Semuanya Bermula Dengan Langkah Kali Pertama

hamzah-2.jpg

“Ana tak pernah buat ustaz, bagi dialah buat,dia dah biasa” inilah ungkapan yang sering kita dengar hatta kita sendiri sering mengucapkan kata-kata seperti ini. Apabila kita diminta atau kita diperlukan untuk melakukan sesuatu perkara ungkapan ini sering terucap dari bibir kita.

Apabila diminta ,”Anta tolong jadi pengerusi…” , kita menjawab “ana tak biasa, minta dia jadi”. “Anta tolong bagi pengisian”, kita jawab “dialah, dia hebat bercakap”Kita akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melaksanakan satu tugasan atau keperluan dengan alasan-alasan tersebut. Tapi sampai bila kita akan terus mengelak?

Suatu hari kawan saya datang melawat. Ketika dia memegang anak saya dia berkata “dia tak nangispun, biasanya anak-anak ustaz kat sini bila dengan orang lain je nangis”, saya menjawab “dia dah biasa ikut pergi program, dah biasa ramai orang”. Jelas dari situ, kita mendapat pengajaran.

Apabila kita memerhatikan pembesaran seorang bayi kita akan mendapat pengajaran bahawa semuanya bermula dengan langkah yang pertama. Tiada seorang individu yang dapat terus berjalan setelah lahir. Kita akan melihat bayi tersebut merangkak untuk kali pertama, mula berdiri, seterusnya melangkah untuk berjalan. Begitu juga bercakap…dll

Seorang yang fasih berkata-kata dan telah biasa memberikan pengisian atau muhadharah di hadapan orang ramai juga bermula dengan kali pertama. Tidak akan ada kali yang kedua tanpa melalui kali yang pertama. Hatta mereka yang melakukan sesuatu untuk kali yang keseribu juga memulakan langkahnya dengan kali yang pertama. Setiap individu yang hebat adalah individu yang berani memulakan langkahnya.

Begitu juga tarbiyah, ia akan mendidik seseorang individu itu kearah yang lebih baik, mandidik daripada tidak mengetahui sesuatu kepada tahu. kita yang akan membentuk dan mengarahkan diri kita, kita yang akan memilih untuk mengelak ataupun melangkah. Firman Allah Taala yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka“.

Keadaan ummat Islam pada masa kini menuntut tindakan daripada kita. Bagaimana keadaan umat Islam di Palestin, ketika kita dalam keadaan aman mereka kebuluran, ditindas dan dibunuh. Begitu juga keadaan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain.Kita tidak boleh mengambil ringan dengan menganggap orang lain sudah berbuat sesuatu. Cuba kita bayangkan sekiranya setiap umat Islam berfikir sepertimana kita?.Bagaimana untuk memastikannya?

Ayuh wahai saudaraku, satu sahaja cara untuk kita memastikan ada tindakan atau bantuan yang diberikan kepada umat Islam iaitu dengan kita sendiri yang bertindak dan mengajak orang lain kearah itu.

Jadi wahai saudaraku, ledakkanlah segala potensi yang ada pada diri kita, sumbangkan segala apa yang kita mampu. Masa, tenaga, wang, tulisan dan apa sahaja yang boleh membantu menyelamatkan umat Islam.”Should we still remain silent? . No! Silence is not an option”.Diam bukanlah satu pilihan.Mulakanlah langkahmu…

silence.jpg

3 Respons

  1. jazakallahukhairan akh..
    insyaAllah ana nak belajar main bola😉

    there is always a first time =)

  2. artikel yang sangat menarik..:)

  3. wah. betulla ustaz. saya mmg takut nak bagi pengisian. sampai sekarang. dan sampai sekarang pun saya masih mengelak2.huhuhu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: