

Ahlan Ya Ramadan… Ahlan wa Sahlan…wa Marhaban
Ramadhan Kareem adalah bulan yang penuh dengan barakah dan rahsia-rahsia yang hebat. Ramadhan juga adalah lambang bagi kemuliaan dan keagungan Islam dan umatnya. Mengapa?
Ramadhan telah menjadi saksi dan pentas kepada pelbagai sejarah dan jatuh bangun umat Islam sewaktu mereka menjadi kuasa besar Dunia suatu masa dahulu. Semua ini akan kita teliti dan akan kita ambil manfaat bersama di dalam kelas sempena Ramadhan kali ini. Ramadhan: Witness of Great History. Sejarah ini sangat penting bagi kita sebagai bekalan untuk membina bangsa, agama dan negara kita yang tercinta.
Benarlah kata-kata Imam Malik: Tidak akan berjaya umat pada hari ini melainkan mencontohi generasi sebelumnya.
Minggu pertama: Balat Syuhada’: The Battle of Tours
Minggu kedua: Fathu Andalus: Cities of Light
Minggu ketiga: Ain Jalut: The Rise of the Fall
Minggu keempat: Buwaib: Gate of the Dawn
[Kelas ini terbuka untuk semua ikhwah]
Filed under: Perkongsian Tagged: | Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir), Islam, ISMA, ISMA-Mesir, ISMA-Mesir Mansurah, Perkongsian, Ummah











salam wrt
boleh ana dptkan recording or at least nota2..?
salam perjuangan
aiman
ipoh, Perak
ikhwah di mesir byk buat pembentangan dan of course drp ustaz. so ana rasa satu kehilangan besar kalu tiada apa rakaman.
ana cdg, team media isma-mesir invest sikit dlm beli vid-cam yg elok (beli yg hard disk punya), dan rakamkan ceramah2 yg ikhwah bagi dan tayangkan di youtube utk semua. iA mmg byk manfaat (x kira pahala lagi tu). kalu perlukan teknikal advice, kita boleh sama2 diskas.
Myb anta boleh sampaikan kepada org yg berkenaan.
Muadz M. Zain
Media ISMA Pusat
Video pembentangan ada direcord dan sedang diedit.
Insyaallah akan dikeluarkan di youtube.
xdapat join..:( dah upload bg link eh..Jazakallahkk
Salam…
Untuk melihat rakaman Kelas ke-2 Andalus : Cities of Light, boleh layari web ISMA-Mansurah di http://mansurah.ismamesir.com/?p=89 atau boleh layari di youtube dan search user ismamansurah…dan kemudian boleh suscribe terus…
Selamat menonton dan boleh memberikan komen untuk memperbaiki lagi mutu kelas Ramadhan ini..