Beberapa langkah praktikal memperbaiki diri (Islahun Nafs)

1. Mukasyafah : Makna mukasyafah : Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus-terang dengan dirinya.  Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapi oleh imannya, muamalatnya, dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya. Firman [...]

Qudwah Rasulullah S.A.W dan Kesannya Kepada Dakwah

Qudwah di dalam dakwah dan tarbiyah merupakan cara yang paling berkesan, yang paling dekat dengan kejayaan. Sesungguhnya prinsip-prinsip Islam akan lebih mudah diterima apabila para da’i lebih dahulu melaksanakannya berbanding mad’u.Rasulullah s.a.w merupakan suatu gambaran yang hidup bagi mempelajari Islam di dalam setiap perkara. Manusia melihat Islam itu sendiri pada  diri Baginda s.a.w. Beliau merupakan [...]

Jom Iktikaf!!

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda : “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”. Dari Abdullah bin Omar ra berkata : “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan”. Dari Aisyah ra berkata : “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas [...]

Jalan Ini Menuntut Pengorbanan

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya [...]

Apabila Misi Menjadi Visi

Pada suatu ketika dahulu dakwah masyarakat merupakan suatu yang sukar untuk diterima. Masyarakat memandang mereka yang membawa dakwah ini dengan pandangan yang sinis. Alhamdulillah semakin hari keadaan semakin baik.Kini masyarakat semakin mengenali dakwah Islam. Mereka mula terbuka untuk menerima dakwah daripada gerakan-gerakan Islam. Keadaan tersebut membuka banyak peluang kepada para duat (pendakwah) untuk menganjurkan program-program [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.