Kewarganegaraan Muslim adalah Akidahnya

Islam

Muslimun adalah umat yang satu ” , inilah kata-kata yang telah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam perlembagaan yang telah ditetapkan pada hari bertapaknya Islam di Madinah Al-Munawwarah. Perjanjian tersebut telah menyusun pelbagai jenis manusia – Muslimin, yahudi dan munafiq. : “ Sesungguhnya muslimin adalah dari kalangan Quraish, Yathrib dan sesiapa yang mengikut jejak mereka dan termasuk dikalangan mereka serta berjihad bersama mereka adalah umat yang satu”.

Sekiranya hari ini merupakan hari lahirnya daulah islamiyyah, maka ia juga merupakan hari dimana ditetapkan perlembagaan : “ Sesungguhnya Muslimin adalah umat satu

Perkara tersebut jelas di dalam jiwa seorang mukmin, diatas dasar tersebut ditetapkan jiwanya dan diatas dasar tersebut juga disandarkan segala urusannya dan perbuatannya. Apabila terpesong salah seorang dari dasar tersebut akan dikatakan kepadanya : “ Sesungguhnya terdapat pada diri kamu sifat-sifat jahiliyyah ”. Maka dengan segera dia akan beristighfar dan kembali bertaubat.

Tawanan Badar :

Ketika tentera muslimin mendapat kemenangan di Badar, sebahagian tentera musuh terbunuh dan sebahagian lagi menjadi tawanan. Maka Rasulullah telah bermesyuarat bersama para sahabat tentang tawanan-tawanan tersebut, maka Umar Al-Khattab telah memberikan pandangannya : “ Pada pandanganku kau serahkan kepadaku si fulan – kerabat Umar – dan aku akan pancung kepalanya, dan kau serahkan kepada Ali, Aqil bin Abi Talib supaya dipancung kepalanya dan kau serahkan kepada Hamzah – saudaranya – supaya dipancung sehinga Allah mengetahui bahawa tiada pada hati-hati kami perasaan belas terhadap musyrikin.

Begitu kita dapat melihat satu gambaran yang jelas, satu gambaran yan hidup bagaimana generasi sahabat melaksanakan tuntutan akidah tersebut. Bagaimana mereka tidak menunjukkan belas kepada mereka yang memerangi Islam hatta terhadap saudara-saudara, anak-anak, bapa-bapa, dan ibu-ibu mereka. Mereka meletakkan kedudukan ukhuwwah berlandaskan akidah dihadapan pertalian darah.

Pemisahan yang sempurna : Pemisahan diantara bapa dan anak dari suatu sudut dan di antara iman dan syirik dari sudut yan lain.Pemisahan tersebut tidak diambil ringan atau diremehkan. Dan tiada suatupun panji-panji yang melebihi panji-panji iman.

Ahmad dan Baraz telah meriwayatkan bahawa Abdullah bin Zubair r.a berkata : Qatilah binti Abdul Uzza ( ibu kepada Asma’ binti Abu Bakr r.a ) telah memberikan hadiah kepada Asma’ binti Abu Bakr r.a sedangkan dia adalah seorang kafir. Maka Asma’ enggan menerima hadiahnya dan tidak membenarkannya masuk, Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut,maka Allah telah menurunkan firmanNya : “ Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” Maka Rasulullah mengarahkannya supaya menerima hadiah ibunya dan membenarkannya masuk.

Islam adalah pemisahan yang sempurna dari segala bentuk penyekutuan Begitulah yang difahami oleh Asma’ seorang yang ditarbiah di dalam madrasah kenabian. Beliau tidak membenarkan ibunya yang kafir memasuki rumahnya sehinggalah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w.

Para da’I dan da’iyah pada generasi salafus saleh amat memahami isu tersebut,mereka dapat membezakannya, beriltizam dengannya dan akhirnya menjadi pemimpin dakwah, pengasas daulah dan contoh teladan (qudwah ) kepada seluruh alam.

Kewarganegaraan Muslim

Tetapi kini, realiti yang kita dapat lihat, sebahagian muslim hatta mereka yang mendakwa diri mereka sebagai para pendakwah mengangkat bendera-bendera jahiliyyah yang mereka pilih di bawah panji-panji mereka. Ini dari bandar ini, itu dari negara si fulan , yang ini bertutur dalam bahasa ini, yang itu bertutur dengan bahasa yang lain, yang ini arab, yang itu turki, yang ketiga dari Afghanistan dan yang keempat dari negara yang lain.Inilah antara kata-kata yang sering dituturkan.

Maka dengan berada di bawah bendera-bendara jahiliyyah tersebut, muslimin telah digelarkan dengan gelaran-gelaran atau dinasabkan dengan nasab-nasab tersebut. Mereka memerangi antara satu sama lain, ,menumpahkan darah satu sama lain atas dasar asabiyah ( fanatik ). Jadi di manakah golongan yang suci agamanya yang telah mendakwa khidmatnya dan wala’nya kepada Allah s.w.t ?

Akhi fillah,

Sekiranya kita inginkan Islam tertegak dia atas muka bumi ini maka kita perlu meniti jalan yang telah dilalui oleh generasi salafus saleh. Generasi yang telah berjaya menegakkan Islam di atas muka bumi ini selama 1400 tahun. Kita hendaklah mengikut jejak langkah mereka, beriltizam dengannya dan menetapkan di dalam jiwa-jiwa kita bahawa kewarganegaraan muslim adalah akidahnya.

Wallahua’lam…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: