Kesatuan Matlamat Merupakan Satu Nikmat

0061.jpg

Sebuah rumahtangga muslim adalah suatu nikmat yang besar. Apabila kita teliti dan analisis kembali kita akan dapat singkap rahsia bahawa ianya adalah nikmat kesatuan matlamat. Matlamat inilah yang dapat menjadikan seseorang individu muslim menyerahkan segala urusan dan kehidupannya semata-mata kerananya. Itulah dia matlamat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Undang-undang Rabbani telah menetapkannya seperti di dalam firmanNya yang bermaksud : “Katakanlah (Muhammad) sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian Alam“. Undang-undang manusia juga ada menyebut, : “Sesungguhnya rahsia kejayaan di dalam hidup ini adalah kesatuan matlamat, itulah yang akan menjadikan seseorang manusia fokus untuk melaksanakan segala urusannya.

Matlamat yang satu dalam setiap urusan

Kehidupan manusia apabila disandarkan kepada matlamat yang satu (syurga dan keredhaan Allah s.w.t) setiap perkara akan mempunyai penyelesaian. Perkara-perkara aulawiyat (yang utama) akan disusun mengikut keutamaan dan menjadi bersistem. Mereka akan bersabar diatas segala urusan. Mereka akan terus mara untuk berjaya selagimana ada ruang untuk melangkah.

Kesatuan matlamat dan perkahwinan

Sesungguhnya perkahwinan seorang muslim yang mempraktikkan agamanya dengan seorang muslimah juga mempraktikkan agamanya akan menghasilkan kesatuan matlamat di dalam rumahtangga muslim. Apabila begitu, masing-masing akan berkhidmat untuk matlamat yang satu, bersama-sama untuk melaksanakannya. Mereka akan rasa bahawa pasangannya dan anak-anaknya merupakan amanah yang akan ditanya dan bukannya miliknya. Maka akan bertukar perasaan dan naluri masing-masing kepada cinta kerana Allah. Cinta kerana Allah akan kekal dan cinta yang disandarkan kepada perkara lain akan hilang dan tidak kekal.

Apabila sesebuah rumahtangga mengangkat (Allah matlamat kami) sebagai syiar dan matlamat, maka setiap kewajipan kemasyarakatan yang ditunaikan terhadap jiran-jiran dan orang lain akan benar-benar dikira sebagai suatu usaha. Ini kerana dengan menunaikannya mereka akan diberi saham dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagaimana sekiranya berbeza matlamat?

Sesunggguhnya terhalang daripada mengecapi nikmat kesatuan matlamat merupakan suatu mudharat. Demikian kerana apabila suami dan isteri masing-masing mempunyai matlamat yang berbeza, mereka tidak akan menemui titik pertemuan.Seakan-akan seorang isteri dicampak tugas untuk menjaga maslahah anak-anak sahaja, dan suami pula hanya sibuk dengan tugas mencari rezeki. Ataupun seorang isteri inginkan kebaikan yang berkaitan dengan akhirat sahaja, dalam masa yang sama suaminya inginkan kebaikan di dunia dan akhirat ataupun sebaliknya. Dari situ kita dapat lihat keutamaan yang berbeza, dan pendapat yang berbeza-beza dan perkara-perkara sebegini boleh membawa kepada pepecahan atau pepisahan.

Mensyukuri Nikmat

Kita wajib mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita sepertimana di dalam firmanNya : “Syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya“. Dan mensyukuri nikmat kesatuan matlamat ini adalah dengan menerima seorang suami atau isteri pasangannya. Apabila salah seorang daripada mereka melakukan sesuatu yang tidak disukai, pasangannya akan menegurnya, isteri akan patuh dan suami akan berlembut dengan isterinya. Dan mereka akan mendapat ganjaran di atas penat lelah dan usaha mereka mentarbiyyah anak-anak. Ini kerana mereka ditarbiyyah (dididik) dengan matlamat. Satu hadaf (matlamat) telah disepakati, satu matlamat yang menyatukan suami isteri dan juga anak-anak. Matlamat mencari syurga Allah s.w.t dengan redhaNya…

Marilah kita menjadi seperti mereka yang telah menyerahkan segala-galanya bagi mencapai matlamat keredhaan Allah s.w.t

Allah Matlamat Kami !!

2 Respons

  1. assalamualaikum izinkan saya linkkan blog ini ya…menarik sangat..banyak ilmu pengetahuan yg sy dapat…….

  2. Ws..
    silakan…
    semoga beroleh manfaat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: