Sempadan Ukhuwwah

sempadan-ukhuwwah.jpg

Sekembalinya tentera muslimin dari kepungan terhadap yahudi bani Nadhir, pelbagai harta fai’ ( harta yang diperolehi dari musuh tanpa berlakunya peperangan ) telah dapat dikumpul oleh tentera muslimin. Apabila tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta-harta tersebut diantara golongan muhajirin. Dan golongan Ansar tidak mendapat bahagian dari harta-harta tersebut kecuali dua orang sahabat yang fakir sahaja iaitu Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah .

Tindakan Rasulullah s.a.w adalah disebabkan golongan muhajirin merupakan mereka yang lebih berhak mendapat harta tersebut apabila mereka terpaksa berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala harta milik mereka di Mekah semata-mata kerana akidah mereka.

Pendirian yang diambil oleh golongan Ansar terhadap tindakan Rasulullah telah mendedahkan satu gambaran ukhuwwah yang sebenar, satu gambaran ukhuwwah yang amat ideal. Sekiranya peristiwa tersebut tidak dirakamkan di dalam Al-quran nescaya tidak ada seorangpun yang akan percaya dengannya berlakunya peristiwa tersebut.

Kita lihat kepada jawapan golongan Ansar apabila diberi pilihan oleh Rasulullah s.a.w, ” Sekiranya kamu mahu, kamu boleh membahagikan kepada muhajirin rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu berkongsi bersama mereka harta ghanimah ini. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh mengambil semula rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu tidak mendapat apa-apa dari harta ghanimah ini.” . Maka Ansar menjawab : ” Malah kami akan membahagikan harta-harta kami dan rumah-rumah kami dan kami akan memberikan harta ghanimah tersebut kepada mereka dan tidak berkongsi bersama mereka. “.

Tindakan golongan Ansar ini telah diberikan pujian oleh Allah s.w.t dalam FirmanNya yang bermaksud : “Dan orang-orang ( Ansar ) yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman sebelum ( kedatangan ) mereka ( Muhajirin ), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka ( Muhajirin ), dan mereka mengutamakan ( Muhajirin ) keatas diri sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan sesiapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang yang beruntung. .

Begitulah ukhuwwah yang difahami oleh generasi sahabat. Kesan kemanisan ukhuwwah yang lahir dari ikatan iman dan akidah. Apakah kesan tersebut masih lagi wujud pada masa kini?. Sejauhmanakah kita memahami ukhuwwah tersebut jika dibandingkan dengan para sahabat. Lebih penting lagi, sejauhmanakah kita melaksanakan tuntutan ukhuwwah tersebut.

Perkara kedua yang ditekan oleh Rasulullah ketika tiba di Kota Madinah adalah ukhuwwah. Selepas Rasulullah membina Masjid, baginda telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Ini menunjukkan betapa tingginya nilai ukhuwwah di dalam Islam.

Musuh Islam juga ketika mereka menjatuhkan khilafah, perkara pertama mereka lakukan adalah memisahkan negara-negara Islam dan menjadikan sempadan bagi setiap negara supaya umat Islam lupa bahawa mereka adalah umat yang satu. Hatta musuh Islam sendiri mengakui bahawa ukhuwwah islamiyyah merupakan kekuatan umat Islam. Bagaimanakah dengan kita?

Kini ukhuwwah merupakan suatu nikmat yang semakin hilang dari umat Islam. Hilang tanpa disedari. Umat Islam sudah termasuk ke dalam jaring musuh-musuh Islam. Umat Islam kini tidak mengambil peduli apa yang berlaku terhadap saudara-saudara mereka yang hanya dipisahkan oleh sempadan negara. Kini umat Islam bukan sahaja tidak mengambil tahu tentang saudara di sebalik sempadan negara, malah jiran sendiripun tidak diketahui.

Perancangan musuh-musuh Islam ini telah berjaya sehingga golongan Azhari yang merupakan harapan umat Islam juga termasuk ke dalam jaring tersebut. Kita melihat bagaimana ramai dari mereka hanya menjalinkan ukhuwwah diantara mereka yang sama negeri sahaja. Bukan sama negara tetapi sama negeri. Mereka yang datang dari negeri yang lain tidak mendapat hak ukhuwwah yang sama. Begitu sempit ukhuwwah tersebut.

Akhi ,

Kita sering mendengar dan membaca Firman Allah : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.”, tetapi sejauhmana kita beriman dan melaksanakan tuntutan ayat tersebut?. Adakah kita telah menunaikan hak-hak saudara seagama kita?. Ingatlah ukhuwwah islamiyyah tidak mengenal sempadan. Selagimana disana terdapat seorang mukmin yang mengucapkan kalimah syahadah maka hak-hak ukhuwwah wajib ditunaikan.

Semoga sempadan ukhuwwah ini berjaya dirobohkan. InsyaAllah suatu hari nanti…

2 Respons

  1. awbt.nice en3!satu isu yg perlu diambil perhatian utk menyatukan kembali umat islam

  2. Salam
    Ukhuwwah adalah segalanya
    Terima kasih
    Dua Pusaka http://www.duapusaka.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: