Syeikh Faisal Mawlawi pulang ke Rahmatillah

9 Mei 2011 – Salah seorang ulama yang terkenal di Lubnan meninggal dunia semalam, Ahad, 8/5/2011. Namanya begitu sinonim dengan perjuangan rakyat Palestin bergandingan dengan nama Dr. Yusuf Qardawi dan ulama yang lainnya.

Bioadata:
Qadi Faqih Faisal Mawlawi lahir pada tahun 1941 Tripoli, Lubnan, seorang pemikir Islam dan aktivis, dikenali di Lubnan, dunia Arab, Islam dan Eropah.

Seorang yang sentiasa bekerja untuk Islam di Lubnan, Ketua Pendidikan Islam Masyarakat di Lubnan, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Kumpulan Islam di Lubnan, Ketua Baeit Dakwah sejak ditubuhkan pada tahun 1990 dan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Persidangan Nasional Islam. Baca lagi »

Promosi KEMM1511

Baca lagi »

Pendaftaran STAM di Akademi Ikatan Muslimin (AIM)


Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009, STAM telah diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar.

Penubuhan Akademi Ikatan Muslimin Perak (AIM) ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang akan mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra-universiti. Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari : ISMAweb.net

Beberapa langkah praktikal memperbaiki diri (Islahun Nafs)

pic53761. Mukasyafah :

Makna mukasyafah : Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus-terang dengan dirinya.  Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapi oleh imannya, muamalatnya, dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya. Firman Allah s.w.t :“Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).” (Surah Al-Qiamah : 14,15) Baca lagi »

Ramah Mesra Bersama Naib Presiden 2 ISMA

ramahmesra

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.