama, jika anta masih mahukan dia, pisahlah, seru kepadanya untuk mengikut tarbiyyah islamiah, hentikan hubungan selama 18 bulan juga, agar niat disucikan, dan hubungan selepas ini dimulakan dengan niat yang baru, iaitu hanya demi Allah dan Rasul-Nya”

    Akh tersebut lantas patuh. Dia tahu bahawa takwin bait muslim bukanlah satu perkara mainan.Hatinya yang berat itu lantas dipaksa, peritnya berpisah langsung ditelan. Hanya demi Allah dan RasulNya, demi melihat dakwah ini tidak gagal di tangga yang ke-2.Mereka berhenti berhubung, dan masing-masing menumpukan kepada tugas menyeru manusia kepada deen.

    Kisah ini bukanlah berlaku kepada 1-2 pasangan sahaja. Ada yang berpisah terus kerana ingin melupakan kenangan2 silam, ada yang kembali disatukan dengan pernikahan setelah ‘tempoh menyucikan niat’ selesai. Terbayang di fikiran saya muka-muka mereka, ada yang dah ada anak satu, yang baru berkahwin, yang masih belum berkahwin pun ada.

    Semoga Allah merahmati mereka yang mengorbankan jiwa dan perasaan, hanya demi memastikan agama ini ditegakkan di dalam diri mereka dengan tulus. Semoga Allah memberi sebaik balasan kepada mereka yang sanggup mengorbankan cinta kepada manusia, hanya demi cinta kepada Allah s.w.t.

    p/s: Maaf panjang, tak sempat nak kongsi haritu.šŸ™‚

  2. er… lebih afdal kahwen ajer…

  3. Minta maaf, ana tak fokuskan, sahabat yang dimaksudkan didalam soalan adalah sahabat sejenis……

    Syukran akhi, satu perkongsian yang ana rasa dapat memberi banyak manfaat.

  4. Sorilah akhi, ana tak perasan. Sejak 2 menjak ni topik ‘berpasang-pasangan’ ni selalu jadi perbincangan.

    Jika mcmtu, pembaca artikel di atas juga mungkin berminat utk membaca penulisan berikut

    http://satuperkongsian.wordpress.com/2008/02/03/ukhuwwah-terlanjur/

    Jazakumullah khairan

  5. terima kasih atas penerangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: