Kisah Khabbab ibnu Al-Arat

02802.jpg

Daripada Abi Abdillah Khabbab ibnu Al-Arat r.a telah berkata kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di bawah bayangan kaabah : “ menangkanlah kami, doakanlah kami ? ” maka baginda menjawab : “ Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi – sehingga bercerai daging dan tulangnya-, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari son’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala terhadap ternakannya, tetapi kamu tergesa-gesa.

Pengajaran daripada kisah ini

Kisah ini telah menunjukkan kepada kita beberapa sunnah daripada sunnah-sunnah Allah:

  • Ujian

Inilah jalan yang sebenarnya. Tidak ada jalan bagi membentuk sebuah jamaah yang mampu untuk menanggung beban dakwah (dakwah kepada Allah) dan menanggung tanggungjawab-tanggungjawabnya kecuali dengan melalui ujian. Inilah cara mentarbiah jamaah tersebut dan mengeluarkan ciri-ciri asasi dirinya dari segi kekuatan dan kebaikan. Ujian tersebut adalah untuk menetapkan (thabat) atau membentuk mereka yang menjadi teras di dalam dakwah ini. Mereka inilah yang mampu akan menanggungnya , bersabar di atas jalan ini dan mengangkat panji-panji Islam melawan musuhnya.

Bentuk ujian dan fitnah adalah pelbagai mengikut perbezaaan masa tetapi kaedahnya tetap sama kaedah yang satu, seperti firman Allah : “ Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirmu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan.

Dan Firman Allah Taala : “ Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan kami uji perihal kamu. ”

Diatas dasar inilah Rasulullah s.a.w telah memalingkan pandangan Khabbab bin Al-Arat kepada sunnah ini “Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi – sehingga bercerai daging dan tulangnya-, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya. ”.

Inilah sunnah dakwah yang akan dilalui oleh mereka dan mereka yang telah mendahului mereka meniti jalan ini. Dan jalan ini juga yang akan dilalui oleh mukminin selepas mereka. Sesunggguhnya sunnah Allah tidak akan berubah.

  • Kemenangan

Hadith tersebut juga ada menceritakan tentang sunnah Allah terhadap kemenangan , firman Allah : “ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. ” dan firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Sekiranya hakikat keimanan telah tetap di dalam jiwa-jiwa, dan mereka bersabar terhadap ujian, tajarrud (semata-mata) kerana Allah, membina Islam di dalam jiwa-jiwa mereka dan di dalam realiti, akan datanglah kemenangan Allah.

Diatas dasar ini jugalah, Rasulullah s.a.w memalingkan pandangan Khabbab bin Al-Arat kepada sunnah rabbani “ sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari son’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala terhadap ternakannya, tetapi kamu tergesa-gesa.

Firman Allah : “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu.”. Kemenangan yang akhir bergantung kepada kemenangan yang awal, kemenangan di alam realiti tidak akan dapat dicapai kecuali selepas sempurnanya kemenangan pertama.

Inilah sunnah rabbani yang telah dilaksanakan oleh generasi yang terdahulu (salaf). Dan ini jugalah yang sepatutnya difahami dan dipraktikkan oleh anak-anak generasi harakah islamiyah dan memenangkan dakwah.

Wallahua’lam

Satu Respons

  1. […] kembali kisah ujian yang dihadapi oleh keluarga Yasir, Sumaiyah (Wanita pertama yang syahid), Khabbab ibn Al-Arat yang dipanggang. Sabda Rasulullah s.a.w kepada keluarga Yasir : ” Sobran Ya al Yasir, inna […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: