Pesanan Akhir As-Syahid Syed Qutb

qutb11.jpg
PESANAN AKHIR
(Pesanan Syed Qutb yang ditulis menjelang syahid di tiang gantung)
Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku,
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu,
Maka Di Atas Tulang-Belulangku, Yang Hancur Luluh,
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini,
Dan…
Teruskan Perjalanan ke Mercu Kejayaan.
Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan,
Bagi Mendapatkan Kekasih Yang Sedang Merindu,
Taman-Taman Di Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku,
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku,
Bahagialah Hidupku Di Alam Abadi.
Saudara!
Durjana Kegelapan Pasti Akan Hancur,
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi,
Biarlah Rohku Terbang Mendapatkan RIndunya,
Janganlah Gentar Berkelana Di Alam Abadi,
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar…
Sesungguhnya ramai daripada golongan yang terdahulu telah mengorbankan segala yang ada pada diri mereka bagi membolehkan sinar Islam sampai kepada generasi kita. Keindahan Islam yang kita dapat kecapi pada hari ini adalah hasil daripada titik peluh dan titisan darah perjuangan mereka yang telah terdahulu. Semoga Allah merahmati mereka.
Marilah saudara sekalian, kita menyahut seruan As-syahid Syed Qutb. Marilah kita sama-sama mengerahkan seluruh tenaga dan kemampuan kita bekerja untuk Islam. Semoga kita juga sama-sama berjaya meraih cinta Allah s.w.t.
InsyaAllah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: