Muhajir masa kini

pic1900.jpg

Bagi muhajir ( mereka yang berhijrah ) tanda-tanda, sifat-sifat dan ciri-ciri asasi yang perlu ada pada mereka. Setiap daripada kita akan mencari sifat-sifat tersebut dan menuntutnya supaya dapat dilaksanakan dalam diri kita. Antara sifat-sifat tersebut :

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang sentiasa berniat jihad dan mencintai syahid.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang mengerahkan seluruh kudrat dirinya, kemahirannya, bakatnya bagi membantu dan memenangkan agama Allah, dan mereka-mereka yang mengerahkan fikrahnya, ilmunya dan tulisannya bagi menyebarkan agama Allah dan dakwah kepada Allah.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang membebaskan dirinya daripada setiap ikatan yang dapat menghalangnya daripada bergerak atau berdakwah untuk agamanya seperti bakhil, rasa takut atau penakut, rasa malas dan lemah.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang dibenci oleh musuh-musuh mereka akibat dia menghalangnya daripada permusuhan terhadap dakwahnya.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang berhenti seketika untuk bermuhasabah kembali fikrahnya dan dirinya, membebaskan dirinya dari setiap perasaan dengki, dan segala yang perkara yang dapat menghalangnya daripada melangkah laju ke arah matlamat dakwah kepada Allah.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang mengambil ciri-ciri asasi perubahan bagi membaiki ummah dan membangun dengannya.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini adalah mereka yang berhijrah daripada setiap sifat yang tidak layak bagi seorang pendokong dakwah kepada Allah.

• Mereka yang berhijrah pada jalan Allah pada hari ini yang terakhir adalah mereka yang berhijrah daripada setiap apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

Salam Maal Hijrah semoga kita semakin hampir dengan Allah s.w.t…. InsyaAllah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: