Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat

swahlcom_bf35.gif

Firman Allah Taala : “ Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ”. Berangkatlah (untuk berjihad) dalam apapun keadaan kamu, dan berjihadlah dengan jiwa-jiwa dan harta-harta kamu, dan janganlah suka berhujah dan mencari keuzuran, jangan tunduk kepada halangan. Yang demikian itu adalah lebih baik bagikamu jika kamu mengetahui.

Sesungguhnya mukminin yang benar-benar ikhlas mengetahui hakikat ini, mereka berangkat dalam keadaan halangan berada di hadapan mereka, keuzuran berada di depan mata sekiranya mereka ingin mencari keuzuran. Allah telah membuka hati-hati mereka dan meluaskan bumi ini bagi mereka. Mereka telah memuliakan kalimah Allah dan Allah telah memuliakan mereka dengan kalimahNya. Allah telah merealisasikan di atas tangan-tangan mereka pelbagai perkara yang dianggap luar adat di dalam sejarah pembukaan.

Abu Talhah r.a telah membaca surah At-Taubah sehinggalah apabila sampai kepada ayat ini beliau telah berkata : “ Sediakan aku untuk berperang wahai anakku ”, anaknya menjawab : “ Allah telah merahmati kamu, sesungguhnya kamu telah berperang Rasulullah sehingga baginda wafat, dan bersama Abu Bakr r.a sehingga beliau meninggal, dan bersama Umar r.a sehingga beliau wafat, maka sekarang kami akan berperang bagi pihakmu.”. Tetapi beliau menolak dan meninggal ketika bersama tentera merentasi lautan. Mereka tidak menemui benua untuk ditanam jenazah Abu Talhah sehinggalah selepas sembilan hari. Apa menjumpainya beliau telah ditanam dan keadaan beliau tidak berubah sedikitpun.

Hayyan bin Zaid telah berkata : “ Kami telah berangkat (untuk berjihad) bersama Safwan bin Amru, dan aku melihat beliau seorang yang tua dan lemah. Maka aku telah berjumpanya dan berkata kepadanya “wahai pakcik, sesungguhnya Allah telah memberi keuzuran kepadamu”. Maka beliau mengangkat keningnya dan berkata : “ Wahai anak saudaraku sesungguhnya Allah telah memerintahkan kita supaya berangkat samada dalam keadaan ringan atau berat. Bukankah Allah akan menguji sesiapa yang dia cintai, kemudian mengambilnya untuk kembali dan kekal, dan sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambanya yang bersyukur, bersabar ,mengingatinya dan tidak mensyirikkanNya”.

Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sahabat inilah Islam telah tersebar di atas muka bumi ini. Mengeluarkan manusia daripada penghambaan hamba kepada hamba kepada penghambaan kepada Allah s.w.t , dengan itu hilanglah segala yang dianggap luar adat dalam pembukaan pembebasan yang unik itu.

Demikianlah bagaimana generasi awal Islam memahami perintah rabbani, dan demikianlah kesungguhan mereka dalam melaksanakan arahan tersebut. Jadi adakah para duat pada hari ini mewarisi kesungguhan generasi awal tersebut, berangkat dalam keadaan ringan dan berat, berjihad dengan jiwa dan harta mereka di jalan Allah? Sekiranya begitu maka mereka layak untuk menjadi khalaf yang terbaik di kalangan terbaik.

Wallahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: