Allah Redha???

tembok-pemisah.jpg

Setiap mereka yang mengaku benar-benar beriman kepada Allah s.w.t pasti mempunyai visi (matlamat akhir) yang sama. Apakah matlamat tersebut ?. Matlamat tersebut ialah mencari mardhotillah (keredhaan Allah). Apabila seorang mukmin mencari keredhaan Allah s.w.t, mereka akan menjadikan apa yang Allah inginkan sebagai timbangan mereka.

Setiap sesuatu yang mereka lakukan ditimbang berdasarkan neraca Allah. Sesungguhnya Keimanan yang sebenar kepada Allah s.w.t diukur dengan sejauh mana mereka melaksanakan tuntutan iman. Adakah kita merasakan bahawa diri kita telah benar-benar beriman?. Adakah kita telah melaksanakan segala tuntutan iman. Iman bukan hanyalah sesuatu yang kita angan-angankan atau hanya lafaz kata-kata tetapi iman adalah sesuatu yang akan terpancar di dalam kehidupan sehariaan kita.

Diantara tuntutan iman yang tercatat di dalam Al-Quran Adalah firman Allah yang bermaksud : ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara...“. Adakah kita telah melaksanakan tuntutan iman kita?. Sekiranya kita melihat dengan sebelah mata kita akan merasakan ya “ya aku dah laksanakan” tetapi apabila kita melihat realiti yang berlaku dengan kedua-dua belah mata kita, kita akan merasakan banyak lagi tuntutan-tuntutan atau hak-hak tersebut yang kita tidak laksanakan.

Isu Palestin adalah suatu isu yang telah berulang-ulang kali kita dengar. Sehinggakan sebahagian daripada kita berasa bosan mendengarnya.Tetapi yang menjadi persoalan disini bukanlah berapa kali kita mendengar isu ini tetapi ia menyentuh apakah sumbangan atau usaha yang telah kita lakukan terhadap negara dan rakyat Palestin. Kita berada di rumah kita dalam keadaaan selesa sedangkan umat Islam di Palestin tidak mempunyai tempat tinggal. Kita berasa selesa dan panas dengan pakaian-pakaian kita sedangkan mereka kesejukan dengan pakaian mereka yang nipis. Kita kenyang dengan makanan yang banyak sedangkan mereka keluar tembok pemisah semata-mata untuk mencari makanan dan susu untuk anak-anak kecil.

Mereka dikepung di Gaza dan diboikot. Tiada makanan, pakaian dan tempat tinggal. Rasulullah s.a.w pernah bersabda ” sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan muslimin maka dia bukan sebahagian daripada mereka “. Sekali lagi kita tanya kepada diri kita adakah kita seorang mukmin?. Sekiranya ya, adakah kita telah melaksanakan tuntutan iman dengan sebenar-benarnya?.Dan adakah Allah akan redha sekiranya kita hanya melakukan ibadah kepadanya dan tidak berbuat apa-apa terhadap saudara-saudara kita (muslimin) yang ditindas dinegara-negara lain. Allah s.w.t redha?.Allah redha?.

Contoh mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan imannya adalah Abu Bakr As-Siddiq. Ketikamana dia mendengar Bilal diseksa, dengan segera dia mengeluarkan hartanya untuk menebusnya. Dia memahami bahawa Bilal adalah saudaranya dan dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai saudara. Kita bagaimana?

Jadi ikhwah yang dikasihi, marilah kita sama-sama memberikan segala sumbangan yang kita mampu bagi membantu dan memenangkan saudara kita yang memerlukan. Inilah tanggungjawab kita. Ingat! sesungguhnya setiap tindakan kita samada baik dan buruk akan dipersoalkan. Setiap diam kita juga akan dipersoalkan di akhirat nanti. Allah tidak akan tanya apakah natijah usaha kita tetapi dia akan tanya apakah usaha kita?

Semoga kita termasuk dikalangan mereka yang membenarkan iman mereka. Jadi sama-sama kita koreksi kembali setiap perbuatan kita dan setiap diam kita. Adakah Allah redha??.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: