Raya Aidilfitri 1430H

Hamzah & Adik Sofiyyah

Hamzah bersama Sofiyyah. Belum ada banyak gambar lagi sebab kamera tiada bateri..Ini gambar dari webcam.
Di Zoo Iskandariah
Pada akhir bulan lepas saya bawa Hamzah ke Zoo Iskandariah. Ini merupakan kali pertama saya ke zoo di Mesir setelah beberapa tahun berada disini. Semua itu kerana gambaran-gambaran yang diberikan oleh ‘orang-orang lama’ menyebabkan tiada keinginan untuk ke sana. Tetapi kerana tiada tempat yang menarik untuk membawa si asad kecil ni, saya pun membawa dia ke sana.
Bayaran masuk hanya segenih seorang (dlm 70 sen). Setelah masuk dikandang pertama adalah seekor kuda padi, kandang kedua kambing, ketiga kambing, keempat kambing gurun, kelima rusa, (mmm memang seperti yang digambarkan). Kemudian adalah seekor beruang yang kelihatan sudah tua dan tidak terurus.2 ekor unta, 2 ekor badak air, 2 ekor burung unta dan beberapa ekor singa dan binatang lain.
Ada penjaga yang menawarkan kepada pelawat untuk memberi makanan kepada haiwan dengan bayaran sekian. Terfikir pula mungkin haiwan-haiwan ini hanya dapat makan semasa ada pelawat. Ada banyak juga sangkar yang kosong. Ada sangkar yang tertulis beruang kutub tetapi hanya ada anjing didalamnya mungkinkah kerana haiwan dalam tersebut telah mati kepanasan atau kelaparan hmmm kesian..
Semasa disana Hamzah berlari kesana dan kemari, susah untuk mengambil gambar. Tetapi haiwan yang menjadi kegemarannya tetap kucing. Di sana dia asyik berlarian mengejar kucing. Agak banyak kucing yang berada di sana di dalam dan luar sangkar. Haiwan yang menarik perhatian utama Hamzah.
Takpelah, yang penting Hamzah seronok disana..
Sedikit gambar Hamzah dengan beberapa ekor Haiwan. Susah untuk membuatkan dia melihat kearah kamera..










Di Montazah, Iskandariah
Didepan istana Raja Farouq
Baru belajar nak tangkap gambar..
Rock Garden.
Merenung dan mengkaji sebab kejatuhan Raja Farouq
Hmm, sedapnya dapat rasa rumput kat Mesir
Baru belajar nak tangkap gambar 2
Memikirkan masalah umat
cepat-cepat!!
melihat ke arah laut..
Letih dah..
Rehat sekejap..
Duk dalam lobang..
Cuba menjinakkan kucing.. (Sepanjang kat sana asyik kejar kucing n burung)
Akhirnya Hamzah bersama Asad..Jom balik!
Hamzah & HK2 ISMA-Mesir
Gelagat kanak-kanak bawah dua tahun di Hari Kesenian dan Kebudayaan…

Baru sampai dah tidor
Baru bangun tido…
Tengok skit gambar tadi…
Menghayati pertandingan nasyid..
Seni tidor…
Letih bernasyid
Hmmm…
Pertandingan main belon..
Dah habis ke?

Tido lagi… bakat berjaya dicungkil???






































hehe, comel jer hamzah, talented sungguh dlm seni tidor… btw, ana link kan blog nta dr blog ana ek, jemput2 ziarah, hehe^_^
~Salam ziarah dan ukhuwah juga…… syoukran yer ustaz =)
hamzah dh nk gi mansurah…huhu
alahai..comey bangat hamzah!!camni la abu hamzah..letak gambar banyak2 lagi..:x rindu hamzah!! cepat la balik malaysia..
Tunggu Beeb mai sini
PENCALONAN ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20
ASSALAMUALAIKUM WBT…
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) iaitu ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20 bagi kategori LAMAN WEB BERUNSURKAN KEISLAMAN,
1. LAMAN WEB/BLOG BERUNSUR ISLAM INDIVIDU TERBAIK
2. LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM ORGANISASI TERBAIK
Anda boleh mendapatkan borang tersebut di: http://www.islam.gov.my/portal/ . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustazah Nik Suhaila Nik Mohammad (Bahagian Penerbitan) di talian 03-88864452 atau melalui e-mail: niksuhaila@islam.gov.my .Penyertaan daripada anda diharapkan dapat memeriahkan lagi media Islam negara. Sekian, terima kasih.
eleh hamzah..bukan main lagi posing..
kalau dengan ‘ammu,bukan main eksen lagi eh!!
hehehe=)